Anda di halaman 1dari 9

INTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI

Dipetik daripada : http://reformasimindaguru.blogspot.com/2011/01/integriti-guru.html INTEGRITI GURU Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan. Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anakanak mereka. Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka sematamata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada. Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar.

Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah keadaannya. Pepatah Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari perlulah difahami maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka. Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum ini guruguru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja. Posted by Zulfadzli Haron at 1:51 PM

****************************************************************

Dipetik daripada : http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2008/5/16/KOLUM/Pendapat/Integriti_dan_autoriti_pr ofesion_guru_tanggungjawab_bersama&sec=mstar_kolum

Integriti dan autoriti profesion guru tanggungjawab bersama

ISTILAH 'guru' sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembentukan dan kematangan sahsiah para pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion utama dalam hidup kerana ia melibatkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Tekad Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak mesti terbeban di pundak kerajaan semata-mata.

Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke arah meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti penghargaan mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa. Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau kerajaan, kalangan guru itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan terpelihara. Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya sesuatu pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti keguruan, maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu sendiri yang telah tercalar. Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengalami masalah dalam mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan guru. Pelbagai cara dan langkah terpaksa diambil dan dilaksanakan, yang ternyata menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar. Oleh yang demikian, antara peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan ialah meningkatkan kandungan kursus-kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi kepada guru-guru supaya ilmu-ilmu ini dapat diaplikasikan secara praktikal dalam pengajaran di kelaskelas. Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuh dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan penuh dedikasi. Hal ini juga adalah bagi mengelakkan para guru menyeleweng daripada tugas yang telah diamanahkan. Guru juga perlu berperanan dengan menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini akan menambah keupayaan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Di samping itu juga, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya pengajaran guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping memenuhi objektif sesuatu pengajaran. Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah mendisiplinkan diri mereka sendiri, dan dalam masa yang sama juga perlu mendisiplinkan para pelajar kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para pelajar. Dalam hal ini, pepatah Arab ada menyatakan bahawa: "Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah."

Anggota masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam membantu memartabatkan profesion keguruan. Institusi-institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu sentiasa mengambil tahu proses pendidikan di sekolahsekolah, memberi maklumat dan kerjasama kepada guru-guru dalam menjalankan aktiviti atau program pembinaan ilmu dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Jika kita hanya mengharapkan guru bagi menangani semua masalah berkaitan pelajar tanpa bantuan pihak-pihak luar, ternyata keadaan ini amat rumit dan sukar mencapai kejayaan. Justeru, peranan semua pihak merupakan faktor utama dalam memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang ditekadkan oleh kerajaan. Ini kerana profesion keguruan itu sendiri merupakan satu profesion mulia yang sewajarnya diangkat dan disanjung. Ketinggian profesion ini telah dinyatakan melalui sabda Rasulullah SAW: "Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."

MOHD FAISAL MUSTAFFA Setiausaha, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Sesi 2008/2009

*************************************

Dipetik daripada : http://diskusimatematik.blogspot.com/2012/03/nilai-bitara_17.html

