Anda di halaman 1dari 1

BADAN CERGAS MINDA CERDAS

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel
hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para
hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Terima kasih sekali lagi pengacara majlis.Bertemu kali kedua
iaitu dalam spontan menguji minda.

Tajuk pidato kedua saya pada pagi ini ialah “BADAN CERGAS MINDA CERDAS”. Sebelum kaki mengorak
langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.

Tubuh badan dengan otak saling mempunyai kaitan yang rapat. Otak akan menjadi cerdas apabila
tubuh badan sihat dan cergas. Sebaliknya, otak akan kurang berfungsi sekiranya seseorang itu
diserang penyakit. Hal ini demikian kerana tubuh badan yang sihat akan mengaktifkan perjalanan
darah ke otak.Oleh itu, otak akan dapat berfungsi dengan baik. Untuk menyihatkan tubuh badan,
beberapa perkara perlu diberi perhatian. Untuk permulaan, kita hendaklah banyak melakukan
senaman. "engan bersenam, kitaakan mengeluarkan peluh. #eadaan ini pastinya akan menyihatkan
tubuh badan dan memberikan kesanyang baik kepada minda seseorang. Selain itu, kita perlulah
makan makanan yang berkhasiat. $akananyang berkhasiat banyak membantu proses
penjagaan kesihatan. Sebaliknya, tindakan mengamalkan pemakanan yang berbahaya
seperti minuman keras serta garam dan gula yang berlebihan akanmemudaratkan kesihatan.
Begitulah juga halnya dengan rokok dan dadah, perlu kita hindarkan

Orang%orang yang berilmu amat mementingkan aspek penjagaan kesihatan tubuh badan.
$erekaamat mengambil berat terhadap pentingnya melakukan senaman dan pengambilan jenis
makanan. Hal inidemikian kerana mereka sedar akan pentingnya tubuh badan yang sihat untuk
merangsang kecerdasanminda mereka. Terutamanya kita sebagai pelajar, harus memiliki badan yang
cergas. Badan yang lembabakan menjadikan diri kita malas dan tidak bertenaga untuk belajar dan
tidak dapat menumpukan pelajarandi dalam kelas. &ni akan menyebabkan pelajaran kita terganggu.
Badan yang cergas akan meransang otak kita agar lebih aktif dan diri kita akan berasa lebih
bertenaga. Badan yang cergas akan menjadikan kita pelajar yang sihat. Sebagai kesimpulannya,
sekali lagi saya ingin menegaskan baha'a (Otak Cerdas )da pada Badan yang Cergas*. Oleh itu,
bersama%samalah kita menjaga kesihatan diri

Anda mungkin juga menyukai