Anda di halaman 1dari 3

.

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita mengenai kemalangan jalan raya sering
dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini
kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus
meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Senario yang
menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat
mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah
yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini?

Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu
memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul.
Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu
kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan
agar tidak memandu kenderaan di jalan raya. Kita seharusnya memandu kenderaan yang
sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita
supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan
lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini.
Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti
tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu
akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan,
cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Selain itu, apabila anda membawa anak anda di dalam kereta, adalah penting untuk
mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula mereka naik hinggalah mereka
melangkah keluar dari kereta.Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang
selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul
jalan.Anak anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah
masuk atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda
menutupnya.Kanak-kanak perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan
risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.Anak anda perlu sentiasa memakai tali
pinggang keledar yang dikancing secara pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang
lebih kecil, adalah lebih baik menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan
bahawa tali pinggang keledar itu dapat dipasang dengan selamat.Sentiasa ingatkan anak anda
supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian anggotanya di luar tingkap
sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak bergerak.Kanak-kanak mempunyai
kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia berhenti dan ini amat
berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak yang
terdapat pada pintu kereta.

Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai


pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan pelanggaran dalam keadaan
kecemasan.Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang
lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak
kelancaran perjalanan anda.Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana
ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa
keretanya dengan lebih perlahan lagi.Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda
serta orang lain - jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.

Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah
dialami adalah mereka yang duduk di belakang?Ini kerana hentaman pelanggaran akan
menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.Hentaman
daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak
mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.Inilah bukti betapa
pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari
tercedera, dan juga orang lain.Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan
memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar
digunakan oleh penumpang di belakang kereta.

Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti
memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-
papan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan
keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat
dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa
memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat
perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap
orang. Bak kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya
mestilah mengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan
setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah
dilaksanakan dengan segera. Ingat, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!”

Anda mungkin juga menyukai