Anda di halaman 1dari 4

Kesahan Ujian

Sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur merupakan
kesahan sesuatu alat. Oleh itu, kesahan sesuatu ujian yang digunakan adalah sangat penting
kerana dengan adanya ciri kesahan ini, kita dapat mengukur perkara yang hendak diukur.
Contohnya sesuatu ujian yang direka untuk menguji pencapian murid dalam menguasai tajuk
Keperluan Asas Hidupan perlulah menggunakan soalan yang bersesuaian dengan tajuk yang
hendak diuji. Soalan yang tidak berkaitan dengan tajuk yang hendak diuji tidak sepatutunya
wujud dalam kertas ujian kerana perbuatan ini akan menjejaskan kesahan keputusan ujian
tersebut.
Kandungan sesuatu ujian memainkan peranan yang penting dalam menjalankan
pentaksiran terhadap pencapaian muridmurid. Kesahan kandungan boleh dide!inisikan sebagai
sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencukupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan.
Kandungan atau soalan yang digubal untuk menilai pencapaian muridmurid memainkan
peranan yang penting. Soalan atau kandungan yang sesuai dapat menunjukkan tahap
penguasaan murid terhadap tajuk yang hendak diuji dengan tepat. Sekiranya soalan ujian
tersebut tidak meliputi secukupnya kandungan pelajaran, hal ini menyebabkan penilaian
tersebut dianggap tidak sah. Contohnya guru hendak menguji pencapaian murid dalam
menguasai tajuk "roses Hidup Haiwan. #uru perlu menanya soalan yang berkaitan dengan
tajuk berkenaan. #uru tidak seharusnya memasukkan soalan lain yang berkaitan dengan tajuk
yang hendak diuji. $ika guru memasukkan soalan yang tidak pernah dipelajari oleh murid, murid
tidak dapat menjawab soalan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan keputusan murid terjejas
dan pentaksiran menjadi tidak sah kerana tujuan ujian yang dijalankan adalah untuk menguji
pencapian murid dalam tajuk "roses Hidup Haiwan sahaja dan bukannya tajuk lain.
Kesimpulannya item ujian yang digunakan perlulah bersesuaian dan menepati perkara yang
hendak diuji.
#uru memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesahan sesuatu ujian yang
digunakan. #uru perlu menyediakan soalan yang berkaitan dengan pengajaran yang telah
disampaikan di dalam pengajarannya. Untuk menepati ciri ini, guru perlu memastikan murid
pernah mempelajari tajuk yang hendak diuji. Contohnya semasa menyediakan kertas soalan
untuk beberapa kelas, guru perlu menanya semua guru yang mengajar kelas yang berbe%a
untuk mengetahui kemajuan setiap kelas. &engan ini, guru dapat menyediakan kertas soalan
dengan isi kandungan yang pernah dipelajari oleh murid. "erbuatan ini dapat menjamin
kesahan item ujian yang digunakan. Selain daripada itu, perbutan ini juga adil kepada semua
murid kerana di kalangan murid mungkin hanya segelintir murid yang mempelajari tajuk baru
dengan inisiati! kendiri. 'a akan jadi tidak adil kerana murid lemah yang bergantung kepada
pengajaran guru tidak tahu menjawab soalan yang digubal oleh guru.
&i samping itu, guru juga perlu memastikan item ujian yang digunakan adalah
berdasarkan kepada huraian sukatan pengajaran. Huraian sukatan pengajaran menggariskan
panduan kepada guru mengenai tajuk dan bidang yang akan diajar di sekolah. O'eh itu,
kebanyakan guru akan merancang pengajarannya berdasarkan kriteria atau bidang yang
dicadangkan dalam huraian sukatan pengajaran agar semua pengajaran guru di (alaysia dapat
diselaraskan. )erkemungkinan guru juga akan mengajar sesuatu yang baharu dan di luar
sukatan. "erbuatan ini tidak salah sekiranya murid dapat menguasai pengajaran guru tersebut.
*etapi sekiranya guru tersebut memasukkan soalan pengajarannya di luar sukatan tersebut ke
dalam item ujian, perbuatannya akan menjadi kurang adil kepada murid lain yang diajar oleh
guru lain. #uru lain mungkin tidak mengajar perkara tersebut. Keadaan ini menyebabkan murid
yang lain tidak dapat menjawab soalan dan menjejaskan keputusannya. Keadaan ini turut
menjadikan item ujian yang digunakan menjadi tidak sah. Oleh itu, guru perlu merancang
soalan berdasarkan sukatan huraian pengajaran agar semua murid mempunyai peluang yang
sama untuk menjawab kertas soalan yang digubal.

Anda mungkin juga menyukai