Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KUMPULAN Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat

menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada 2 Ogos 2012 yang lalu, pensyarah mata pelajaran Pengantar Pendidikan (PN3311D1) iaitu Tuan Haji Mohd Suberi telah memberikan tugasan ini. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek Pengantar Pendidikan (PN3311D1), kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang ilmu pendidikan amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet dan buku ilmiah. Di sini kami dapat mengetahui tentang program kesaksamaan pendidikan dan

pendemokrasian pendidikan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang pendidikan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi

maklumat-maklumat tersebut melalui bahan rujukan tambahan. Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar murid dengan pengalaman yang kami dapat melalui pelaksanaan tugasan projek ini. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini. Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang seimbang dari semua segi terutamanya dalam sukan. Murid juga sebati dengan keseimbangan intelek, jasmani, rohani dan sosial. Sebagai

guru, tugasan ini akan kami jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Suberi bin Salleh yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tunjuk ajar daripada pensyarah merupakan kekuatan utama dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. setinggi penghargaan juga kepada rakan kumpulan yang banyak berkerjasama membantu antara satu sama lain bagi menyempurnakan tugasan projek kami ini.

Anda mungkin juga menyukai