Anda di halaman 1dari 1

Hari Sukan Negara

BUDAYA bersukan dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur. Jika kita
mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada beriadah atau melakukan aktiviti sukan, kita menjadi sebahagian
daripada masyarakat yang memahukan hidup yang berkualiti.Tubuh badan yang sihat menambahkan
produktivrti diri, keiuarga, dan negara yang dicintai.

Bagi mentransformasikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan budaya bersukan


sebagai gaya hidup sihat, Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sehari dalam bulan Oktober
setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara. Hari tersebut disambut pada Sabtu kedua di seluruh
negara.

Hari Sukan Negara disenaraikan sebagai agenda nasional selaras dengan aspirasi negara
menuju Wawasan 2020. Konsep Hari Sukan Negara sebenarnya telah diamalkan secara meluas di
negara lain, seperti India, Qatar dan Jepun, yang menginginkan masyarakatnya menjadikan sukan
sebagai amalan gaya hidup sihat. Faedah bersukan memang banyak, seperti mengelakkan obesiti
yang kian bertambah setiap tahun, terutamanya di bandar besar. Amalan pemakanan buruk dan
tidak seimbang dietnya mengundang pelbagai jenis penyakit, menyebabkan tekanan kepada warga
kota.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan, iebih daripada 30 badan
korporat menyertai Hari Sukan Negara. Sambutan sulung juga melibatkan sektor awam dan swasta.
Hari Sukan Negara bertujuan mengenal pasti ahli sukan berpotensi, meningkatkan produktiviti dan
kesihatan, serta memupuk semangat perpaduan rakyat jelata. Rakyat yang mengambil berat tentang
kesihatan perlu mengambil peluang untuk turut serta bagi menjayakannya kerana ianya 40 peratus
masyarakat Malaysia yang aktif dalam aktiviti sukan.

Oleh itu, rakyat harus lebih membuka mata dan celik mindanya untuk melaksanakan hasrat
negara yang memahukan rakyatnya sentiasa sihat dan cergas bagi menyumbangkan perkhidmatan
terbaik dalam dunia pekerjaan demi memakmurkan negara sehingga berjaya.

Anda mungkin juga menyukai