Anda di halaman 1dari 5

BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM


2017

TAJUK 1P : KISAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Barisan hakim yang arif lagi
bijaksana. Guru-guru , rakan-rakan seperjuangan seterusnya
siding hadirin yang saya hormati.

Kepimpinan Rasulullah tajuk cerita


Mari kita hayati bersama

Kenalkah sahabat-sahabat dengan Rasulullah?Rasulullah


s.a.w merupakan insan yang mulia, berperibadi unggul dan
berakhlak tinggi. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul
tetapi juga seorang pemimpin yang agung lagi disegani.

Hajarul Aswad telah berubah ( Syair)


Akibat banjir yang melanda mekah
Berlaku perselisihan antara kabilah
Datanglah Muhammad penyelamat Ummah

Akhirnya, baginda Al-Amin telah dilantik menjadi hakim.


Nabi pun membentangkan serbannya.
Lalu meminta ketua-ketua kabilah memegang bucunya dan
mengangkat Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya.

Firman Allah dalam surah as-Sof ayat 6 :

Maksudnya : Dan ceritakanlah khabar gembira tentang


kedatangan seorang nabi selepasku yang bernama Ahmad
( iaitu Yang Terpuji ).

Kawan-kawan
Seorang pemimpin itu mestilah jujur , amanah serta
berperibadi tinggi.
Contohilah Ustazah Norhafizah Musa seorang daie yang
berakhlak mulia.

Hadirin sekalian,

Rasulullah SAW merupakan pemimpin agung dalam keluarga


dan para sahabat.

Baginda melayani isteri-isteri dan anak-anaknya dengan baik


,serta mendidik mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahukah kawan-kawan,
Baginda selalu menolong isterinya mengemas rumah,
memasak dan menjahit bajunya sendiri yang telah koyak.

Rasulullah indahnya akhlakmu


Menjadi tauladan kepada semua ( Nasyid Rasulullah)
Tiada yang lain standing denganmu
Pemimpin keluarga yang berakhlak mulia

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu, contoh


ikutan yang baik.

Kawan-kawan,
ketua keluarga tonggak utama. Membawa ahli keluarga hingga
ke syurga Rumahku Syurgaku

Hari ini, kes penceraian,pergaduhan,penderaan sudah jadi


perkara biasa. Apakah sebabnya? Tepuk dada tanyalah diri

Hadirin sekalian,

Rasulullah , engkaulah insan pilihan


Pengorbananmu agung , (Sajak)
Engkaulah lah pembawa rahmat keseluruh alam
Terpadam api jahiliah dengan cahayamu
Terangkat darjat wanita dengan kepimpinanmu
Rasulullah ketahuilah , kami bangga menjadi umatmu

Rasulullah SAW merupakan pemimpin masyarakat yang lemah


lembut dan penuh hikmah. Baginda mengangkat darjat
wanita, menghormati orang tua dan kanak-kanak serta
membantu mereka yang memerlukan.

Contohnya kisah baginda yang telah memberi makan kepada


seorg lelaki tua
Walaupun baginda dimaki dan dihina, namun baginda tetap
sabar dan tidak berkecil hati. Kesan dari akhlak baginda
itu,orang tua itu telah memeluk agama islam

Bunga kertas buat jambangan


Dihias rapi diatas meja
Tidak mengira kawan dan lawan
Layanan Baginda adil dan saksama

Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 4 :

Maksudnya : Dan sesungguhnya pada dirimu Muhammad,


akhlak yang tinggi.

Kawan-kawan,

Pemimpin yang baik akan dikasihi oleh masyarakat.

Alhamdulillah, perdana menteri kita hari ini ,pemimpin perihatin


buktinya Bantuan Rakyat 1 Malaysia dapat mengurangkan
beban rakyat

Hadirin sekalian,

Rasulullah SAW adalah ketua negara islam yang pertama .


Baginda memerintah berdasarkan wahyu dan perintah Allah.
Baginda juga merupakan seorang pemimpin yang adil lagi
bijaksana. Baginda telah mengadakan system syura dalam
pentadbirannya.

Suatu hari baginda mendapat berita bahawa kaum Musyrikin


dan Yahudi ingin menyerang Madinah.

Lantas baginda memanggil para sahabat dan pengikutnya


untuk bermusyawarah . Salman al-Farisi mencadangkan agar
menggali parit dikeliling kota Madinah untuk menyekat
kemaraan tentera musuh.

Apa?? Membina parit yang besar di sekeliling Madinah?


Penduduk Madinah kehairanan. Namun cadangan ini diterima
baginda.

Pihak Musyrikin menghadapi kekalahan


Parit yang dibina menjadi halangan (Syair)
Angin kencang tiba menyerang
Menanglah muslimin dengan perancangan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 31 :

Maksudnya : Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka


ikutlah aku.

Kawan-kawan,

Seorang pemimpin mestilah bijak dan berstrategi. Memetik


kata-kata Saidina Ali Kebenaran yang tidak terancang akan
dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.

Alhamdulillah.. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kita


hari ini, menjadi qudwah.

Hadirin sekalian,

Demikianlah kisah pemimpin yang mulia dan agung .


Pemimpin yang dihormati bukan di takuti, pemimpin yang
dikasihi bukan dibenci. .
Baginda menjadi pemimpin yang adil dan sempurna dari setiap
sudut.. peribadi, keluarga, masyarakat dan negara

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya ayat 107 :

Maksudnya : Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau wahai


Muhammad
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Pergi mengembara ke Negara benua


Perjalananya jauh cukup sedekad
Negara makmur lagi sejahtera
Jika pemimpin seperti Muhammad

Sekian.

Wabillahit taufiq wal hidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai