Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillahirabbilalamin wassolatu wassala mu’ala


asyrafil anbia’ iwal mursalin.

Terima kasih saudara /saudari koordinator acara, kombinasi kehakiman


yang berwibawa, penjaga masa yang peka pada detik masa, warga pendidik
yang budiman, rakan-rakan seperjuangan seterusnya tidak dilupakan warga
dewan yang berbahagia.

Hadirin sekalian,

Tampilnya saya pada hari ini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
“ Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama. Sebelum kaki mengorak
langkah, sebelum bibir meluncur kata jadi adat kelaziman bicara, elok kiranya
kita sama sama memahami intipati tajuk pidato ini. Berdasarkan Kamus Dewan,
Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama secara konseptualnya
membawa maksud bahawa semua pihak sama ada pihak individu, pihak
kerajaan ataupun pihak swasta berperanan memberi satu jaminan tentang
keselamatan pengguna jalan raya.

Warga dewan sekalian,

Pada pagi ini akan saya perincikan secara tuntas 3 pihak yang
berperanan bagi menjamin keselamatan ketika di jalan raya. Pertama :
Peranan pengguna jalan raya. Setiap pengguna jalan raya perlu memastikan
mereka adalah pengguna jalan raya yang mematuhi undang – undang yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Meniti di media massa kadar
kemalangan di jalan raya mencanak naik saban hari.

1
Hal ini adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri.
Memetik laporan Harian Metro bertarikh 18 Mac 2018 ‘6 kesalahan pengguna
jalan raya menjadi penyumbang utama kemalangan jalan raya’ antaranya
adalah memotong di garisan berkembar, memandu dalam keadaan letih ,
tidak membuat pemeriksaan kenderaan dan menggunakan alat
telekomunikasi ketika memandu. Sikap pengguna yang sedemikian akan
mengundang berlakunya kemalangan. Sikap tidak mematuhi undang –
undang adalah punca utama kemalangan contohnya kesalahan yang paling
tinggi direkodkan oleh pengguna jalan raya ialah memandu melebihi had laju
iaitu sebanyak 253,810 kesalahan sepanjang tempoh Op Selamat 12 pada
Tahun Baru Cina 2018 yang lalu. Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Ketua
Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Dr Siti Zaharah
Ishak , menyatakan bahawa 80% kemalangan berlaku disebabkan oleh
kesilapan manusia iaitu pengguna jalan raya itu sendiri.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Peranan seterusnya yang tidak dapat lari ketika mana kita


membicarakan isu keselamatan jalan raya adalah Peranan pihak kerajaan.
Pihak kerajaan telah dan akan terus berperanan bagi memastikan keselamatan
pengguna jalan raya. Pihak kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi
penguatkuasaan, antaranya: Jabatan Pengangkutan Jalan , Jabatan
Keselamatan Jalanraya Malaysia , Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS. Semua badan kerajaan yang
ditubuhkan ini sentiasa membuat penyelidikan dan tindakan untuk membantu
menjamin keselamatan pengguna ketika berada di jalan raya. Pemantauan
sering dilakukan terutama sekali di kawasan berisiko tinggi berlakunya
kemalangan. MIROS sebagai contohnya ditubuhkan bertujuan untuk
membantu kerajaan merangka dasar-dasar dan program-program
keselamatan jalan raya dan menangani isu keselamatan jalan raya berasaskan
kepada hasil kajian dan penyelidikan saintifik. Langkah ini adalah selaras
dengan hasrat kerajaan yang komited dalam usahanya membendung

2
masalah atau faktor-faktor yang menyumbang kepada keselamatan jalan raya.
Hal ini jelas menunjukkan komitmen pihak kerajaan yang begitu jelas dalam
menjamin keselamatan jalan raya.

Ketiga : Peranan Sekolah. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)


diterapkan sebagai sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah dan menengah sejak 2007 adalah bagi memupuk budaya berkenaan
daripada usia muda. Matlamat utama PKJR ini adalah sebagai satu inisiatif
jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi
melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya
selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kini, telah
ditubuhkan kelab keselamatan jalan raya yang bermatlamat memberi peluang
kepada para pelajar mempraktikkan undang – undang jalan raya. Semuanya
ini bertujuan melahirkan generasi akan datang yang mematuhi undang –
undang jalan raya dan seterusnya menjamin keselamatan pengguna.

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, jelaslah menunjukkan bahawa semua pihak berperanan


bagi menjamin keselamatan di jalan raya. Kemalangan jalan raya boleh
dielakkan dengan wujudnya kerjasama daripada semua pihak.

Saya tinggalkan hadirin sekalian dengan analisis matematik untuk


dirungkaikan dan direnungkan. Setiap nyawa yang hilang adalah kerugian
RM1.2 juta kepada negara. Tahun 2016 sahaja mencatat 7,152 kematian. Jadi
berapa banyak lagikah negara harus terus rugi. Fikir-fikirkan dan renung-
renungkan.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai