Anda di halaman 1dari 2

Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada

kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti
memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.
Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang di tuju, mereka tidak menghiraukan
keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan di pandu dalam keadaan
kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti
seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.
Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu
melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan
lalu lintas oleh pihak berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka
hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang
berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa
dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk
meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak.

Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan
semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,
polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk
mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi
keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan
pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang
wajar diambil untukmenyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga memainkan
peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat
memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak
harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna
jalan raya yang lain. Peraturan jalanraya haruslah dipatuhi untuk memastikan
keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian
menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.

Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.


Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggung jawab pengguna
jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini
tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia
memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat
menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi
kesejahteraan bersama.

Anda mungkin juga menyukai