Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR – FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA

1) Kelalaian Manusia Sebelum Memulakan Perjalanan.

Kemalangan jalan raya kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kelalaian manusia


sebelum memulakan perjalanan. Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka
berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk
diselenggara di pusat servis. Akibatnya, keadaan kenderaan mereka itu akan menjejaskan
perjalanan mereka untuk pulang ke kampung. Keadaan kereta yang tidak diservis dan tayar
yang “botak” ini akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika
hujan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan maut. Tegasnya, kesan
kelalaian manusia yang alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan mereka itu
menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

2) Keadaan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan oleh keadaan jalan raya yang kurang
memuaskan atau terdapat kerosakan. Kemalangan jalan raya boleh berlaku kerana
keadaan jalan raya yang berlubang-lubang dan tidak rata akan menyebabkan tayar kereta
tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Kesan seterusnya, apabila pengguna jalan
raya melalui kawasan tersebut, kenderaan mereka mungkin akan terbabas dan sukar untuk
dikawal. Kenderaan mereka juga mungkin akan berlanggar dengan kenderaan lain atau
melanggar pembahagi jalan. Perkara itu bukan sahaja menyebabkan kemalangan berlaku
malah boleh merosakkan harta awam yang terdapat di jalan raya. Tegasnya, keadaan atau
faktor jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik turut menyebabkan kemalangan
berlaku.

3) Sikap Pemandu

Antara punca kemalangan maut yang paling signifikan ialah sikap pemandu atau
penunggang itu sendiri.Hal ini disebabkan oleh pemandu yang bersikap mementingkan
diri,malah tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan di jalan
raya. Sebagai contoh,pemandu kenderaan yang memandu kereta dengan laju tanpa
mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Secara tidak
langsung,pemandu itu bukan sahaja telah mempertaruhkan nyawa dirinya sendiri malah
nyawa pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, terdapat juga gelagat penunggang
motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak
selamat seperti di kawasan yang sempit, di Kawasan selekoh, di garisan berkembar dan
memotong di sebelah kiri kenderaan. Perdana menteri kita juga pernah mengeluarkan
kenyataan bahawa penunggang-penunggang motosikal tersebut mungkin menyangka
bahawa mereka tidak akan menemui maut di jalan raya. Sudah terang lagi bersuluh,jelaslah
bahawa sikap pemandu atau penunggang motosikal itu sendiri merupakan salah satu faktor
berlakunya kemalangan jalan raya

4) Kelemahan penguatkuasaan undang-undang jalan raya

Selain itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan


factor berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan
peraturan yang ketat,serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan,
namun ketidak tegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang
kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan jalan raya. Sebagai contoh, jumlah
denda dan kompaun sebanyak Rm300 bagi kesalahan seperti memandu melebihi had
laju,melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana kebanyakan pemandu yang
melakukan kesalahan mampu membayar jumlah tersebut. Oleh itu,impaknya,pemandu tidak
takut untuk mengulangi kesalahan sama di jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan
jalan raya . Konklusinya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan
merupakan salah satu faktor berlakunya kemalangan jalan raya
http://khirkassim.blogspot.com/2012/07/karangan-stpm-kemalangan-jalan-raya.html

Anda mungkin juga menyukai