Anda di halaman 1dari 2

Catatan : Melancong ke Pulau Langkawi

Jumaat, 7 Julai 2017

10.00 malam -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami bergotong-royong
mengangkat barang-barang ke dalam kereta Exora kami.

11.00 malam -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Kuala Perlis dengan menaiki kereta Exora
kami. Ayah memandu dengan tenang melalui lebuh raya. Kami sekeluarga berbual-bual sebelum saya
terlelap.

Sabtu, 8 Julai 2017

9.00 pagi - Kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ayah memakir kereta di tepat pakir kereta berbayar. Kami
berjalan kaki menuju ke jeti dengan membawa beg dan barang-barang. Di jeti, ayah membeli tiket feri
untuk ke Pulau Langkawi.

10.00 pagi - Kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. Inilah pengalaman pertama saya menaiki feri.
Perjalanan ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam. sungguh menarik pemandangan
sepanjang perjalanan itu. Ketika feri menghampiri Jeti Pulau Langkawi, kami melihat pulau-pulau kecil
yang cantik serta sebuah patung helang yang besar sebelum feri berlabuh di jeti tersebut.

11.00 pagi - Kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi. Kami menaiki sebuah bas pelancongan ke hotel
untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, kami makan tengah hari di sebuah gerai berhampiran
hotel itu.

2.00 petang - Kami pergi ke "Under Water World Langkawai". Di sini kami melihat pelbagai jenis hidupan
laut daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Kami melihat ikan-ikan yang pelbagai
warna dan ikan yang besar-besar seperti ikan jerung dan ikan pari. Akhir sekali, sebelum keluar dari
tempat itu, kami menonton video 3D tentang kehidupan laut dan penjagaan alam di sebuah panggung
khas.

5.00 petang - Kami balik ke hotel untuk berehat. Hotel penginapan itu sungguh cantik dan berhawa
dingin. Kelengkapan di hotel itu cukup untuk keperluan kami semasa bercuti di situ. Kami berehat-rehat
di situ sementara menunggu waktu malam.

Ahad, 9 Julai 2017

5.00 pagi - Kami bangun tidur dan bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting dan beberapa lagi
tempat menarik. Sebelum bertolak, kami bersarapan dahulu di hotel. Dewan makan di hotel itu besar
dan cantik. Ia terletak bersebelahan dengan sebuah kolam renang yang besar.

7.30 pagi - Kami menaiki bas pelancong ke sebuah jeti untuk menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting.
Setibanya di pulau itu, kami melihat beberapa ekor burung helang sedang terbang tinggi di udara. Di
pulau itu terdapat sebuah tasik lagenda iaitu Tasik Dayang Bunting. Di situ juga saya dapat melihat
beberapa orang pelancong sedang bermain payung terjun yang ditarik oleh bot laju
9.00 pagi - Kami menuju semula ke Pulau Langkawi. Kemudian, kami menaiki bas pelancong untuk
menaiki Kereta Kabel Langkawi. Ramai pelancong di situ menyebabkan kami terpaksa beratur agak lama
sebelum dapat menaiki kereta kabel itu. Kami melihat pemandangan indah sewaktu menaiki kereta
kabel itu. Di puncak gunung itu, kami naik sebuah jambatan gantung. Dari situ, kami dapat melihat
pemandangan Pulau Langkawi yang indah. Kira-kira dua jam kemudian, kami turun semula ke stesen
kereta kabel. Kami membeli pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang di gerai-gerai berhampiran
stesen itu.

11.00 pagi - Kami singgah sekejap di sebuah tapak bersejarah iaitu Makam Mahsuri. Kemudian, kami
balik ke hotel untuk mengambil barang-barang.

12.30 tengah hari - Kami keluar dari hotel dan menaiki bas pelancong menuju ke Jeti Pulau Langkawi.
Kami pulang ke Temerloh.

Anda mungkin juga menyukai