Anda di halaman 1dari 2

Syarahan: Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa
hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk
disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan
untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya
menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat
mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-
cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang
muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui
dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang
sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk
membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-
hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang
perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk
perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh
meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu
ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka
ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan
supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita
diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai