Anda di halaman 1dari 1

Punca-punca kemalangan jalan raya

Pada zaman ini, kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin
meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kemalangan jalan raya yang
berlaku akan membawa kesan negatif kepada kita seperti kematian dan
kecederaan manusia, kerosakan harta benda dan harta kerajaan. Sebagai
contoh, murid akan menghadapi kemalangan jalan raya semasa berjalan ke
sekolah atau pulang dari sekolah. Sebenarnya, kemalangan jalan raya adalah
berlaku daripada sesuatu kejadian. Oleh itu, kemalangan jalan raya
mempunyai beberapa punca.
Antaranya, kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian
pemandu. Hal ini disebabkan kerana pemandu tidak memberi perhatian
kepada jalan raya semasa memandu. Sebagai contoh, pemandu bermain
telefon bimbit semasa memandu. Tambahan pula, pemandu juga tidak
mendapat tidur yang mencukupi maka memandu kereta. Kemalangan jalan
raya akan berlaku jika pemandu tidak mementingkan keselamatan diri.
Di samping itu, faktor cuaca juga adalah salah satu punca kemalangan jalan
raya yang pemandu sentiasa menghadapi. Lantaran itu, faktor cuaca akan
mengakibatkan jalan raya berbahaya. Sebagai contoh, hujan yang lebat akan
menyebabkan jalan raya yang licin. Tambahan pula, cuaca yang amat panas
akan menyebabkan silau. Kalau mempunyai masalah cuaca, pemandu akan
susah untuk memandu kereta dengan baik.
Kesimpulannya, sejak berlaku kemalangan jalan raya, kita mesti menangani
kemalangan jalan raya. Oleh itu, kita dapat mengubah kehidupan kita. Sebagai
contoh, kita memastikan jalan raya diselenggara dengan baik dan mempunyai
ciri keselamatan yang baik supaya menggelakkan badan terluka. Lebih lagi,
kerajaan mesti mendenda orang yang tidak mematuhi undang-undang. Jika
kita dapat mengatasi masalah tersebut, semua rakyat negara dapat hidup
dengan aman dan bahagia, bukan sahaja dari segi negara, masyarakat dan
keluarga.

Anda mungkin juga menyukai