Anda di halaman 1dari 2

BAXTER SIM

Pada zaman yang moden ini, amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk
diamalkan. Hal boleh membawakan berbagai kebaikan terhadap diri, kawan dan
keluarga kita. Sebab kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat adalah kerana
isu-isu penyakit seperti diabetes, kanser, sakit jantung dan sebagainya menjadi
lebih biasa dalam kalangan orang muda dan juga orang dewasa. Kadar kematian
disebabkan faktor-faktor amalan hidup yang tidak sihat semakin tinggi dan kita
patutlah mengatasi masalah ini dengan cara yang sesuai.

Yang kita boleh mulakan dengan ialah bentuk pemakanan yang seimbang.
Hal ini penting kerana bentuk pemakanan yang tidak sihat menjadikan satu faktor
yang besar kepada jangkitan penyakit-penyakit. Sebagai contoh ialah pilihan
makanan berdasarkan piramid makanan. Pemilihan makanan yang lebih sihat
menyumbang kepada pengelakan penyakit seperti obesiti dan penyakit kronik.
Jadi, pemilihan makanan yang berkhasiat penting untuk kesihatan kita bagi
mengelakkan jangkitan penyakit.

Selain itu, untuk memastikan badan kita sihat, senaman yang berkala juga
merupakan salah satu cara untuk membuat demikian. Senaman dapat membantu
kita mengeluarkan toksik badan kita seperti peluh. Contoh salah satu aktiviti yang
boleh kita lakukan ialah berjoging. Berjoging dapat membaikkan aliran darah
dalam badan kita. Rumusannya, melalui senaman, kita boleh menjadikan badan
kita lebih sihat dan aktif dalam berbagai aspek, yang penting dalam sesuatu
amalan hidup sihat.

Jika dilihat dari sudut yang berlainan, pengutamaan kebersihan diri bukan
sahaja memastikan keselamatan dan kesihatan diri, tetapi juga orang di sekeliling
kita seperti kawan dan keluarga. Salah satu contoh yang baik ialah situasi ‘Covid-
19’ yang telah membahayakan nyawa-nyawa manusia. Antara contoh dalam
aspek kebersihan untuk mengelakkan ‘coronavirus’ ini ialah dengan sentiasa
membersihkan tangan kita dengan teliti. Langkah-langkah seperti ini
menyumbang kepada cara pengelakan penyakit-penyakit ini. Secara keseluruhan,
penjagaan kebersihan diri kita penting dalam pengamalan gaya hidup sihat.

Di samping itu, sikap dan mentaliti positif juga merupakan satu cara
mengamalkan gaya hidup sihat. Mentaliti positif seorang manusia dapat
bermotivasinya untuk mengubah amalan buruk dalam hidupnya. Sebagai contoh
ialah tabiat rokok dan tidur lewat. Kedua-dua ini merupakan tabiat buruk dan
tidak patut diamalkan. Konklusinya, sekiranya kita berfikiran dan berkelakuan
positif, kita dapat mempraktikkan sesuatu hidup yang lebih produktif.

Nyawa kita mesti dihargai oleh setiap manusia sebelum terlalu lewat.
melalui amalan-amalan ini, kita dapat melahirkan gaya hidup yang sihat. Kawalan
diri sangat penting terhadap aspek yang tidak baik seperti pemakanan yang tidak
sihat dan tabiat buruk. Amalan hidup sihat juga dapat menggambarkan
keperibadian seseorang. Hal ini demikian kerana kerana seorang yang mempunyai
keperibadian yang baik akan turut menjaga kesihatannya dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai