Anda di halaman 1dari 25

MASYAQQAH (KESULITAN) SEBAGAI PUNCA KECUAIAN DALAM KALANGAN PEMANDU :

SATU PENILAIAN DAN SARANAN PENYELESAIAN

Oleh

FAHMI ZAIDI BIN ABDUL RAZAK

ABSTRAK

Fenomena kecelakaan di jalanraya yang tidak pernah surut saban tahun telah

mengundang pelbagai persepsi. Pelbagai pihak telah menyumbangkan pendapat dan buah fikiran

mereka terhadap fenomena ini. Antara komentar terkenal yang menghiasi dada-dada akhbar pada hari

ini dalam menanggapi isu ini ialah ‘ia berpunca daripada kecuaian pemandu’ atau ‘ia adalah sikap buruk

para pemandu ketika di jalanraya’ dan ada juga frasa yang mengejutkan-‘pemandu di Malaysia ini

kalau dikenakan hukuman mati sekalipun,mereka tetap akan melanggar undang-undang.

Persoalannya benarkah langkah-langkah perlu telah diambil dalam menangani peningkatan kadar

kemalangan jalanraya di Malaysia ini? Sesungguhnya kempen kesedaran tentang kemalangan jalanraya

ini telah dijalankan selama 30 tahun lamanya dan berlarutan sehingga ke hari ini. Ini merupakan satu

jangkamasa yang sangat panjang dan ia sama sekali gagal. Jumlah kematian terutamanya pada musim-

musim perayaan masih lagi tinggi sejak mula kempen ini berjalan. Pada hari raya tahun ini

misalnya,jumlah korban meningkat dari tahun yang sebelumnya dan seterusnya mengundang

pertanyaan,sampai bilakah sambutan Aidilfitri akan bersinonim dengan kemalangan maut dijalanraya.

1
Tahun demi tahun,terutamanya ketika musim perayaan, akhbar-akhbar utama negara akan terus

melaporkan kemeriahan sambutan Aidilfitri juga kemeriahan darah merah yang mengalir di jalan-jalan

di Malaysia. Tidak ketinggalan, Malaysia juga melaksanakan pelbagai strategi untuk mengatasi masalah

keselamatan jalan raya. Setiap tahun pelbagai kempen keselamatan jalan raya dilancarkan untuk

mendidik masyarakat tentang peri penting keselamatan jalan raya dan melatih pemanduan berhemat

semasa di jalan raya. Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ), Maj lis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MUM), Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM) dengan kerjasama badan-badan korporat seperti Shell Malaysia, BP Malaysia, Sime

Tyres Malaysia Berhad, Autoliv Hirotaka Sdn. Bhd., PLUS Berhad, Mechelin Asia (Singapore) Pte.

Ltd., Hong Leong Yamaha dan badan NGO telah melancarkan kempen silih berganti tiap tiap tahun dan

menjelang musim perayaan. Di samping itu, pelbagai habuan juga disediakan kepada pemandu seperti

minuman kopi yang disediakan secara percuma oleh PLUS, pemeriksaan tayar kenderaan secara

percuma oleh Sime Tyres, penerangan tentang kepentingan tali pinggang keledar dan (air bag). Poster,

hamper dan buah tangan lain juga dibekalkan oleh BP Malaysia semasa tempoh kempen tersebut. Di

samping berkempen, pihak berkuasa terutamanya PDRM dan JPJ telah mengambil tindakan

penguatkuasaan undang-undang secara serius. Apabila menjelang musim perayaan seperti Tahun Baru

Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Krismas dan Tahun Baru, PDRM

mengerahkan beribu-ribu anggota polis beroperasi di bawah kod "Ops Statik". Anggota-anggota polis

ditempatkan secara fizikal di lokasi-lokasi tertentu sepanjang jalan raya untuk mengawal lalu-lintas dan

pengguna jalan raya. Ops Statik telah dilaksanakan semenjak tahun 1996. Ops Statik V telah

dilancarkan dari 18 Disember 2000 hingga 1 Januari 2001. Seramai 5,200 anggota polis terlibat secara

langqung. Sepanjang tempoh Ops Statik V, sebanyak I0,9 19 kemalangan telah berlaku dengan 2 15

kematian. Purata kemalangan harian sepanjang tempoh tersebut ialah 643 kemalangan dengan 13

kematian. Keadaan tersebut tidak banyak berbeza daripada Ops Statik IV yang dilancarkan dari 1

Januari 2000 hingga 15 Januari 2000. Sepanjang tempoh Ops statik IV sebanyak 8,448 kemalangan

dicatatkan dengan 182 kematian. Purata kemalangan harian bagi tempoh tersebut ialah 604 dengan 13

2
kematian. Pendekatan ini nyata tidak berjaya menepati objektif dan tidak berkesan untuk menurunkan

kadar kemalangan di jalan raya1.

Jelas di sini bahawa kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Ia

adalah satu statistik yang menggerunkan. Justeru ,dengan maklumat penting ini,pada hemat saya,sudah

semesti kita akan terpanggil atas dasar tanggungjawab untuk menjelaskan dan memberi saranan-saranan

konkrit dalam usaha untuk menamatkan masalah ini.

1 Jamal Khan, Mohamad Khan (2002) : KESELAMATAN JALAN RAYA: DI MANA KITA? Jelapang, 3 (1). p.

3
BAB SATU : SATU PANDANGAN TENTANG KECUAIAN

Perlu ditegaskan disini bahawa-secara teknikalnya-kemalangan berlaku sebahagiannya besarnya

adalah disebabkan oleh kenderaan yang dipandu hilang kawalan maka segala-galanya boleh

terjadi,mungkin sahaja ia akan merempuh pejalan kaki,merempuh jambatan,jatuh ke dalam gaung,jatuh

ke dalam sungai,tali air,merempuh belakang lori dan apa sahaja yang menghalang laluannya. Selebihnya

kemalangan berlaku bukan akibat daripada pemandu A tetapi akibat kecuaian pemandu B sedangkan

pemandu A seorang yang amat berhemat dalam pemanduannya. Beliau mungkin sahaja menjadi mangsa

rempuhan pemandu B yang memandu lori yang kerosakan brek(kes yang paling lumrah),ingatkah kita

pada kes di tol Jelapang?Sekeluarga terbunuh akibat rempuhan sebuah treler. Benar kenderaan-

kenderaan besar yang sering sahaja mengalami kerosakan brek,lalu dirempuhnya tol itu dan digilisnya

keluarga malang itu. Apa tindakan Jabatan Kejuruteraan pihak berkaitan?Kerajaan seharusnya sudah

mula mengorak langkah untuk menukar strategi-malah sejak dahulu lagi-dalam menangani peningkatan

kemalangan maut ini. Pertama,setelah 30 tahun, kita sepatutnya menyedari betapa rupa-rupanya sikap

manusia tidak boleh diubah dengan mudah ketika berada di atas jalanraya. Rujuklah mana-mana teori

psikologi,yang merujuk kepada kajian sikap,terutamanya ketika berada di jalanraya,adakah ia sesuatu

yang mudah dan relevan untuk diubah?Atau adakah sesuatu yang lain paling perlu untuk diubah?

Allport (1953) telah mendefinisikan sikap sebagai keadaan persediaan mental dan fizikal

individu melalui pengalaman yang mewujudkan arahan atau pengaruh dinamik ke atas

tindakbalas individu itu sendiri pada semua keadaan dan persekitaran. Menurut beliau sikap

adalah hampir sama dengan ciri-ciri personaliti. Jika diambil satu definisi yang luas tentang

4
personaliti, ia boleh difahami bahawa sikap merupakan sebahagian daripada personaliti yang

perbezaan ciri-cirinya akan mempengaruhi tingkahlaku yang berbeza2.

Justeru, dari satu perspektif yang lain,kita sebenarnya perlu merawat punca-punca lain yang menjadi

penyebabkan kepada kemalangan jalanraya. Menurut Mohamad Khan, Malaysia telah melaksanakan

strategi reaktif dengan baik tetapi kurang memberi tumpuan terhadap strategi proaktif iaitu strategi

yang merawat punca masalah sebelum kemalangan berlaku. Audit keselamatan jalan raya mula

diperkenalkan di Britain dalam tahun 1980an sebagai sebahagian daripada teknik penyiasatan dan

pencegahan kemalangan. Kini ia telah berkembang menjadi satu komponen pelengkap dan penting

dalam proses keselamatan jalan raya. FHWA memetik The National Association of Road

Transport and Trafic Authorities in Australia (AUSTROADS), yang mendefinisi audit

keselamatan jaian raya seperti berikut: Punca masalah yang menyumbang kepada kemalangan jalan

raya tertumpu kepada tiga faktor utama iaitu manusia, kenderaan dan persekitaran jalan raya.

Kebanyakan Negara maju seperti Britain, Jerman, Jepun dan Australia telah mengam bil

pendekatan inovatif dalam memberi tumpuan kepada ketiga-tiga faktor tersebut3.

Pihak berwajib juga sepatutnya sudah mula memikirkan secara serius tentang apa yang mereka

maksudkan dengan kecuaian yang boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya serta langkah-

langkah mengatasinya dalam bentuk yang benar-benar konkrit dan bertanggungjawab dan bukan

mengeluarkan kenyataan-jika kemalangan menurun ia hasil usaha keras kerajaan,jika kemalangan

meningkat ia melambangkan sikap sebenar para pemandu-Mungkin KECUAIAN pemandu mungkin

2 Lim, Aik Kuan, (2007) Hubungan Sikap Pengguna Dengan Keterlibatan Dalam Kemalangan Jalan Raya: Kajian
Kes Di Negeri Melaka

3 Jamal Khan, Mohamad Khan (2002) : KESELAMATAN JALAN RAYA: DI MANA KITA? Jelapang, 3 (1). p.

5
diwakili oleh rasa mengantuk,mabuk,culas penyelenggaraan kereta,(technical failure),memandu dengan

merbahaya (terlalu laju atau bagaimana?)dan lain-lain. Semua jenis kecuaian ini perlukan peratusan dan

korelasi dengan kemalangan yang hanya akan diperolehi daripada kajian empirikal oleh seorang pakar

keselamatan jalanraya. Tidak ada cara lain!

Cuai menurut Kamus Dewan bererti tidak hati-hati dalam membuat sesuatu,lalai dan abai4. Oleh itu

kecuaian pemandu adalah merupakan perihal kecuaian pemandu ketika berada (memandu)dijalan raya

dan para penyelidik mengakui bahawa punca utama nahas jalan raya ialah manusia itu

sendiri.Sungguhpun begitu ,ada satu elemen penting yang belum ditanggap sepenuhnya oleh para

penyelidik keselamatan jalan raya iaitu punca berlakunya kecuaian.

BAB DUA : MASYAQQAH KETIKA DALAM PERJALANAN

Untuk menanggapi persoalan ini,Islam mempunyai perspektif tersendiri yang menjelaskan adanya

hubungan langsung antara kondisi pemandu yang sedang membuat perjalanan jauh (musafir) dengan

berlakunya kecuaian dalam kalangan para pemandu terbabit. Teori ini boleh diperjelaskan melalui hadis

berikut : Dari Abu Hurairah r.a: “Rasulullah s.a.w bersabda: Perjalanan musafir termasuk dari seksaan

yang menghalangi seseorang di antara kamu untuk tidur, makan dan minum. Apabila seseorang dari

kamu telah menyelesaikan urusannya, hendaklah segera menemui ahli keluarganya”. Menurut Kamus

Dewan, musafir bermaksud orang yang masih dalam perjalanan,orang yang berpergian,pengembara5.

Hadis ini telah memberikan gambaran jelas kepada kita bahawa bermusafir (berjalan jauh)itu

4 Kamus Dewan Edisi Ketiga,2002, Kuala Lumpur,Dewan bahasa Dan Pustaka

5 Ibid

6
sebenarnya merupakan suatu seksaan. ‘Seksaan’ yang dinyatakan dalam hadis inilah yang menjadi

punca kepada kecuaian para pemandu. Dalam erti kata lain ia merupakan satu kesulitan yang

menghalang seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara asas yang biasa dilakukannya dengan

tenang seperti tidur,makan dan minum dan seterusnya membawa kepada gangguan perasaan seperti

mudah marah,mengantuk,rasa tidak selesa sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

Teori ini diperkukuhkan lagi dengan hadiah khas dari Allah SWT kepada hamba-Nya yang sedang

bermusafir iaitu rukhsah atau keringanan dalam bersolat. Hadis Nabi Dari Ibnu Umar r.a

katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah suka (redha) supaya rukhsah-rukhsah yang

diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.” (Ahmad)

Firman Allah “dan apabila kamu musafir dimuka bumi,maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan

solat jika kamu takut diserang oleh orang2 kafir” (maksud surah an-nisaa’ ayat 101)

Ya’alaa bin Umaiyah berkata “aku pernah bertanya kepada Umar ra tentang firman Allah “maka

tidaklah berdosa menqasarkan solat jika kamu takut diserang oleh orang2 kafir”sedangkan pada masa

sekarang manusia telahpun berada dalam keadaan aman.

Umar menjawab :aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya

kepada Rasulullah SAW tetang hal itu lalu beliau menjawab “itulah adalah sedeqah yang diberikan olah

ALLAH kepada kalian maka terimalah sedeqahNYA itu”. *riwayat imam Muslim,Tirmidzi,Ibnu majah

dan Abu daud,sunan Abu daud.

Daripada dalil di atas juga dapat kita simpulkan bahawa rukhsah mengqasarkan solat ketika dalam

perjalanan jauh bukanlah hanya semata-mata disebabkan oleh takutkan serangan orang kafir tetapi sifat

Maha Pemurah Allah azza wajalla yang telah memberikan sedekah-Nya kepada yang ingin bermusafir.

Ini membuktikan bahawa betapa istimewanya orang yang sedang bermusafir (dengan tujuan yang

baik)di sisinya. Allah SWT sangat mengerti bahawa hamba-Nya sedang menanggung masyaqqah

7
(seksaan). Tegasnya,Allah SWT telah memberitahu para hambanya supaya kita berfikir, menanggap dan

seterusnya mempertimbangkan apakah sebenarnya yang berlaku disebalik nahas jalanraya sentiasa

menggila setiap kali musim perayaan. Allah Taala sendiri telah memberi hadiah kepada hambanya yang

sedang bermusafir dan ia merupakan sedekah dari Allah yang sentiasa prihatin kepad hamba-Nya.

Bagaimana pula kita yang berterusan menanggap orang yang dalam keadaan masyaqqah ini sentiasa

bersalah dengan kecuaian mereka? Bukankah lebih elok tumpukan perhatian untuk memperbaiki aspek

lain selain daripada usaha transformasi sikap yang tidak berjaya ini. Walaubagaimanapun,daripada satu

perspektif yang lain,kerajaan sebenarnya amat konsisiten dalam menjalankan kempen kesedaran

kemalangan jalanraya,Cuma rezeki yang masih belum memihak. Oleh yang demikian itu,strategi harus

ditukar,kaedah lain harus dicari. Para penyelidik perlu lebih gigih memerah otak mendapatkan sebanyak

mungkin maklumat berkaitan nahas jalan raya.Bekerjasamalah dengan pihak berkuasa supaya kemelut

ini akan dapat dihapuskan.Sekurang-kurangnya tiada lagi kemalangan maut di Malaysia. Ia sudah cukup

baik.

Imam Ibnu Qayyim pula menerangkan: Tidak diragukan lagi bahawa berbuka puasa dan mengqasar

solat itu merupakan hak khusus orang musafir. Orang yang menetap tidak dibenarkan berbuka kecuali

jika dia sakit. Ini termasuk kesempurnaan hikmah dari Allah Azza waJalla sebab dalam perjalanan itu

sendiri terdapat sepotong dari siksaan, iaitu di dalamnya terdapat masyaqqat dari kerja keras. Dan

sekalipun yang melakukan perjalanan itu termasuk orang yang serba kecukupan namun dia tetap

mengalami masyaqqat dan kerja keras yang sesuai dengannya. Kerana itu maka merupakan Rahmat

Allah dan kebaikanNya terhadap hamba-hambaNya untuk meringankan sebahagian solat darinya.

Allah menganggap cukup dengan sebahagian yang dikerjakan mereka (hamba-hambaNya). Allah

ringankan pula dari mereka pelaksanan fardhu puasa dalam perjalanan dan Dia (Allah)

menganggap cukup dengan menunaikannya semula (diqadha) setelah berada di tempat.

Adapun menetap di tempat maka itu bukanlah merupakan hal yang mengharuskan bagi

digugurkanNya sebahagian yang wajib atau menundakan yang wajib padanya. Mengenai masyaqqat

8
kesibukan yang terdapat padanya maka itu adalah perkara yang tidak dapat ditentukan dan tidak

terbatas. Jika setiap orang sibuk atau setiap orang yang mengalami masyaqqat dibolehkan mendapat

rukhsah maka yang wajib akan hilang dan hapus dan akhirnya semua terhapus. Dan jika sebahagian

yang sibuk dan mengalami masyaqqat sahaja yang dibolehkan mendapat rukhsah maka itu adalah

tidak logik sebab tidak ada sifat yang menetapkan mana yang mendapat rukhsah dan mana yang tidak

boleh dan ini tidak sama jikalau dibandingkan dengan perjalanan6. [Masyaqqat adalah keadaan sulit

atau sukar yang menimpa dan mengait)

Dalil-dalil di atas sebenarnya sudah memberikan isyarat kepada kita tentang perihal bermusafir ini

(perjalanan jauh) sebenarnya merupakan masyaqqah atau kesulitan yang telah termaktub dalam hadis

Nabi hinggakan solat pun boleh dipendekkan(qasar). Ini menunjukkan bahawa perjalanan jauh ini

sebenarnya mengundang pelbagai tekanan kepada sang pengembara yang mungkin menghadapinya dari

sudut mental dan fizikal. Ini terbukti dengan pemanduan berterusan yang berjam-jam lamanya akan

menyebabkan pemandu berasa sangat keletihan dan mudah hilang tumpuan. Tubuh badan pemandu

akan berasa lenguh dan kesakitan di bahagian sendi badan akibat daripada duduk yang terlalu lama.

Pemandu juga akan cepat merasa bosan dengan pemanduan yang terlalu lama dan akhirnya bertindak di

luar batasan seperti memandu dengan lebih laju dan ada ketikanya mengajak pemandu lain berlumba

sesama sendiri dengan alasan menghilangkan kebosanan.

Faktor gabungan fizikal dan mental inilah sebenarnya merupakan satu bentuk masyaqqat yang tidak

dapat tidak harus ditempuhi setiap pemandu yang bermusafir.Oleh yang demikian itu,bagaimana harus

kita mengaitkan masalah sikap pemandu atau sebenarnya hanyalah manifestasi masyaqqah yang dialami

oleh kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia?

6 Imam Ibnu Qayyim - I'lam al-Muwaqqen, 2/111

9
BAB TIGA : TIDAK ADAKAH MASYAQQAH DI LUAR NEGARA?

Timbul pula persoalan ,adakah keseksaan (masyaqqah) ketika bermusafir tidak wujud di negara maju

lantaran kurangnya kadar kemalangan di sana?Jawapannya, selagi manusia berkelana di atas muka bumi

Allah selagi itulah manusia itu akan tertakluk kepada hukum Allah dan fitrah ciptan-Nya. Seksaan

ketika bermusafir juga dialami oleh penduduk negara-negara Barat tetapi seksaan atau masyaqqah yang

mereka hadapi tidak sampai membawa kecuaian menyumbang kepada risiko kemalangan jalanraya. Jika

adapun,punca kecuaian mereka adalah disebabkan oleh mabuk dan bukan disebabkan oleh faktor

dalaman semula jadi seperti pemandu Malaysia . Negara mereka tidak panas,ini juga membantu mereka

secara semulajadi dalam mengurangkan stres mereka ketika dijalan raya. Kesimpulannya pengguna

jalan raya di negara maju menghadapi tahap ‘keseksaan’ yang minimum jika dibandingkan dengan

negara Malaysia.

Dari kaca mata psikologi pula,seseorang pemandu itu sebenarnya berada dalam keadaan yang tertekan

dan mungkin segelintirnya telah membuat beberapa tindakan yang tidak wajar ketika memandu. Mereka

juga cenderung untuk bertindak di luar kawalan dan mudah marah lebih-lebih lagi dalam iklim Malaysia

yang panas dan kesesakkan jalanraya akibat sikap pemandu lain memburukkan lagi keadaan. Antara

tindakan yang tidak wajar adalah mengikut kenderaan hadapan dengan terlalu rapat,memotong ditempat

yang sepatutnya,memandu dengan terlalu laju dan sebagainya. Justeru,risiko untuk terbabit dalam

kemalangan amatlah tinggi.

10
Setelah meneliti beberapa nas-nas dari al-Quran dan hadis serta tokoh-tokoh ilmuan Islam ,jelas

kepada kita bahawa faktor kecuaian dan sikap bukanlah satu faktor yang boleh diubah dengan mudah

dan sewenang-wenangnya. Pertimbangan yang tidak wajar yang berlaku semasa memandu adalah

disebabkan oleh ‘tekanan’(stress)yang terhasil daripada pengalaman bermusafir (memandu dalam jarak

yang jauh). Perlu ditegaskan bahawa ia bukanlah satu bentuk kesengajaan yang bersifat jenayah cuai

seperti kegiatan rempit dan lumba haram. Menurut Dr Romzi, pemandu yang memandu terlalu perlahan

seperti pemandu wanita, pemandu lesen percubaan, pemandu tua dan disebabkan kenderaan lama,jika

tidak sabar, para pemandu akan cenderung melakukan tingkah laku agresif. Hakikatnya pemandu

tersebut adalah baik, tetapi atas sebab-sebab yang dinyatakan, pemandu berkenaan melanggar undang-

undang7.

Setelah diteliti susur galur dan sebab musabab kecuaian para pemandu,pertimbangan kita seharusnya

tidak terlalu menumpukan kepada proses transformasi sikap dalam mengurang kadar kemalangan

jalanraya. Mengubah sikap manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Terbukti sebelum ini kerajaan telah

menjalankan bermacam-macam kempen untuk mengubah sikap pemandu di Malaysia agar lebih

bersopan di jalan raya. Negara-negara maju telah dijadikan kayu ukur dan panduan kepada Malaysia

tentang bagaimana rakyat mereka begitu berhemah ketika dijalan raya seterusnya menyaksikan kadar

kemalangan jalan raya yang begitu rendah di negara mereka. Benar ,mereka memang terbukti terbukti

berjaya dijalanraya. Namun, adakah kita sedar tentang nisbah jaringan jalan raya dan jumlah kereta yang

berlegar di atas jalan raya mereka?Jalan raya mereka tidak sesak dengan kereta persendirian,sistem

pengangkutan awam mereka begitu cekap. Menggunakan sistem pengangkutan awam mereka adalah

lebih menarik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan

jumlah kereta di jalanraya dan setusnya mengurangkan kesesakan.

7 Dr. Romzi Ismail,2005,Utusan Malaysia (Rencana)13.11.2005

11
Justeru, apabila kesesakan kurang, maka tekanan yang timbul akibat pemanduan tidak akan wujud

dan seterusnya mewujudkan seorang pemandu yang sangat stabil dari segi emosinya. Oleh yang

demikian itu,pertimbangan-pertimbangan yang tidak wajar semasa berada di atas jalanraya dapat

dielakkan dan sekaligus mengurangkan kecelakaan dijalan raya. Cuaca yang sederhana juga sangat

membantu pengguna jalanraya di sana daripada tekanan yang menjadi punca kepada sikap cuai. Sebagai

melengkapi kesempurnaan mereka dijalanraya,eloklah kita melihat jenis-jenis kereta yang digunakan di

sana yang sebahagian besarnya mementingkan aspek keselamatan seperti air bag,EBD,ABS dan

sebagainya. Tambahan lagi struktur kereta Eropah yang terkenal dengan reka bentuk yang besar serta

buatannya yang lebih kukuh jika dibandingkan dengan kereta-kereta yang ada di Malaysia .Menurut Dr

Romzi, Orang Melayu suka mengambil risiko. Yang pertama, mungkin disebabkan mereka menaiki

kereta yang murah. Jika ditinjau pada musim Tahun Baru Cina, kemalangan tetap berlaku dengan

banyak. Tetapi yang membabitkan kereta Kancil atau Proton, jarang. Yang biasa kita dengar - Pajero,

Mercedes, BMW dan paling kurang pun kereta buatan Jepun. Itu maknanya kenderaan juga satu faktor

(yang menyebabkan kemalangan maut). Jika memandu kereta Kancil selaju 80 kilometer sejam dan

berlaku kemalangan,maka kemusnahannya sangat dasyat. Kereta boleh jadi kemek seolah-olah tin kena

pijak. Tetapi kalau kereta lain, masih berpeluang selamat oleh kerana adanya sistem penghadang

keselamatan8.

Pada tahap ini,adalah wajar kepada pakar keselamatan jalan raya untuk mendapatkan statistik

berkaitan kekerapan kadar kemalangan jalan raya dengan jenama kereta. Mungkin ada hubungan yang

signifikan antara kekerapan kemalangan jalanraya dengan jenama-jenama kereta tertentu. Jika ada,pihak

kerajaan mungkin boleh mengambil langkah tertentu untuk mengubah senario ini. Antara tindakan yang

boleh diambil,mungkin menasihatkan mereka (pengeluar)untuk meningkatkan tahap keselamatan kereta

keluaran mereka.

8 Dr. Romzi Ismail,2005,Utusan Malaysia (Rencana) 13.11.2005

12
Berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR),purata 18 kematian akibat kemalangan

jalanraya dilaporkan setiap hari. Menurut program MUFORS (Kaji Selidik Rakyat Malaysia Bersatu

Untuk Keselamatan Jalan Raya),lima tabiat paling buruk pemandu kenderaan di negara ini yang

menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Kajian itu menyatakan bahawa tabiat tidak menggunakan

lampu isyarat sisi (kiri dan kanan) dalam kalangan pemandu dan sejumlah 11.6% peserta kajian itu

mengaku bahawa mereka tidak menggunakan lampu isyarat. Ini diikuti oleh tabiat mengikuti kenderaan

di hadapan dalam jarak yang terlalu dekat (11.5%). Berlumba dijalanraya membabitkan mat rempit

(9%).Memandu dengan perlahan dilorong memotong (8.8%)dan memandu dilorong kecemasan (6.8%)9.

Pada hemat saya kajian yang dianjurkan oleh PLUS dengan kerjasama LLM tersebut sebenarnya tidak

mencerminkan corak sebenar punca kemalangan jalanraya dinegara ini. Kajian tersebut hanya

mengumpulkan koresponden yang tidak terbabit dalam kemalangan dan mereka mengaku tidak

mematuhi peraturan. Ini hanya mencerminkan pola sikap pemandu secara umum dan bukan data

daripada pemandu yang terlibat dalam kemalangan atau saksi kemalangan tersebut. Hanya pemandu

atau saksi yang terlibat dalam kemalangan itu sahaja yang boleh menceritakan tentang apakah yang

sebenarnya yang berlaku semasa kemalangan tersebut. Mungkin sahaja kemalangan tersebut berpunca

daripadu pemandu tersebut mengantuk,memandu terlalu laju dan sebagainya.Kesemuanya boleh

diceritakan oleh orang yang terlibat. Dalam erti kata lain data tersebut adalah tidak sah (not

valid)kedudukannya jika digunakan untuk mencari punca atau sebab musabab sesuatu kemalangan.

Paling penting,temuramah harus dijalankan ke atas orang yang terlibat dalam kemalangan dengan

menyoal mereka secara terus atau melalui borang kajiselidik Setelah kita faham bahawa faktor kecuaian

9 Mohd Azam Shah Yaacob,Harian Metro,6 September 2009,hlmn 27

13
ini tidak mudah untuk diatasi,maka kita perlu mengenalpasti faktor lain iaitu,keadaan

jalanraya,kelemahan sistem pengangkutan awam.

Justeru, SOP kepada kemalangan yang telah berlaku,yang paling penting bukanlah autopsi ke atas

mayat tetapi bedah-siasat terhadap punca kemalangan itu berlaku dengan cara melakukan penelitian

terhadap TIGA komponen utama kemalangan jalanraya iaitu kecuaian manusia (human error)masalah

kenderaan(technical failure) dan masalah jalanraya itu sendiri. Bedah siasat ini mungkin boleh

dilakukan dengan teknologi terkini (spt dengan bantuan komputer)seperti yang telah digunapakai dalam

siri dokumentari ‘Second from disaster’ yang ditayangkan oleh stesen tv satelit Astro. Perincian yang

dibuat dalam dokumentari ini sangat menarik,dengan setiap faktor penyebab kepada kemalangan

dihuraikan satu persatu.

BAB EMPAT : SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Sistem pengangkutan awam di Malaysia tidak membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan jlan

raya. Masakan tidak,bas pun terlibat dalam kemalangan maut! Perkara ini sungguh menakutkan,seolah-

olah tidak ada pengangkutan yang selamat di Malaysia. Sistem pengangkutan awam sepatutnya sudah

ada perubahan yang banyak. Jika kita lihat di negara-negara maju,sistem pengangkutan awam menjadi

pilihan utama rakyat mereka. Ini kerana sistem pengangkutan mereka sangat cekap,pantas,murah dan

menepati masa. Persoalannya,kenapa kita tidak mahu meniru mereka?

Penyelenggaraan bas-bas yang digunakan seharusnya dipantau dengan lebih ketat dan

penyelenggaraan seharusnya dibuat secara berkala dan ia wajib dipantau oleh pihak berkuasa sama ada

JPJ mahupun polis.Pertimbangan -pertimbangan penting dalam membuat dasar (yang berkaitan dengan

perkara teknikal)perlulah merujuk kepada data-data dan statistik yang telah disediakan oleh pakar

keselamatan jalanraya. Ini termasuklah statistik keterlibatan pengangkutan awam dalam kemalangan

14
jalanraya,sebab musabab keterlibatan(kesilapan manusia,kerosakan kenderaan terbabit dan faktor

jalanraya).jika pihak terbabit mengambil berat hubungkait antara sistem pengangkutan awam dengan

kemalangan jalanraya maka tidak ada masalah yang akan timbul dalam memperkasakan sistem

pengangkutan awam ini agar ia menjadi lebih relevan dan seterusnya bermanfaat.

BAB LIMA : KTMB SEBAGAI SISTEM PENGANGKUTAN UTAMA

Dalam membicarakan sistem pengangkutan awam yang satu ini,sesungguhnya penulis bersimpati

dengan jaringan perkhidmatannya yang berkembang dengan terlalu perlahan. Perkembangannya hanya

tertumpu di kawasan lembah kelang dan pantai barat sahaja,manakala perkembangan di pantai timur

lebih teruk lagi.Apa yang baiknya, sistem ini kekal sebagai sistem pengangkutan awam yang paling

murah.

Saya berpendapat sistem kereta api di negara kita boleh dijadikan sebagai sistem pengangkutan awam

yang utama dinegara kita jika pihak kerajaan sudi untuk mengeluarkan sejumlah belanja untuk menaik

taraf sistem pengangkutan kereta api demi keselesaan dan keselamatan rakyat .(keretapi mempunyai

tahap keselamatan enam kali lebi tinggi daripada kereta dan lain-lain). Landasan kereta api perlu

ditambah untuk meningkatan lagi jaringan perkhidmatan seperti daripada Kelantan ke Perak dan

sebagainya untuk menyingkatkan tempoh perjalanan.(perjalanan dari Kelantan ke Perak mungkin

mengambil masa berpuluh jam jika mengikut jaringan landasan sedia ada).Tidak munasabah kepada

para penumpang dari Kelantan untuk pergi ke Johor dahulu sebelum naik semula ke

utara(Perak).Tambahan pula keretapi yang sedia ada di Malaysia ini mempunyai kelajuan yang sangat

perlahan dan ia mengambil masa berbelas-belas jam dari pantai timur ke pantai Barat

15
Dengan penggunaan masa yang tidak munasabah ini,tidak hairanlah pengguna akan beralih

menggunakan kereta sendiri untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Oleh itu,risiko untuk

peningkatan kemalangan jalanraya semakin meningkat.

Aspek peningkatan perkhidmatan keretapi bukan sahaja tertumpu pada jaringan,malah kepantasan

keretapi tersebut. Dengan kos yang berpatutan kepantasa keretapi sepatutnya dapt dipertingkatkan untuk

menjimatkan masa dan seterusnya dapat menjimatkan kos (pertambahan trip perjalanan).

Pihak berwajib mungkin boleh mencedok idea daripa ICE, sistem kereta api laju yang terkenal di

Jerman sebagai model keretapi laju di Malaysia (sudah pun diperkenalkan di Malaysia dengan keretapi

yang menghubungkan KLIA sepang dan Stesen CENTRAL di tengah pusat bandar Kuala Lumpur).

Pihak terbabit juga seharusnya mengorak langkah proaktif dengan mengarahkan universiti tertentu dan

pakar yang terbabit untuk membuat penyelidikan untuk penambahbaikan sistem keretapi di

semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Pakar terbabit seharusnya mampu untuk tampil

dengan saranan-saranan yang menarik dari segi kos efektif,masa dan paling penting keselamatan

sesebuah keretapi.

Pakar itu juga perlu mengambil kira nasib penduduk kampung yang menggunakan perkhidmatan

keretapi jarak dekat dari kampung-ke kampung atau dari daerah ke daerah yang lain. Pada pandangan

saya sistem keretapi ini perlu dikekalkan untuk membantu penduduk yang bergantung sepenuhnya

kepada perkhidmatan keretapi.

16
BAB ENAM : SISTEM JALAN RAYA DI MALAYSIA

Tidak dapat dinafikan bahawa keadan jalanraya juga memainkan peranan dalam peningkatan jumlah

kemalangan jalanraya di Malaysia. Apabila berlaku kemalangan, seringkali kita mendengar daripada

pegawai penyiasat kemalangan jalanraya menyatakan bahawa pemandu kenderaan telah ‘tidak dapat

mengawal kenderaan’, mengantuk,memandu secara melulu dan berbagai-bagai lagi. Namun kita tidak

pernah diberitahu apakah ada kajian secara empirikal tentang laporan-laporan ini? Jika benar masih

belum ada,kita sebenarnya telah mengabaikan satu institusi yang mungkin mempunyai maklumat

berguna berkaitan punca-punca sebenar kemalangan jalanraya. Institusi yang berkenaan ialah polis.

Pada peringkat ini pihak polis seharusnya memberikan kerjasama yang baik kepada para penyelidik

dalam mengumpulkan data-data yang akan memungkinkan para penyelidik menemui jawapan kepada

punca kemalangan jalanraya. Mungkin sahaja jalanraya merupakan sebab yang utama?

Jalan persekutuan dan jalan bandar ialah antara jalan-jalan maut yang menyumbang kepada peningkatan

statistik kemalangan jalanraya. Jika kita tinjau jalan-jalan tersebut (rujuk Jalan-Jalan Yang Berisiko

Tinggi Berlaku Kemalangan)kita akan lihat keadaan jalan yang sempit,gelap,tidak ada tanda amaran.

Walaubagaimanapun terdapat juga jalan lebar dan lurus tetapi kerap berlaku kemalangan.

Pada hemat saya,kerajaan sekali lagi harus membelanjakan sejumlah wang untuk menaiktraraf kawasan

berisiko tinggi berlaku kemalangan jalanraya. Sudah sampai masanya jalan-jalan ini dilebarkan,dan jika

perlu wujudkan lebuhraya (dua lorong untuk satu hala). Saranan ini mungkin akan menyelesaikan

masalah percubaan pemandu untuk memotong tetapi gagal,lantas bertembung dengan kenderaan

dihadapan(pakar terbabit perlu mendapatkan statistik untuk fenomena ini). Fenomena pertembungan

ketika memotong ini sebenarnya memerlukan kajian yang terperinci dan mendalam memandangkan ia

17
adalah antara penyebab kemalangan utama. Persoalan yang terbit dalam pemikiran kita ialah bagaimana

kemalangan itu boleh berlaku?adakah pemandu tersebut memotong di selekoh?atau jika pemandu

memotong di jalan yang lurus,adakah dia tidak nampak kereta yang datang dari arah yang bertentangan?

bagi kereta yang datang dari arah yang bertentangan pula,adakah dia tidak nampak ada kereta yang

sedang cuba memotong dan memasuki laluannya?jika dia nampak,apakah tindakannya?adakah dia

memperlahankan kenderaannya dan membelok sedikit ke kiri untuk memberi laluan atau merempuhnya

sahaja( ini akan berlaku jika kereta dipandu terlalu laju atau berlaku ‘brake failure’). Mungkin juga

pemandu tersebut ingin mengelak tetapi bahu jalan terlalu sempit untuknya?

Kesemua kemungkinan bagi persoalan tersebut perlu dijawab dengan kajian yang empirikal dan

telus. Hasil kajian pula perlu dibentangkan seberapa segera untuk mendapatkan pandangan daripada

pihak berkuasa. Setelah kesemuanya selesai di meja bulat,maka pihak berkuasa, tanpa perlu berlengah

lagi perlu menterjemahkannya ke dalam bentuk perlaksanaan.

BAB TUJUH : KENDERAAN DI MALAYSIA

Kenderaan di Malaysia masih lagi mengekalkan beberapa aksesori keselamatan tertentu sebagai pilihan

(optional). Perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana ada beberapa aksesori keselamatan yang benar-

benar mampu dengan izin Allah menyelamatkan nyawa seseorang pengguna. Sebagai contoh

penggunaan beg udara (air bag). Kereta-kereta yang dilengkapkan dengan peralatan beg udara diketahui

mampu melindungi pemandu dan penumpang dari kecederaan serius. Walaubagaimanapun aksesori ini

akan berfungsi dengan baik jika pemandu dan penumpang memasang talipinggang keledar semasa

kereta dipandu. Selain daripada pengunaan beg udara sebagai aset keselamatan,banyak lagi aksesori-

aksesori terkini yang ditawarkan oleh pengeluar kereta sebagai nilai tambah kepada kereta mereka.

18
Pada peringkat ini,kerajaan seharusnya mula memikirkan tentang campurtangan mereka dalam polisi

pengeluaran kereta,sebagai contoh mewajibkan setiap pengeluar kereta memasang aksesori keselamatan

pada setiap kereta keluaran mereka,sebagai contoh mewajibkan pemasangan beg udara. Perkara ini

sebenarnya telahpun disuarakan oleh Suret Singh, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya10.

Namun hingga ke hari cadangan tersebut masih lagi tidak menampakkan hasil yang ketara.Model-model

baru proton masih lagi mengekalkan air bag dan ABS untuk model-model terpilih sahaja

Jika perlu, kurangkan cukai pengimportan kereta sebagai langkah awal untuk mengelakkan pengguna

daripada harga yang terlalu membebankan memandangkan pengeluar kenderaan akan mengenakan

harga yang lebih untuk aksesori keluaran mereka.

BAB LAPAN : PENGGUNA MOTOSIKAL

Jumlah korban tertinggi adalah melibatkan pengguna motosikal. Rupa bentuk fizikal motosikal itu

sendiri telah mendedahkan penunggangnya kepada kecederaan serius jika berlaku kemalangan.

Motosikal di jalanraya ibarat sebiji timun,kenderaan lain dijalanraya ibarat sebiji durian-menggelek luka

tergelek pun luka. Statistik di atas jelas kepada kita bahawa satu tindakan drastik perlu diambil untuk

menyelamatkan mereka daripada terus dibelenggu maut.Walaupun ia masih diperlukan, penguatkuasaan

undang-undang dilihat bukan lagi kaedah utama untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya

melibatkan motosikal.

Setiap kali musim perayaan tiba maka ‘Ops Sikap’ akan dilancarkan seperti biasa. Kematian

dan kecederaan tetap juga akan berlaku seperti biasa. Pada ketika ini, masalah sikap penunggang

10 http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.

19
sekali lagi akan menjadi mangsa. Sikap dan kecuaian akan sentiasa dan selama-lamanya menjadi punca

kepada kemalangan maut ini,walaupun punca dan asas kecuaian adalah sebenarnya perkara semula jadi

(masyaqqah). Benar,beberapa kajian telah dijalankan dan telah membuktikan bahawa manusia

merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Sabey dan Staughton mencerapkan faktor

pengguna menyumbang kepada 95% kemalangan jalan raya11.Namun begitu adakan kita perlu

selama-lamanya berpegang teguh kepada amalan menyalahkan sikap pengguna jalanraya dan

sentiasa berkempen setiap minit untuk mengharapkan mereka berubah sikap?Sentiasa

melaungkan slogan bersopan dijalan raya dan mencontohi pemandu Barat? Apakah idea kita

secara jelasnya? Sekali lagi ditegaskan bahawa betapa perlunya kaji selidik dijalankan ke atas

penunggang atau pembonceng motosikal untuk mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimanakah

kemalangan tersebut berlaku (jika beliau masih hidup). Kemalangan tersebut mungkin berlaku akibat

jalan licin,motorsikal ditunggang terlalu laju,motorsikal tiba-tiba hilang kawalan(mungkin kerana

mengelak sesuatu),dirempuh oleh kenderaan lain daripada belakang(mungkin disebabkan oleh pemandu

kenderaan terbabit tidak perasaan kewujudan motorsikal itu atau pemandu itu mabuk atau mungkin

pemandu tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.

Terdapat beberapa pilihan dalam menangani masalah tersebut antaranya ialah :

I. Memberikan laluan khas kepada penunggang motosikal

II. Mengurangkan penggunaan motosikal

III. Undang-undang baru terhadap penjenayah jalanraya bermotosikal (mat rempit)

11 Talib Ria Jaafar et al,( 2003) Jurnal Teknologi, 38(B) 1–14


© Universiti Teknologi Malaysia

20
Perlu dinyatakan di sini bahawa isu pengguna motosikal ini bukan lagi isu undang-undang atau

penguatkuasaan undang. Perkara asas yang paling penting untuk kita fahami ialah penunggang

motosikal memang sangat berisiko tinggi untuk terdedah kepada kemalangan maut. Lihat sahaja rupa

bentuk (fizikal)motosikal,sesiapa pun akan menyatakan perkara yang sama-ia terlalu berisiko! Apakah

pelindung diri yang mereka(penunggah motosikal) ini ada?Bar penghadang rempuhan sisi?Bag udara?

Di Malaysia, apabila anda menunggang motosikal, peratusan untuk mati semakin meningkat. Pada bila-

bila masa sahaja anda mungkin akan dirempuh lori,atau hanya anda hanya perlu bergesel sahaja dengan

mana-mana kenderaan lain dan hilang kawalan maka riwayat anda mungkin akan berakhir.Ia begitu

mudah.Maka apakah jaminan bahawa penguatkuasaan undang-undang boleh menyelamatkan nyawa

penunggang motosikal?Buktinya,setiap kali musim perayaan mereka jugalah yang menjuarai carta

kematian dalam kemalangan jalanraya di Malaysia.

I. Laluan Khas Kepada Penunggang Motosikal

Kaedah ini dilihat sebagai kaedah paling sesuai (sehingga ini) untuk melindungi para

penunggang motosikal. Ideanya ialah supaya penunggang-penunggang motosikal ini

terasing daripada penguna-pengguna jalan raya yang lain. Langkah ini akan mengurangkan

kemungkinan penunggang akan dirempuh oleh lori atau kenderaan-kenderaan lain yang

berada di jalan raya utama. Satu aspek lain yang perlu dititik beratkan dalam melaksanakan

kaedah ini ialah perlunya ada penghadang di antara jalan raya utama dengan lorong

penunggang motosikal bagi mengelakkan penunggan motosikal itu culas dengan memasuki

lebuh raya utama. Jika ini berlaku, maka matlamat utama pembinaan laluan khas ini tidak

akan tercapai. Penghadang ini juga boleh berfungsi sebagai penahan kepada impak

perlanggaran daripada kenderaan lain yang terbabas daripada masuk ke dalam laluan khas

lalu merempuh pengguna motosikal.

21
II. Mengurangkan penggunaan motosikal

Idea mengurangkan penggunaan motosikal mungkin merupakan idea yang baik tetapi ia

akan mengundang kontroversi. Pertama,motosikal adalah kenderaan utama kepada

golongan berpendapatan rendah dan mereka tidak mahu membayar petrol pada harga yang

tidak munasabah. Kedua,motosikal juga merupakan kenderaan alternatif kepada golongan

pertengahan yang digunakan sebagai kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja. Ia

disebabkan oleh harga petrol yang tinggi. Langkah ini mungkin berkesan jika pihak

berkuasa menyedia alternatif kepada penggunaan motosikal yang mana ia lebih murah atau

sama murah,lebih cepat atau sama cepat lebih praktikal atau sama praktikal. Jawapannya

apa lagi kalau bukan pengangkutan awam.

III. Undang-undang baru terhadap penjenayah jalan raya (Mat Rempit)

Tidak ada halangan dalam memiliki motosikal di Malaysia. Dari sudut ini Malaysia adalah

sebuah negraa yang benar-benar bebas. Sesiapa sahaja boleh memiliki kenderaan ini. Oleh

yang demikian itu tidak hairanlah jika kita lihat di kampung-kampung,felda-felda, kanak-

kanak seawal usia tujuh tahun sudah boleh menunggang motosikal. Masakan tidak,hampir

semua keluarga memiliki motosikal dan secara tidak langsung digunakan juga oleh anak-

anak yang tidak berlesen ini. Tidak mengapa,asalkan tidak di tahan oleh pihak berkuasa.

Bagi mereka apa yang penting tidak disaman,keselamatan adalah perkara nombor dua.

Topi keledar akan dipakai apabila keluar ke jalan utama atau apabila ada sekatan jalan raya

sahaja, kalau tidak ia tidak akan dipakai dan kalau dipakai pun,tidak diikat dengan kemas.

Bertitik tolak daripada isu ini,anak-anak ini akan membesar dengan motosikal

bapa-bapa mereka seterusnya menjadikannya satu kenderaan yang berfungsi lebih daripada

fungsi pengangkutan.Mereka akan menjadikan ia sebuah mesin lumba haram yang sangat

merbahaya. Oleh yang demikian itu,jelas kepada kita,pemilikan motorsikal yang tidak

terkawal ini juga sebenarnya adalah pemangkin kepada kemalangan jalanraya yang

melibatkan penunggang motosikal sama ada penunggang motosikal yang benar-benar

22
menggunakan motosikal sebagai kenderaan atau penunggang motosikal yang

menggunakannya sebagai mesin perlumbaan (mat rempit)

Justeru,pendekatan baru perlu diperkenalkan kepada penjenayah jalanraya ini,demi

mengurangkan statistik kemalangan jalan raya. Pendekatan tersebut mungkin boleh berupa

pendidikan dan hukuman. Pendidkan perlu menyeluruh dan bermula daripada

awal,mungkin pada peringkat sekolah rendah. Hukuman pula hendaklah bersifat mendidik

dan jika perlu sedikit keras. Pesalah jalanraya mungkin perlukan pengawasan berkala

sepanjang tempoh hukuman. Khidmat masyarakat juga boleh dilaksanakan. Denda tidak

boleh dilaksanakan lagi memandangkan wang bukan lagi suatu masalah ketika ini.

Tegasnya, undang-undang tersebut mestiah membuatkan penunggang ini berfikir bayak

kali untuk menunggang secara merbahaya.

Satu lagi aspek penting dalam melaksanakan peraturan-peraturan ini ialah

penguatkuasaan dan penguatkuasa itu sendiri. Tanpa adanya elemen penguatkuasaan,kerja

ini akan menjadi sia-sia. Tanpa kerjasama penguatkuasa,maka undang-undang akan tetap

tinggal di atas kertas.

Kesimpulannya,jika penunggang masih lagi degil dan menyalahgunakan motorsikal

untuk tujuan perlumbaan,ia hanya akan memenuhi kriteria mentaliti masyarakat negara

membangun yang tidak berasimilasi dengan teknnologi. Masih lagi ketinggalan dalam

aspek keselamatan sedangkan masyarakat negara maju sangat mengambil berat tentang

keselamatan diri mereka. Mentaliti ini akan berubah selari dengan kemajuan sesebuah

bangsa. Insya Allah apabila masyarakat Malaysia semakin maju,maka sikap masyarakat

Malaysia di jalan raya mungkin akan semakin maju sekaligus akan mengurangkan statistik

kematian di jalan raya.

23
BAB SEMBILAN : KESIMPULAN

Perkara penting yang mendasari perbahasan ini ialah berkenaan kesediaan pihak terbabit dalam

melakukan perubahan demi kebaikan masyarakat pengguna secara keseluruhan. Bukan sedikit penyelidikan

yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah yang berlarutan selama berpuluh-

puluh tahun ini. Malah ada di antara penyelidikan tersebut sebenarnya sangat signifikan terhadap penyelasaian

masalah tersebut. Namun sehingga kini kajian-kajian tersebut masih lagi tidak dapat diterjemahkan dalam

bentuk perlaksanaaan atas alasan-alasan tertentu.

Tidak syak lagi, persepsi kebanyakan kita terhadap faktor penyebab utama kepada kemalangan jalan

raya masih lagi tidak berubah. Benar,manusia telah dikenalpasti sebagai faktor agung yang menyumbang

kepada kemalangan jalan raya. Sikap cuai merupakan punca utama,cuai dengan memandu laju,cuai dengan

memandu dalam keadaan mengantuk,cuai dengan memandu dalam keadaan tergesagesa,cuai dengan

mengekori kereta terlalu rapat cuai dengan tidak menggunakan lampu isyarat dan berbagai jenis kecuaian lagi.

Namun apa yang pasti,kita sebagai masyarakat juga cuai dengan pesanan isyarat nabi yang menyatakan

bahawa perjalanan jauh (musafir) itu merupakan suatu masyaqqah. Kita juga cuai dalam menanggap bahawa

manusia yang dalam musafir sangat terdedah kepada risiko besar untuk berlaku cuai. Kita juga cuai dalam

menyelongkar apa yang ada dalam khazanah agama Islam yang sebenarnya telah sedia memberikan isyarat

kepada kita bahawa masyaqqah ialah elemen penting yang membawa kepada kecuaian seterusnya kemalangan.

Setelah mengkaji bukti-bukti yang tersedia dalam hadis-hadis dan ulama’ muktabar,maka bertitik tolak

dari sini,pihak berkaitan seharusnya mengubah pandangan dan strategi dalam menyelesaikan masalah

24
kemalangan jalan raya yang sentiasa meningkat saban tahun. Langkah-langkah yang perlu telah dibincangkan

dalam bab terdahulu dan yang penting hanyalah sebuah perlaksanaan!

25

Anda mungkin juga menyukai