Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan bercucuk tanam

Bercucuk tanam merupakan aktiviti yang


disukai oleh beberapa orang. Terdapat
pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh
dalam aktiviti yang bermanfaat ini.

Antara kebaikan bercucuk tanam ialah


bercucuk tanam boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Kita boleh bercucuk
tanam dengan keluarga di halaman rumah
dan dapat berinteraksi dengan keluarga.
Dengan itu, hubungan keluarga menjadi erat
dan kita lebih memahami mereka .

Selain itu, bercucuk tanam dapat mengisi


masa lapang dengan berfaedah. Apabila kita
bercucuk tanam, kita tidak akan mempunyai
masa yang lain untuk membuat aktiviti yang
tidak bermanfaat seperti vandalisme,
merokok dan memain permainan komputer.
Sesungguhnya, kita tidak akan membazirkan
masa dalam aktiviti yang tidak berfaedah
tersebut. Oleh itu, kita perlu menjimatkan
masa seoerti kata orang lain masa itu emas.

Seterusnya, bercucuk tanam juga boleh


menyihatkan badan. Hal ini dikatakan
demikian kerana semasa kita bercucuk tanam,
kita akan mengeluarkan peluh. Dengan
mengeluarkan peluh, toxin dapat dikeluarkan
daripada badan kita. Bak kata pepatah,
badan cergas, otak cerdas.

Di samping itu, bercucuk tanam juga dapat


menjimatkan perbelanjaan. Kita boleh
mendapat buah-buahan atau sayur-sayuran
selepas tumbuh dengan percuma. Oleh itu,
kita tidak perlu pergi ke pasar untuk membeli
sayur-sayuran atau buah-buahan dengan
harga yang lebih mahal.
Kesimpulannya, bercucuk tanam
mempunyai banyak faedah. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama bercucuk tanam.

Anda mungkin juga menyukai