Integriti Artikel 1 : Nilai Bitara

NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU

Sebagai seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah domain nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru yang berkesan seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang pertama ialah integriti. INTEGRITI Nilai Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras petunjuk bagi nilai integriti yang perlu bagi seorang guru untuk meningkatkan pengajaran. Petunjuk pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri menunaikan tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan dan menamatkan kelas yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan masa didalam kelasnya untuk mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di dalam kelas, berurusan perniagaan melalui telefon semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, melayari laman web semasa mengajar dan sebagainya. Guru seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid. Kerana murid berhak mendapat yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang terbaik. Amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung dalam aspek integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga serta menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah dalam pengajaran, guru seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada itu, guru tidak seharusnya hanya menumpu semasa di dalam kelas. Adakalanya pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung diluar kelas turut memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid. Disinilah kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk akhlak murid-murid. Guru haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Maksu telus disini ialah bersesuaian dengan skema pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama persekolahan, guru sudah mengajar topik pertama. Tetapi adakalanya terpaksa berterusan dalam minggu kedua berdasarkan kepada kemampuan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sikap akauntabiliti perlulah dipamerkan dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid diminta melukis bunga hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di luar kelas. Pengajaran dan penbelajaran kurang berkesan sekiranya guru melaksanakan di dalam kelas dan hanya menggunakan imaginasi murid-murid untuk melukis pokok-pokok tersebut. Segala arahan dan peraturan dari pihak atasan samada guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri ataupun Kementerian. Contohnya seperti membuat headcount, ini merupakan penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap murid dan perlu diserahkan kepada Jabatan dalam masa yang telah ditetapkan. Segala arahan yang diberi perlulah dilaksanakan dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan sepenuhnya. Kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri. Posted by Sarjana Pendidikan Matematik (SR) at 5:59 A

************************************************************** Dipetik daripada : http://gkmkemanusiaansmki.blogspot.com/2009/05/integriti.html

INTEGRITI SEORANG GURU......!!!!

Baru-baru ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita. Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti pula. Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti.

Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita, seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, : 1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan 2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji benihnya 3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat 4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah 5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh

Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang godaan, kita masih tak lut...). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam. Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk. Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat katakata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita. Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok merungut dan marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

Dicatat oleh Boss Kemanusiaan di 11:57 PG ***************************************************************** Dipetik daripada :

http://eyesnews.wordpress.com/2012/04/11/penilaian-integriti-pendidik-berterusan-metro/

Penilaian integriti pendidik berterusan KUALA LUMPUR: Penilaian tahap integriti guru dan warga pendidik perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya kefahaman serta kesedaran kepentingan nilai mulia dalam perkhidmatan pendidikan dapat dipertingkatkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian itu turut akan membantu Kementerian Pelajaran mengenal pasti aspek yang boleh dilakukan penambahbaikan. Usaha ini perlu dilaksanakan untuk menyebar luas maklumat berkaitan amalan dan budaya integriti warga pendidik supaya tahap kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingannya dapat dipertingkatkan, katanya dalam ucapan perasmian penutup Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru, Piala Menteri Pelajaran 2012, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses pemantapan integriti memerlukan pembabitan dan usaha bersungguh-sungguh semua peringkat pengurusan pendidikan. Justeru, strategi dan pelan tindakan berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif untuk memastikan tahap integriti warga pendidik sentiasa tinggi.

Saya yakin kerjasama pintar sedia terjalin antara Institut Pendidikan Guru dan IIM dikembangkan lagi untuk menyemarakkan amalan serta budaya integriti di kalangan warga pendidik di negara kita, katanya. Beliau berkata, krisis ekonomi di Barat dan kemunculan kembali pemikiran menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat menjadi peringatan semua pihak tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan.

************************************************************

Dipetik daripada : http://n9kini.com/jangan-pandang-ringan-soal-integriti-guru/

Jangan pandang ringan soal integriti guru May 14, 2010 by admin Filed under Berita Nasional Warga pendidik digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh sebaliknya konsep itu perlu perluaskan dalam amalan seharian terutamanya di sekolah. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.

Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka. Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru. Kita yakin dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti, kita mampu melonjakkan tahap pendidikan negara, katanya. Hassan berkata demikian pada Majlis Penutup Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah di Sekolah Menengah Teknik Juasseh di sini hari ini. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Mat Rohani Kamar. Hassan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah turut menyerahkan cek tajaan akhbar Utusan Malaysia bernilai RM10,170 kepada 36 sekolah di daerah ini. Cek itu kemudiannya diserahkan kepada Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 4, Kumpulan Utusan, Zailani Md. Ali. Hassan turut menjelaskan, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya warga pendidik. Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan berintegriti hasil didikan guru-guru. Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha ini akan mencapai matlamatnya, katanya.

Anda mungkin juga menyukai