Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : ASHABUL FILL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.


Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang sentiasa peka,
guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat,
muslimin danmuslimat yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Ashabul fill tentera bergajah


Ayuh bersama kita menyorot ibrah ( pantun )

Raja abrahah bin al asram al habsyi adalah seorang pemerintah Negara yaman.
Negara yaman merupakan salah sebuah Negara arab yang luas.
Namun, kini abrahah mula mengintai-ngintai kota mekkah untuk menguasainya.

Aman dan damai,


Negarinya makmur,
Tempat ibadah
kaabah yang mulia ( nasyid di pondok kecil)

َ ِِ‫ٱلر ۡح َٰمن‬
ِ ِ‫ٱلرحيم‬ َِ ِِ‫ب ِّۡسم‬
َ ِ‫ٱّلل‬
ِ ِِ٣ِِ‫ِِو َٰهذاِ ۡٱلبلدِِ ۡٱۡلمين‬٢ِ‫طورِسينين‬
ُ ‫ِِو‬١ِِ‫ٱلز ۡيتُون‬
َ ِ‫وٱلت ِّينِِو‬
Maksudnya : Demi buah tiin dan zaitun,. Dan gunung Tursina, Serta negeri (Mekah) yang
aman ini; - surah At Tin ayat 1-3

kawan-kawan,

kota mekkah merupakan tempat ibadah bagi ummat islam terutamanya bagi ibadah haji dan
umrah.

Tahniah diucapkan kepada penjaga dua tanah suci di bawah pimpinan Raja salman yang telah
menjalankan projek pembesaran masjidil haram bagi keselesaan jamaah yang semakin
meningkat.

Hadiran sekalian,
Dek kerana cemburu dengan kota mekkah yang menjadi tumpuan semua manusia ketika itu,

Maka raja abrahah bertitah,


Dibina Qulays sebuah gereja,
Tersergam hebat lawannya mekkah
Tapi sayang tidak di endah..
Lantas, dengan amarahnya bertitah,
hancurkan kaabah, musnahkan makkah.

َِ ِ‫سسِبُ ۡن َٰين ِهۥُِعل َٰىِت ۡقو َٰىِمن‬


ۡ ‫ٱّللِور‬
ِ ِ‫ض َٰو ٍن‬ ِۡ ‫أفم‬
َ ‫نِأ‬
Maksudnya : Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar
takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan - surah at-taubah 109

Kawan-kawan,

Awas penyakit PHD !! ( penyakit hasad dengki)…

dan teruslah istiqamah bersatu demi islam tercinta,

marilah kita menyatakan sokongan kepada 55 negara umat islam yang bersatu di bawah
pertubuhan persidangan islam ( OIC ) yang dipengerusikan oleh Negara Kita dan menolak
sekeras-kerasnya pertubuhan Islamic state ( IS ).

Gegas gempita suara bergema,


Abrahan tiba bersama gajahnya,
Ketar dan takut tiada tandingnya,
Keluarkan semua rakyat mencari selamat, ( sajak )

Abraham memasuki kota mekkah dengan rencananya memusnahkan kaabah juga


merampas harta penduduk mekkah, termasuk 200 ekor unta abdul mutalib..

lantas dengan beraninya abdul mutalib berkata : “ unta-unta itu milik aku, kaabah juga
ada pemiliknya.Demi allah, kami tiada kekuatan, ini rumah Allah, tanahnya suci, maka
Allah lah yang akan menjaga nya.”

ِ ِ٦٨ِِ‫يِ ۡٱل ُم ۡؤمنين‬ َِ ِ‫و‬


ُّ ‫ٱّللُِول‬
Maksudnya : dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang
yang beriman. – surah al imram ayat 68

Kawan-kawan,

Sesungguhnya Allah itu maha pelindung, Kota suci ummat islam ketiga, Baitul Maqdis
di Palestin, walau setiap inci buminya di zalimi, walau setiap rakyatnya dianyai, namun
akan lahir jiwa-jiwa yang penuh semangat perjuangan mempertahankan kota suci
tersebut dengan bantuan yang maha kuasa.

Ababil…kisah benar dari Al-quran


Ababil ..satu bukti bantuan tuhan…( nasyid )

ِۢ ‫ف ِ َم ۡأ ُك‬
ِ‫ول‬ ٖ ‫ ِت ۡرميهم ِبحجار ٖة ِ ِّمنِس ِّج‬٣ِ ‫ِِوأ ۡرسل ِعل ۡيه ۡم ِط ۡي ًراِأبابيل‬
ٖ ۡ‫ ِِفجعل ُه ۡم ِكعص‬٤ِ ‫يل‬
ِ٥
Maksudnya : Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung
berpasuk-pasukan; Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang
dibakar keras; Maka jadilah mereka seperti daun kering yang dimamah ulat.

Surah al-fil ayat 3-5

Di gelar ia burung ababil,


Datangnya ia arahan Tuhannya,
Melempar batu disebut sijjil,
Musnahlah abrahah bersama tenteranya ( pantun )

Kawan-kawan.

Insafilah,

kehebatan Allah yang maha perkasa, tenteranya dari pelbagai bentuk dan
rupa,.Lihatlah hari ini, kes kematian akibat Denggi daripada makhluk allah yang kecil
iaitu nyamuk eades kian meningkat, Justeru itu, marilah sama-sama kita sentiasa
memohon keampunan daripada Allah.

Kawan-kawan…

Malam isnin subuh yang indah


12 rabiul awaal yang cerah
20 april tahun gajah
Lahirlah zuriah yang saadah ( nasyid )

Maka,

Tahun tersebut di kenali sebagai “ Tahun Gajah”

lahirlah seorang pemimpin agung yang bernama Nabi Muhammad s.a.w.

ِ ِ١٠٧ِ‫وماِِأ ۡرس ۡل َٰنكِإ ََّلِر ۡحم ٗةِلِّ ۡل َٰعلمين‬


Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. – surah al-anbiya’ 107

Ya..hanana..bi Muhammad
Ya..hanana..bi Muhammad..
Zhalikal fhad’lu minalllah..
Maka beruntunglah kami..dengan kelahiran nabi muhammad
Maka beruntunglah kami..dengan kelahiran nabi Muhammad
Ini merupakan kelebihan daripada ALLAH.

Kawan-kawan,

Program adik-adikku di RTM, MTQ di peringkat kementerian mencungkil bakal daie


kecil bagi mencetak kader-kader dakwah pada masa akan datang.

Kawan-kawan.. Kesimpulannya

Marilah kita bersama mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan,

Ayuh bersama kita menjadi mata rantai perjuangan baginda penerus dakwah agar sinar
terus islam bergemerlapan di alam sarwajagat ini.

Sekian, wabilllahi taufiq wal hidayah..

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai