Anda di halaman 1dari 6

Bab 1

PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kepesatan perkembangan bidang pengangkutan di Malaysia adalah hasil daripada
pertumbuhan dan pembangunan sosio-ekonomi yang berterusan. Pembangunan rangkaian
pengangkutan jalan raya merupakan faktor penting dalam menyediakan infrastruktur yang
diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara. Namun demikian
dengan peningkatan dan perkembangan yang pesat dalam sektor pengangkutan telah timbul
masalah dan isu tentang keselamatan jalan raya pada mutakhir ini dengan meningkatnya
jumlah kemalangan jalan raya. Kejadian kemalangan jalan raya merupakan salah satu
masalah utama negara ketika ini yang melibatkan pelbagai aspek sosio-ekonomi. Kehilangan
nyawa manusia di kalangan pengguna jalan raya merupakan kehilangan besar dalam
perolehan sumber tenaga manusia di samping kerosakan harta benda (Lim Aik Kuan, 2007).

Kemalangan bermaksud kejadian secara tiba-tiba, tidak dijangka, tidak biasa berlaku dan
kejadian yang tertentu yang terjadi pada masa dan tempat yang boleh dikenal pasti dan yang
berlaku secara sendiri tanpa unsur lain, menyebabkan kecederaan badan yang berkenaan.
Kemalangan jalan raya pula merupakan sesuatu tragedi yang melibatkan semua orang sama
ada sebagai pemandu kenderaan, penumpang atau pejalan kaki. Pertumbuhan ekonomi negara
yang makin pesat membuatkan kenderaan itu sesuatu kepentingan untuk melakukan tugas di
mana-mana sekali pun malah kadar nisbah kenderaan dalam sesebuah keluarga juga
meningkat. Nisbah seorang satu kenderaan. Kadar kemalangan dapat dilihat dengan semakin
bertambah kenderaan di jalan rayadan sering berlaku kesesakan di musim perayaan.

Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan operasi khas memantau pergerakan
setiap kali musim perayaan bertujuan menyedarkan pengguna mematuhi peraturan. Operasi
khas ini dinamakan OPS SIKAP di mana ia adalah operasi khas untuk setiap musim perayaan

terbesar di negara iaitu Hari Krismas, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Aidiladha
dan Hari Raya Aidilfitri. Kali ini ruangan statistik akan menganalisis data menegenai
kemalangan dan kematian sempena Hari RayaAidilfitri dari OPS SIKAP dari tahun 2002
sehingga 2007.

Tahun

Jumlah

Kemalangan maut

Kematian

2002 (OSIII)

Kemalangan
12 239

253

285

2003 (OS V)

12 165

207

241

2004 (OSVII)

11 609

173

200

2005 (OS IX)

13 442

211

233

2006 (OS XI)

15 716

213

228

2007 (OS XIII)

15 911

202

225

Rajah 1.1 statistik ops sikap tahun 2002 - 2007


Sumber ; Statistik: Kadar Kemalangan Jalan Raya, 2008

Berdasarkan rajah yang dilihat kadar kematian semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini
kearana bilangan kenderaaan di musim perayaan semakin meningkat dan sikap pemandu yang
mahu cepat sampai ke destinasi yang di tuju juga menjadi faktor bertambahnya kadar
kemalangan di Malaysia.

Di malaysia kesedaran dan keprihatinan isu kemalangan jalan raya nermula agak lewat.
Kesedaran tentang betapa seriusnya masalah kemalangan ini bermula apabila berlakunya
kemalangan jalan raya yang dahsyat du Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak pada bulan Jun
1990. (Halimatun, 1990). Kemalangan ini meragut 15 nyawa sekali gus dan mencederakan 16
yang lain. Kejadian tersebut telah merintis kepada tertubuhnya satu jawatankuasa kabinet di
bawah kepimpinan Perdana Menteri yang dikenalpasti sebagai Majlis Keselamatan Jalan

Raya untuk meneliti kemlangan jalan raya dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah
pengawalan dan pencegahan bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

1.2 Kenyataan Masalah

Isu kemalagan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang menghantui
kita setiap masa. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim perayaan khususnya
bukan sahaja membawa kerugian kepada keluarga mangsa, tetapi kerugian modal insan yang
sangat besar kepada negara. Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya
merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan
ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya
tidak dapat memberi sumbangan kepada negara akibat terlibat kemalangan.

Isu ini telah lama dibincangkan oleh pihak atasan bagi menguangkan kaadar kemalangan
terutamanya di musim perayaan. Sebenarnya pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada
musim perayaan. Ops Pacak,Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau
pergerakan kenderaan, mengedar poster, kempen kesedaran serta penguatkuasaan dilakaukan
dan merupakan metodologi yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat
Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Banyak faktor yang oleh dikaitkan
dengan berlakunya peningkatan kadar kemalangan jalan rayadi musim perayaan seperti sikap
ingin cepat sampai, kecuian pemandu, keadaan jalan raya dan sebagainya.

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum inimendapati, sikap pemandu yang tidak
mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak memperdulikan kenderaan lain menjadi punca
berlakunya peningkatan kemalangan jalan raya di musim peraayaan. Dengan kata lain,
pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat
polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya
dipenuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak

berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan dan arahan tidak memerlukan
kita berpendidikan tinggi dan tidak perlu menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam
diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bukanlah untuk menyusahkan, tetapi
memberi kebaikan kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya serta papan-papan tanda
amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua
pengguna jalan raya.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan banyak berpunca daripada pengguna yang hilang
kesusilaan ketika memandu. Komen yang sentiasa dapat kita dengar daripda pelancong ialah
negara kita mempunyai masyarakat bersopan santun kecuali ketika memaandu. Antara contoh
yang jelas adalah gelagat penunggang motosikl yang suka memecut dan memotong kenderaan
lain dalam keadaaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di garisan
berkembar dan memotong dari sebelah kiri kenderaan. Perdana Menteri kita pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin
menyangka bahawa mereka tidak menemui maut di jalan raya.

1.3 Konsep Kajian

Pelajar institusi pengajian tinggi merupakan generasi dan pewaris kepada sesebuah negara
yang berpotensi mencorak negara dengan gaya ataupun cara yang baru untuk jadi pemimpin
yang akan datang. Pelajar Kolej Teknologi Timurdipilih oleh kerana mereka juga adalah
pengguna jalan raya. Kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri. Ia terbahagi kepada 3
aspek yang memberi kepentingan iaitu individu, masyarakat dan juga negara. Kepentingan
terhadap individu dapat dilihat apabila memberi gambaran bahawa gaya pemanduan
seseorang mempengaruhi keadaan sekeliling dan apakah pandangan mereka terhadap gaya
dan sikap pemanduan yang ada di Malaysia. Ia juga boleh memberi cadangan yang dapat
membantu untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Kepentingan terhadap masyarakat pula ialah sebagai pengetahuan dan juga panduan agar
dapat membendung masalah ini dari awal. Kepentingan kepada negara pula ialah bagaimana

kerajaan berusaha untuk membendung maslah ini dengan jayanya agar dapat mengurangkan
peningkatan peratus maslah ini daripada ia terus berlaku. Selain itu, ia juga dapat
mengurangkan kadar kerugian sesebuah negara atas dasar kehilangan sumber manusia dan
sebagainya. Ini dapat menjadikan bahawa Malaysia mempunyai sikap pemanduan kelas
pertama dan juga mempunyai jalan raya yang selamat.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor utama yang membawa kepada
peningkatan indeks kemalangan di musim perayaan dan juga langkah-langkah yang sesuai
untuk mengurangkan kadar kemalangan di musim perayaan dari segenap aspek. Adakah sikap
pemandu yang menjadi punca utama kadar peningkatan kemalangan. Dalam erti kata lain
mungkin ada faktor-faktor lain yang menjadi punca utama permasalahan ini.

1.4 Obejktif Masalah


1.

Mengenal pasti faktor-faktor peningkatan kemalangan jalan raya di musim perayaan.

2.

Mengenal pasti persepsi masyarakat berhubung sikap pemanduan di Malaysia

3.

Mengenal pasti persepsi masyarakat tentang langkah-langkah pencegahan kemalangan


jalan ray di musim perayaan.

1.5 Definisi Istilah


Musim perayaan
Konseptual : Masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia mempunya
hari perayaan yang berbeza.

Operasional : komuniti yang berlainan bangsa dan agama yang ada dikalangan pelajar Kolej
Teknologi Timur dan di kaawasan Bnadar Baru Salak Tinggi.

Kemalangan
Konseptual :
Operasional :

1.6 Kerangka Konseptual

Anda mungkin juga menyukai