Anda di halaman 1dari 9

.

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬

‫ والص الة والس الم على أش رف األنبي اء واملرس لني وعلى آل ه‬,‫احلم د هلل رب العلمني‬

.‫وصحبه امجعني‬

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi majlis. Yang dihormati barisan hakim yang
arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan tugasnya, barisan dif-dif
jemputan ,rakan-rakan dan hadirin yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana
telah mengizinkan saya untuk berdiri dipentas yang indah pada hari ini.

‫السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته‬

Pantun :

Miskin bukan jadi ukuran,

kecil tidak bermakna gentar,

Kisah tauladan zaman berzaman,

Tertulis indah menjadi iktibar.

Adakah kawan-kawan pernah mendengar kisah Talut Dan Jalut? Mungkin


ada antara kawan-kawan yang pernah mendengar cerita ini. Baiklah, Pada hari
ini saya akan ceritakan kisah Thalut Dan Jalut kepada kawan-kawan sekalian.

Dikisahkan bahawa Kaum Bani Israel telah diserang oleh musuh mereka
yang dipimpin oleh seorang raja yang bernama Jalut. Jalut merupakan seorang
raja yang sangat zalim. Kaum Bani Israel telah diserang, harta mereka dirampas
dan mereka telah diusir dari kampung halaman mereka.
Lalu, Bani Israel meminta kepada Nabi Samuel agar mencarikan mereka
seorang raja untuk memimpin mereka melawan Jalut dan bala tenteranya.

Maka dengan petunjuk Allah, Nabi mereka menunjuk Thalut sebagai raja.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 5

         

Maksudnya
“ Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang-orang yang beruntung”

Talut adalah seorang pemuda miskin yang tinggal di sebuah desa di negeri itu.
Badannya kuat ,tinggi dan gagah. Matanya tajam, fikirannya pun luas dan
bernas. Hatinya suci dan budinya luhur. Pekerjaannya bertani dan berternak .

Sebermula dari itu, pembentukan pasukan tentera Thalut pun dimulai. Thalut
telah menyiapkan bala tenteranya untuk memerangi Jalut. Jalut adalah
seseorang yang perkasa dan penentang yang hebat di mana tiada seorang pun
mampu mengalahkannya.

Pasukan Thalut telah siap. Misi mereka ialah untuk merebut kembali Peti Tabut
yang mana peti tersebut merupakan Peti Keramat pemberian Allah sejak zaman
Nabi Musa.

Pasukannya berjalan dalam waktu yang lama di tengah-tengah gurun dan


gunung sehingga mereka merasakan kehausan.

Raja Thalut berkata kepada tenteranya: "Kita akan menemui sungai di jalan.
Barang siapa yang meminumnya maka hendaklah ia akan keluar dari pasukan
dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali
mencedok secedok dengan tangan".

Namun, apakan daya. Nafsu mereka mengatasi segalanya. Ramai dari tentera
Talut ingkar arahan tersebut. Gugurlah mereka dari menyertai tentera Talut.
Hanya sebilangan kecil dari mereka yang menurut perintah ketua mereka itu.  

Kawan-kawan, Jumlah pasukan memang berpengaruh dalam menentukan


kemenangan, tetapi yang paling penting dalam pasukan adalah sifat keberanian,
amanah, bersatu dan iman, bukan hanya semata-mata jumlah dan senjata.

Lihat sahaja saudara-saudara kita di Palestin, mereka sangat berani berjuang


mempertahankan Negara mereka walaupun hanya berbekalkan batu sebagai
senjata. Bilangan mereka tidak lah seramai tentera Israel, tetapi semangat
mereka tinggi untuk mempertahankan agama dan Negara.

Maka, semakin berkuranglah tentera thalut yang ikut berjuang. Mereka berjaya
melepasi ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Allah SWT
telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim , surah Al-Baqaah ayat 250:

        


      

Maksudnya:

Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun


(Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran
atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami
terhadap orang-orang kafir."
Jalut kelihatan memakai baju besi bersama pedangnya. Tampaknya ia
menanti seseorang untuk berlawan dengannya. Semua tentera Thalut merasa
takut untuk menghadapinya. Di saat-saat tegang ini, muncullah dari pasukan
Thalut seorang penggembala kambing yang kecil, iaitu Daud.

