Anda di halaman 1dari 1

Syarahan: Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah
Menabung.
Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk
keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul
lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai
tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan
untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa
diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk
membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu
bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan
sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita
akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat
disimpan. Ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa
berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas
sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat
membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan
wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa
yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita
mungkin kurang mampu untuk membelinya.
Hadiri yang dihormati sekalian,
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang
menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah
membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah
pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk
perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai