Anda di halaman 1dari 1

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Bandar Darulaman, 06000, Jitra, Kedah Darulaman.

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia nikmat dan iradatNya dapat kami menyiapkan kerja krusus berasaskan ilmu(KKBI) ini dengan jayanya mengikuti jangka masa dan tempoh yang telah ditetapkan dalam projek ini. Sememangnya kerja krusus ini sangat penting bagi kami untuk menyiapkannya dalam keadaan yang paling bermutu dan berkualiti kerana dalam subjek ini,kerja krusus kami ini akan yang membawa markah wajaran yang banyak membantu dalam mendapatkan markah yang baik. Jutaan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada para pensyarah pembimbing yang dihormati iaitu Puan Robiah Binti Shuib sebagai pensyarah subjek ini, yang telah memberikan banyak panduan, tunjuk ajar, teguran dan nota-nota yang sangat berguna bagi kami sepanjang tempoh menyiapkan kerja krusus ini. Seterusnya ucapan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan kerana banyak memberikan pertolongan dalam sama-sama mencari bahan rujukan dan idea-idea yang bernas dalam menyiapkan kerja ini. Hanya Tuhan saja dapat membalas jasa baik yang telah anda tunjukkan. Tidak dilupakan kami ingin mengucapkan terima kasih juga kepada pihak pusat sumber institut yang membekalkan banyak bahan rujukan yang berguna dan sangat membantu dalam menyiapkan kerja ini. Juga kepada pihak sekolah Kebangsaan Paya Kemunting ribuan terima kasih kerana telah memberikan keizinan kepada kami untuk melakukan pengajaran mikro di sekolah tersebut Akhir sekali kepada mana-mana individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam persiapan kerja krusus ini saya ucapkan terima kasih. Saya akhiri penghargaan saya ini dengan serangkap mutiara kata untuk difikirkan bersama. Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
Nur Ettika Binti Mohd. Razali Mohd Saiful Bin Sher Khan Pendidikan Khas 3

Anda mungkin juga menyukai