Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA KISAH BILAL BIN RABBAH

‫بسم هللا وامحلدهلل ! السالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬


Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang
adil lagi saksama, Penjaga masa yang setia dengan masanya guru-guru,
kawan-kawan dan para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

Wahai kawan kawan


Mari dengar cerita
Kisah bilal bin Rabbah
Tajuk cerita

Kawan-kawan,nak tahu x siapakah insan hebat bernama bilal bin rabah

Bila bilal azan semua orang mekah terdiam…Ya Allah tenangnya..

Nama beliau Bilal bin Rabah r.a ialah seorang sahabat nabi dan muazin


pertama dalam Islam. Beliau dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43
Sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai
seorang hamba anak-anak yatim Bani Jumah yang berada di bawah
jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi
Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-
orang yang paling awal memeluk Islam.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru,
iaitu Umaiyah Bin khalaf. Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan
amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal
telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya
Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut
kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia
beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan
segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam
dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah.
Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia
diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada
tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju
besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih
dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang
dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah
luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin
bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-
Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut
kalimah “Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”

Kawan kawan..

Lihatlah keimanan bilal,sangat teguh apabila diuji,tidak sedikit pun beliau


menyerah diri…

Bagaimana dengan kita ya kawan kawan

Kita sebagai umat islam yang mencintai Nabi Muhammad mestilah


mempunyai tekad yang kukuh untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada
Allah S.w.t.Lihatlah kawan kawan pada zaman sekarang umat islam menerima
pelbagai tekanan dan cacian dari orang kafir..kita sebagai umat islam mestilah
bangkit mempertahankan kesucian agama islam..lihat la seperti kisah Bilal bin
Rabah walaupun dijempur di tengah panas matahari dan diletakkan batu di atas
badan beliau,beliau tidak sesekali mengaku kalah beliau tetap menyebut
kalimah ahadd..ahad..ahad,..

Kawan kawan mari dengar

Kau bilal bin rabah


Cekal dan tabah
Dipanggang di gurun yang panas
Biarpun dirimu didera disiksa
Bibirmu tetap menyebut

Allah tuhanku
Allah yang satu
Tiada tuhan selain allah
Muhammad pesuruh allah

Lihatlah ketabahan dan keutuhan aqidah insan teragung bernama Bilal Bin
Rabah.Ketika Rasullulah telah wafat.Bilal berasa sangat sedih sehingga
berkata bialah aku menjadi muazzin untuk Rasullulah sahaja.Kemudian beliau
membawa kesedihan beliau dan tinggal di sham

Setelah sekian lama Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat
kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama
kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah.

apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk


Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada
rumah masing masing dan menyangka bahawa
Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka
kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan
Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah
hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut


‫ ﻪﻠﻟﺍ ﺃﻛﺒﺮ ﻪﻠﻟﺍ ﺃﻛﺒﺮ‬, seluruh penduduk terdiam . Kali
kedua Bilal sebut ‫ ﻪﻠﻟﺍ ﺃﻛﺒﺮ ﻪﻠﻟﺍ ﺃﻛﺒﺮ‬, bercucuran air
mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti
Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal
kemudiannya menyebut ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇ ﻟﻪ ﺇﻻ ﻪﻠﻟﺍ‬, dan
bila Bilal sebut ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﻪﻠﻟﺍ‬, Beliau
terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat
datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau .
Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan
sewaktu aku menyebut ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﻪﻠﻟﺍ‬aku
seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang
untuk solat bersama sama kita" .

kawan kawan
betapa rindunya kita dengan kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W. Jika
Rasullullah masih ada dia mesti sayang kita kan kawan kawan.Jika kawan
kawan sayang kepada Nabi kita Muhammad S.a.w,selalulah menyebut
berselawat kepada baginda

Alangkah indahnya
Hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmata ku
Kerana pancaran ketenanganmu

Akhir sekali sebelum saya menutup kisah saya ingin saya menyampaikan
beberapa rangkap pantun

Ke hulu kuala mencari ikan


Ikan ditangkap oleh nelayan
Bilal bin rabah insan teladan
Jadi panduan akhir zaman

Sekian wabillah hi taufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b,t

Anda mungkin juga menyukai