Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan menabung

Amalan menabung merupakan satu amalan yang mulia.Menabung


membawa maksud menyimpan wang di bank atau di dalam tabung.
Amalan suka menabung boleh melatih kita supaya berjimat-cermat
dalam perbelanjaan harian dengan membeli barang-barang yang
penting dan berguna sahaja.Wang yang selebihnya akan disimpan di
dalam tabung atau di bank.
Selain itu,wang yang disimpan di bank akan memberi kadar faedah
kepada kita.Wang simpanan kita akan bertambah sedikit demi
sedikit.Bak kata pepatah,”sikit-sikit lama-lama menjadi bukit”.
Di samping itu,wanng simpanan kita boleh digunakan untuk masa
hadapan kita.Kita boleh menggunakan wang simpanan kita untuk
melanjutkan pelajaranke menara gading.Kita bukan sahaja dapat
berdkari,malahan dapat meringatkan beban orang tua kita.
Apabila berlaku kecemasan,kita tidak perlu meminjam wang daripada
sahabat handai ataupun lintah darat.Sebaliknya,kita dapat mengatasi
masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan mudah.
Pendek kata,amaln menabung memberi banyak faedah kedapa
kita.Amalan yang terpuji dan mulia ini patut kita amalkan sejak kecil
lagi.

Anda mungkin juga menyukai