Anda di halaman 1dari 5

KISAH

THALUT DAN JALUT

SK
SEKSYEN
20


Yang dimuliakan,Tuan Pengerusi yang petah berbicara,Panel hakim yang arif lagi
bijaksana,Dan penjaga masa yang siap siaga.
Tak molek,ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna,ada dayung tiada sampannya,
Tak lengkap cerita jikalau tajuk tiada.
Kawan-kawan,berdirinya saya pada pagi ini untuk menyampaikan sebuah kisah
bertajuk Thalut dan Jalut.

ISI 1
Mengimbau kembali sejarah selepas kewafatan Nabi Musa a.s, kaum Bani Israil
berada di zaman kekosongan.Maka Nabi Samuel telah mendapat wahyu, meminta
beliau mencari seorang pemuda yang bernama Thalut untuk dijadikan Raja Bani
Israil.

Kawan-kawan mesti nak tahu siapa dia Jalut kan?. Mari saya ceritakan
Kehidupan Thalut jauh di desa,
Membantu ayahnya dladang dan menternak binatang,
badannya tegap, gagah perkasa,
Raut wajah tampan, berani lagi bijaksana
Bersopan juga berbudi pekerti
Ini bertepatan surah Al-Baqarah ayat 247 yang berbunyi;









Maksudnya:

Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu


(Surah Al-Baqarah : 247)

Berbeza dengan Jalut, Jalut adalah seorang pemimpin angkatan musuh yang amat
digeruni. Terkenal sebagai panglima yang gagah berani . Sesiapa yang menentang
pasti kecundang menyembah bumi. Namanya cukup ditakuti di setiap negeri.

Begitu kejam sekali sifat Jalut ini kawan-kawan, pemimpin yang adil akan
dikasihi oleh semua rakyat seperti Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil
Sultan Ibrahim yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu
rapat dengan rakyat-rakyatnya.
1

KISAH
THALUT DAN JALUT

SK
SEKSYEN
20

ISI KE-2
Kaum Bani Israil menolak Thalut menjadi raja. Thalut dan Jalut berperang
untuk mendapatkan peti Tabut sebagai bukti kepada Bani Israil bahawa
dialah raja yang di lantik oleh Allah. Malaikat menjatuhkan Tabut kepada
Bani Israil dan terbuktilah akan kebenarannya
Apabila bertembung dengan tentera Jalut, maka.
Berdebar-debar.terketar-ketar
Melihat tentera musuh yang hebat
Yang tidak sabar, yang lemah iman ,
Semuanya tidak sanggup melawan.

Sajak

Sepanjang perjalanan, Thalut dan tenteranya sangat letih dan kehausan.


Mereka di uji dengan sungai yang mengalir. Thalut memerintahkan
tenteranya agar mereka tidak meminum air sungai tersebut kecuali satu
ceduk tangan sahaja untuk menghilangkan dahaga.










Maksudnya : Siapapun yang meminum air dari sungai itu maka ia tidak akan
menemaniku
(

Al-Baqarah

249)
Sebahagian besar dari mereka meminum air sungai tersebut sepuaspuasnya. Tiba-tiba, mereka menjadi takut untuk berperang dan tentera
Thalut semakin berkurang, salah seorang daripada mereka ialah Nabi Daud
yang belum diangkat menjadi Nabi Allah.
Cuba kita lihat kehidupan rakyat Palestina sekarang, mereka di serang oleh
tentera al-Qassam dengan kejam sekali sehingga tiada air mata di pipi
mereka. Ingatlah, kesabaran tunjang kejayaan.

ISI KE-3
2

KISAH
THALUT DAN JALUT

Perwira perkasa Daud namanya


Lontaran batu terkena Si durjana
Akhirnya Jalut menutup mata
Berjaya sudah Thalut dan tenteranya

SK
SEKSYEN
20

Pantun

Wah!!!hebat sekali tentera Thalut mengalahkan tentera-tentera Jalut yang


berbadan besar KAN kawan-kawan.







Maksudnya : mereka (tentera Thalut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin
Allah dan dalam peperangan itu Daud membunuh Jalut
( surah al-baqarah :
251)
Setelah bertempur sekian lama maka bertempiklah Jalut dengan angkuh, Siapakah
yang berani menentang Jalut, keluarlah ke sini berlawan dengan ku. Maka
gentarlah pasukan Bani Israil.

Keluarlah Daud tanpa senjata. . Lalu ketawalah Jalut. Ha!Ha!Ha! Untuk apa
tongkatmu itu? Untuk mengejar anjingkah atau mengajar rakanmu? Melihat
Panglima Jalut mara ke hadapan maka Daud melontarkan bandul yang berisi batu
tepat kearah kepala Jalut.Aduh!!! Rebahlah Jalut menyembah bumi dan tidak
bernyawa lagi. Maka gemuruhlah suara gembira pasukan bani Israil kerana berjaya
menumpaskan pasukan musuh yang durjana.

Kawan-kawan masih ingat lagi perjuangan tentera kita di Lahad Datu?


Mereka berusaha mempertahankan negeri Sabah daripada pencerobohan
tentera Sulu. Kita mestilah berani berjuang untuk menjaga tanah air kita.
ISI KE-4
Nabi Daud telah diberikan ganjaran dan berkahwin dengan Mikyal, seorang
puteri Thalut. Sejak itu, Nabi Daud semakin berpengaruh dalam masyarakat
sehingga Thalut berasa iri hati, lalu memerintahkan tentera membunuhnya.
Rancangan jahat itu diketahui Nabi Daud dan baginda terpaksa bersembunyi
jauh dari kota untuk menyelamatkan diri.

KISAH
THALUT DAN JALUT

SK
SEKSYEN
20

Sedang Thalut dan tenteranya sedang nyenyak tidur, Nabi Daud


menggunting pakaian Thalut sebagai peringatan pertama supaya tidak
bermusuhan dengannya. Berkali-kali rancangan jahat membunuh baginda
dilakukan tetapi gagal.

Maksudnya : Allah adalah perlindung bagi orang-orang yang beriman


(Al-Imran : 68)
Wahai kawan-kawan, kita mestilah percaya bahawa Allah sentiasa menolong
kita. sebagai contoh, seorang bayi berusia 5 bulan Berjaya di selamatkan di
dalam runtuhan bangunan selama 22 jam akibat gempa bumi

Daud tidak jemu-jemu mengingatkan Thalut bahawa tentera-tenteranya


tidak mampu menyelamatkanya apabila Allah s.w.t hendak mencabut
nyawanya. Peringatan ini dapat menyedarkan Thalut akan kesalahannya dan
terus bertaubat. Thalut menyerahkan takhta kerajaannya kepada Nabi Daud

Maksudnya : Wahai Daud, sesungguhnya engkau kami jadikan khalifah di


bumi, maka berilah keputusan antara manusia dengan adil dan janganlah
engkau mengikut hawa nafsu
(Sod: 26)
Tun Abdul Razak sentiasa di sanjungi
Bapa pembangunan gelaran diberi
Pemimpin yang baik budi pekerti
Sentiasa tersemat di dalam hati

Nasyid

Ermmmmbegitulah kisah keberanian Thalut dan keangkuhan Jalut ya


kawan-kawan.
Kajang Pak Malau, kajang berlipat,
4

KISAH
THALUT DAN JALUT

SK
SEKSYEN
20

Kajang hamba, mengkuang berduri,


Kini cerita sudah tamat,
Mohon hamba mengundur diri.

Sekian. Wa billahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullihi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai