Anda di halaman 1dari 1

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita.

Antara punca utama kemalangan


tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu
kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara
dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh,
terdapat pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya
dengan tayar yang baru. Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga
menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir
sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar
peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.

Gambar menunjukkan punca-punca peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara ini.
Antara punca kemalangan berlaku ialah kecuaian pemandu. Hal ini kerana terdapat pemandu yang
memandu kenderaan sambil bermain telefon bimbit. Selain itu, kenderaan tidak diservis secara
berkala menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut. Sebagai contoh, segelintir
pemilik kenderaan masih menggunakan tayar yang haus, justeru menyebabkan kenderaan tidak
dapat dikawal dengan baik hingga berlaku kemalangan. Akhir sekali, penguatkuasaan undang-
undang yang lemah menyebabkan terdapat pengguna jalan raya melanggar peraturan turut
menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya. Kesimpulannya, kemalangan jalan raya
dapat dikurangkan jika semua pihak mematuhi peraturan dan berhemah ketika memandu.

(100 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai