Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru

dan rakan-rakan sekalian. Selamat petang dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada
hari yang mulia ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah
Menabung.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada


masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan
seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita
simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa
hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya
menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini
tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka
kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan
menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang
baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang
jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan
kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu
bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan
lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal
menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana
mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita
boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik
jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali
persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak
faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai