Anda di halaman 1dari 2

Jumaat Pembetulan 2/2A 30 Julai 2021

Cara-cara mengisi masa lapang

Masa sangat penting dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah, masa itu emas,
kita haruslah menghargai masa supaya masa tidak disia-siakan. Terdapat
banyak cara untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Antaranya, kita patutlah membaca pelbagai bahan bacaan pada waktu


malam. Contohnya, kita boleh membaca surat khabar untuk mengetahui isu-isu
semasa. Dengan ini, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung. Kita
juga boleh membaca buku rujukan Bahasa Melayu untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Dengan ini, kita dapat menguasai banyak kosa kata dan
menghasilkan karangan yang berkualiti.

Selain itu, kita perlulah bersukan di padang. Contohnya, kita boleh


bermain bola sepak, berjoging dan menunggang basikal. Dengan ini, kita dapat
menyihatkan tubuh badan. Kita juga dapat menjauhkan diri daripada penyakit
tiga serangkai seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Bak
kata pepatah, badan cergas dan otak cerdas, kita akan lebih bersemangat untuk
belajar di sekolah.

Seterusnya, kita haruslah melayari Internet dengan menggunakan


komputer riba. Contohnya, kita boleh mencari maklumat untuk menyiapkan
tugasan. Kita boleh melayari Facebook untuk berkomunikasi dengan kawan.
Kita juga boleh menonton video di Youtube untuk mengurangkan stres. Kita
juga boleh mendengar muzik sebagai halwa telinga untuk menenangkan minda.
Dengan ini, kehidupan kita akan lebih bahagia dan ceria.

Di samping itu, kita hendaklah melancong bersama keluarga pada cuti


sekolah. Contohnya, kita boleh melancong ke tempat-tempat menarik di dalam
dan luar negara. Dengan ini, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, kita dapat mengenali
budaya dan adat negeri dan negara yang dilawati.

Akhir sekali, kita mestilah menonton rancangan televisyen. Contohnya,


kita boleh menonton rancangan televisyen sambil berbual-bual dengan ahli
keluarga pada hujung minggu. Dengan ini, kita dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan mengurangkan stres.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk mengisi masa lapang.


Marilah kita sama-sama mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
supaya masa tidak disia-siakan.

Anda mungkin juga menyukai