Daud adalah seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. Ia mengetahui bahawa
keimanan kepada Allah s.w.t adalah hakikat kekuatan di alam ini, dan bahawa
kemenangan bukan semata-mata ditentukan banyaknya senjata dan kuatnya
tubuh.

Daud maju dan meminta kepada raja Thalut agar mengizinkannya berlawan
dengan Jalut. Pada mulanya Thalut menolak permintaannya. Daud kembali
meminta izin agar diberi kesempatan untuk memerangi Jalut. Lalu Thalut
mengizinkannya. Thalut berjanji akan mengahwinkan Daud dengan anak
perempuannya dan menjadikannya pemimpin tentera tersebut andainya dia
berani memerangi Jalut. Daud tidak peduli dengan ganjaran tersebut. Ia hanya
ingin berperang dan memenangkan agama. Ia ingin membunuh Jalut, seorang
lelaki yang sombong yang zalim dan tidak beriman kepada Allah s.w.t, Raja
mengizinkan kepada Daud untuk berlawan dengan jalut.

Alangkah indahnya jika pada zaman ini terdapat pemimpin-pemimpin Negara


Islam yang berani seperti Nabi Daud. Negara-negara Islam berani membantu
rakyat Palestin menentang musuh iaitu Yahudi Laknatullah.

Jalut akhirnya terbunuh di tangan Daud, tentera musuh menjadi kucar kacir dan
akhirnya dapat dikalahkan seluruhnya oleh bangsa Bani Israel yang dipimpin
oleh Talut dengan bantuan Daud. Bangsa Israel kembali hidup merdeka di
tanahair sendiri, bertemu dengan anak isteri yang telah lama mereka tinggalkan.
Dengan kemenangan ini, nama Daud menjadi harum semerbak di seluruh
lapisan rakyat dan masyarakat, menjadi sebutan ditambah pula dengan sifat dan
budinya yang suci.

Thalut akhirnya menunaikan janjinya mengahwinkan anak perempuannya


kepada Daud. Akhirnya Daud berkahwin dengan Mikyal, anak perempuan Thalut
yang paling cantik. Negara yang dipimpin oleh Thalut semakin maju dan
makmur, manakala barisan tentera yang dipimpin oleh Daud semakin kuat dan
teguh.

Firman Allah dalam Surah Sod ayat 20

      

Maksudnya
“ Dan kami kuatkan kerajaannya dan kami berikan kepadanya hikmah dan
kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.”

Setelah beberapa lama, Daud merasakan perubahan yang mendadak terjadi


kepada Thalut. Nabi Daud merasakan Thalut semakin dingin kepadanya. Tetapi,
Daud hanya mendiamkan hal tersebut.

Pada suatu hari, Thalut memanggil nabi daud untuk menghadapnya.Thalut


memerintahkan Daud membawa pasukannya untuk menentang tentera Kanan
yang menyerang negeri mereka. Selagi mana mereka tidak Berjaya
mengalahkan tentera Kanan tersebut, mereka dilarang untuk kembali.

Daud merasa, bahawa perintah ini sangat berbeza dengan perintah-perintah


yang biasa, Mungkin ini suatu cara untuk melenyapkan dia dari permukaan bumi
ini. Tetapi sungguhpun begitu, kewajipannya sebagai tentera, hanya mentaati
dan menjalankan perintah yang sudah dikeluarkan oleh jeneral dan rajanya
sendiri.

Dengan tentera yang terbatas, Daud berangkat kemedan perang menghadapi


musuh yang besar itu. Dengan pertolongan Allah, dia menang dalam
peperangan itu. Kemenangan yang sangat besar ertinya ini, bukan menambah
penghargaan Talut terhadap Daud, tetapi menambahkan perasaan cemburu
dan bencinya.

Kerana nafsu yang di bakar oleh hasutan syaitan,Talut mencari jalan untuk
menghapuskan Nabi Daud, Dia membuat keputusan untuk membunuh Daud
dengan tanngannya sendiri.

Nabi Daud tiada pilihan lain, akhirnya baginda memutuskan untuk melarikan diri.
Pemergian Nabi Daud menggemparkan seluruh Bangsa Israel. Orang yang
sayang dan berpihak kepada Nabi Daud mengikuti baginda. Pada mulanya,
hanya sedikit sahaja yang mengikuti baginda, tetapi semakin lama jumlah
pengikut baginda semakin ramai.

Kedudukan Talut semakin lemah dan goyah, Thalut tiada pilihan lain,selain
segera menyerang Daud. Rencananya ini diketahui oleh Daud. Daud bersiap
dan tetap menjaga kesabaran dan keimanan dalam dadanya.

Allah telah berfirman dalam Surah Sod ayat 26

        


          
           

Maksudnya
“ Hai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di
muka bumi, Maka berilah Keputusan (perkara) di antara manusia dengan
adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, Karena ia akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang
sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, Karena mereka
melupakan hari perhitungan.”

Akhirnya tentera Nabi Daud berhadapan dengan tentera Talut. Melalui seorang
utusan, Nabi Daud mengetahui kedudukan Thalut. Sewaktu Thalut dan
tenteranya sedang berehat, Nabi Daud menyusup masuk ke dalam khemah
Thalut dan baginda mengambil lembing Thalut. Baginda tidak membunuh Thalut,
tetapi hanya mengambil lembing tersebut.

Ketika terjaga dari tidur, alangkah terperanjatnya Thalut apabila mendapati


lembingya telah hilang. Dia memarahi tenteranya dan bertanyakan kepada
mereka di mana lembingnya.

Dalam keadaan kacau tersebut, tiba-tiba muncul seorang utusan yang membawa
lembing Thalut yang hilang itu. Dia berkata kepada Thalut di hadapan kaum dan
tenteranya

“ Saya ialah utusan Nabi Daud untuk mengembalikan lembing ini kepada mu,
lembing ini diambil oleh Daud ketika dia datang ke mari sewaktu kamu sedang
tidur. Dia tidak bermaksud untuk membunuhmu, dia hanya mengambil lembing
ini dengan harapan apabila dia mengembalikan lembing ini kepadamu, akan
kembalilah keinsafan dan kesedaran kamu atas segala kekhilafan tindakanmu
selama ini”

Kata-kata utusan Nabi Daud itu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam
hati Thalut. Air mata penyesalannya mengalir. Dia merasa amat kesal dengan
segala tindakannya selama ini. Timbul kekesalan dihatinya kerana mengkhianati
Daud yang merupakan menantunya dan sangat banyak berjasa kepadanya. Dia
merasa insaf atas keterlanjurannya mengikuti hawa nafsunya.

Akhirnya, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Nabi Daud. Di bawah


pemerintahan Daud, Kerajaan Bani Israel pesat membangun, aman dan makmur
dengan rakyat yang bertakwa kepada Allah.

Kawan-kawan, pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini ialah

Pertama, kita mestilah bijak dalam memilih pemimpin. Pemimpin yang dilantik
mestilah bertakwa kepada Allah. Dia mestilah bijak dalam menyelesaikan segala
masalah di samping mempunyai budi dan hati yang suci.

Kedua, kita mestilah sentiasa memohon pertolongan kepada Allah. Allah akan
sentiasa membantu hamba-hambanya yang beramal soleh.

Ketiga, sebagai pemimpin kita hendaklah bijak agar dapat membentuk


masyarakat yang bersatu padu.

Dan akhir sekali, jauhi sikap cemburu buta dan sentiasa bersikap rasional. kita
mestilah sentiasa memaafi kesalahan orang lain, Ini akan menjadikan kita
seorang yang berhemah tinggi dan memiliki iman yang mantap.
Pantun:
Kisah di dengar dan dihayati,
Buat iktibar jua tauladan,
Moga nanti berjumpa lagi,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Begitulah kisah Thalut dan Jalut. Di harapkan kita semua dapat mengambil
iktibar dan pengajaran daripada kisah yang saya sampaikan tadi.

Wabillahitaufiq wal hidayah,


wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai