Anda di halaman 1dari 1

Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

Kini, kemalangan jalan raya sering berlaku. Setiap hari, banyak orang yang kehilangan
nyawa atau cedera kerana ditimpa dalamnya. Oleh itu, para pemandu harus mengambil
langkah keselamatan. Tetapi, mereka selalu tidak sesal dahulu pendapatan manakala sesal
kemudian tidak berguna. Terdapat banyak punca kemalangan jalan raya.
Antara puncanya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu. Sesetengah pemandu
selalu menggunakan telefon sambil memandu. Walaupun mereka tahu sikap ini tidak betul,
mereka masih seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kecuaian pemandu ini terus
akan menyebabkan kemalangan jalan raya. Hal ini kerana pemandu tidak menggunakan
kedua-dua tangannya untuk mengawal stereng.
Selain itu, undang-undang yang kurang tegas merupakan antara punca kemalangan
jalan raya. Ini berakibatnya para pemandu yang tidak takut untuk melanggar undang-
undang. Mereka tidak rasa apa-apa sekiranya hukuman yang diberikan ringan sahaja. Para
pemandu pasti akan ulangkan kesilapan yang sama kerana tidak tahu kepentingan pandu
cermat jiwa selamat. Oleh itu, kemalangan jalan raya juga disebabkan oleh undang-undang
yang kurang tegas.
Punca yang seterusnya ialah kemudahan awam yang kurang sempurna. Contohnya,
tiang lampu yang tiada lampu menyebabkan jalan menjadi gelap. Papan tanda yang tidak
jelas menyebabkan pemandu guna arah yang salah. Lampu isyarat yang rosak
menyebabkan para pemandu memandu tanpa bimbingan. Ini semua merupakan contoh
kemudahan awam yang kurang sempurna dan turut dapat menyebabkan kemalangan jalan
raya kerana malang tidak berbau.
Di samping itu, cuaca boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Sebagai contoh,
jika cuaca panas, matahari yang terik boleh menyebabkan pemandu sukar melihat jalan.
Tambahan pula, jika adanya hujan lebat, jalan akan menjadi licin. Walaubagaimanapun,
terdapat banyak pemandu yang tidak mematuhi amalan biar lambat asalkan selamat. Oleh
itu, mereka tidak akan sempat untuk berhenti dan akhirnya ditimpa kemalangan.
Kesimpulannya, para pemandu mesti memandu dengan berhati-hati dan menyediakan
payung sebelum hujan. Pihak berkuasa juga perlu mengetatkan undang-undang dan
memberi hukuman yang lebih berat. Sekiranya kemudahan awam kurang sempurna, kita
haruslah melaporkannya. Jika semua orang bekerjasama, kemalangan jalan raya pasti
dapat dielakkan. Bah kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai