Anda di halaman 1dari 2

Tarikh:

Seperti Senarai Edaran

YBhg. Dato/ Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENUBUHAN JAWATANKUASA TELEKOMUNIKASI DBKL DAN


PELAKSANAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN KE ATAS BINAAN MENARA/
STRUKTUR TELEKOMUNIKASI TANPA KEBENARAN DBKL
Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Pihak DBKL ingin maklumkan kepada pihak syarikat telekomunikasi (TELCO) dan
pemegang-pemegang lesen kontraktor NFP bahawa pihak DBKL telah menubuhkan
jawatankuasa Telekomunikasi DBKL untuk melaksanakan Pembangunan dan Pengurusan
Infrastruktur
Telekomunikasi yang cekap di seluruh kawasan DBKL.
3.
Pihak Y.Bhg Dato/ Tuan/ Puan diberi masa tempoh selama 14 hari dari tarkih 10hb
Mar 2016 untuk mengemukakan SEMUA senarai lokasi Menara dan struktur pemancar
telekomunikasi milik syarikat Y.Bhg Dato/Tuan/Puan untuk semakan DBKL. Senarai tersebut
mesti dalam format MS excel: Nama Tapak, ID Tapak, Jenis Struktur, Alamat Tapak,
Kordinat Lat/ Lon, Nama Penyewa sekiranya lebih dari satu (untuk Menara)
4.

SEMUA senarai lokasi Menara dan struktur pemancar telekomunikasi itu termasuk a.
a. Menara atau struktur atas tanah termasuk minaret, tiang lampu, pokok decorated
tree dan di papan iklan billboard
b. Struktur atas bangunan, bumbung
c. Dalam Bangunan In Building (dimana dan tingkat berapa dipasang?)
d. Laluan dan rangkaian gentian fiber
e. Samada mendapat kebenaran atau tiada permohonan dan kebenaran.

4.
Pihak Y.Bhg Dato/Tuan/Puan diminta membuat penyerahan senarai tersebut dalam
tempoh yang ditetapkan maka pihak DBKL akan mengenakan bayaran yang berpatutan.
Sekiranya penyerahan dikemukan selepas 24hb March 2016 pihak DBKL akan mengenakan
bayaran penalti sepenuhnya.
5.
Untuk maklumat pihak Y.Bhg Dato/Tuan/Puan, pihak DBKL sedang menjalankan
audit ke atas Menara dan struktur pemancar telekomunikasi dan gentian optik disekitar
kawasan DBKL.
6.
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg Dato/Tuan/Puan amatlah dihargai dan sebarang
pertanyaan serta maklumat lanjut sila hubungi Encik
ditalian atau email di

Sekian ,Terima Kasih.

Saya Yang Menurut Perintah

(AB. SALIM BIN MANSOR)


Jabatan Perancangam Ekonomi dan Pembangunan
b.p Datuk Bandar Kuala Lumpur

s.k:
Pengarah Eksekutif (PE) Perancangan
Pengarah
Jabatan Perancangan Infrastruktur

Anda mungkin juga menyukai