Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA KECELAKAAN JALAN RAYA

Kecelakaan jalan raya dapat didefinisikan sebagai kemalangan


atau nahas yang berlaku di jalan raya. Di Malaysia, hampir setiap
hari, ada-adanya berita tentang kemalangan jalan raya dipaparkan
di media massa. Peratus kes kemalangan semakin meningkat dari
setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan.
Kemalangan jalan raya ini bukan sahaja menyebabkan kecacatan
dan kecederaan, malah meragut nyawa orang ramai sehingga
banyak keluarga kehilangan ahli keluarga yang tersayang. Menurut
laporan daripada pihak polis, terdapat pelbagai faktor yang
mendorong kes-kes ini berlaku.

Punca perdana yang menyebabkan kemalangan jalan raya


merupakan sikap pengguna jalan raya yang lalai dan tidak berhati-
hati semasa memandu. Dalam erti kata yang lain, mereka tidak
memerhatikan keadaan sekeliling di lalu lintas. Sebagai contoh,
semasa memandu, kebanyakan pemandu tidak memberikan tumpuan
terhadap papan tanda jalan, memandu sambil berbual-bual, dan ada
yang juga berada dalam keadaan kekurangan tidur ketika
memandu. Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri,
tetapi juga memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.

Di samping itu, pengguna jalan raya yang tidak mematuhi


peraturan juga merupakan salah satu punca yang lain. Peraturan ini
digubal oleh kerajaan bukan untuk menyusahkan para pengguna
jalan raya, tetapi sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan
keselamatan para pemandu. Contohnya masih banyak pemandu yang
memandu kereta melebihi had laju yang telah ditetapkan dan
memintas kereta lain di kawasan larangan walaupun bilangan saman
yang dikeluarkan semakin banyak. Peraturan jalan raya patut kita
patuhi demi keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya yang
lain.

Seterusnya, cuaca yang sering kali berubah juga menjadi


punca yang mengakibatkan kecelakaan berlaku. Maksudnya, cuaca
dapat mempengaruhi keadaan jalan raya dan juga pemandu.
Sebagai contoh, hujan lebat akan menyebabkan jalan menjadi licin
manakala pemandu kereta mudah mengantuk. Selain itu, pandangan
akan menjadi kabur akibat daripada kabus tebal dan hujan lebat.
Kesannya, peratus

Anda mungkin juga menyukai