Anda di halaman 1dari 8

CATATAN HARIAN-PERKHEMAHAN TAHUNAN

Tuliskan sebuah catatan harian mengenai perkhemahan tahunan yang


disertai oleh kamu.
5 APRIL
Bas tiba di sekilah pada pukul 3.40 petang. Kami memunggah barangbarang yang akan dibawa ke dalam perut bas. Bas bertolak pada pukul
4.10 petang setelah kerja itu selesai dan semua peserta telah menaiki
bas.
Kami tiba di Kem Kuala Santap pada pukul 6.30 petang. Seharusnya
perjalanan mengambil 45 minit sahaja tetapi oleh sebab jalan raya
sesak akibat hujan lebat, perjalanan mencuri banyak masa.
Sebaik saja tiba, Cikgu Wan mengarahkan kami supaya memasang
khemah. Bukan main sukarnya kerja-kerja ini kerana hujan dan cuaca
semakin gelap.
Taklimat ringkas diadakan selepas khemah siap dipasang. Dalam
taklimat itu, Cikgu Zaili menyatakan tujuan perkhemahan yang
diadakan khusus bagi pengawas-pengawas itu. Kami juga diingatkan
supaya tidak ke mana-mana tanpa kawan. Selain itu, kami juga
dilarang bermulut celopar kerana kawasan hutan ini agak keras.
Kami tidur di dalam khemah selepas ceramah motivasi yang tamat
pada pukul 11.00 malam.
6 APRIL
Selepas sarapan, kami berkumpul di depan khemah untuk aktiviti
pertama iaitu senaman ringan yang dipimpin oleh Cikgu Azmi. Selepas
itu, bermulalah acara yang paling mencabar iaitu mengharung sungai.
Kami dibahagiakan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan
mengandungi 7 orang ahli. Air sungai sangat sejuk dan berbatu-batan.
Perjalanan menjadi sangat lambat kerana di sesetengah tempat air
sangat dalam. Lagipun ada di kalangan kami yang pengecut. Walau
bagaimanapun kami berjaya mengharung sungai sejauh 3 kilometer itu
dalam masa 3 jam.
Sebaik saja sampai di kem, makanan tengah hari telah tersedia. Kami
makan dengan lahapnya kerana kelaparan. Selepas makan, kami
menyertai kem motivasi sekali lagi sebelum bertolak pulang pada
pukul 4 petang.

CATATAN : PERKELAHAN BERSAMA KELUARGA


Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat
perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.
Ahad , 25 Mac 2013.
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adikberadikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai
Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah
dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak
dibawa.
8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota
Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam
setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai
Port Dickson.
9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah
sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu
ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon
itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang
dibawa.
10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di
kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi
pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda,
kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.
12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana
pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan
yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah
masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula
enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai
Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa
gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan
pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port
Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain.

CATATAN LAWATAN KE ALOR SETAR, KEDAH


CATATAN HARIAN
20 Mei 2012
7.00 pagi
Kami berkumpul di tapak perhimpunan sementara menunggu ketibaan
bas rombongan. Seramai 123 orang murid dan 10 orang guru akan
menyertai lawatan ke Alor Setar. Kami akan menaiki tiga buah bas.
7.30 pagi
Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Zainol bin Musa, kami
beratur untuk menaiki bas masing-masing. Kami pun bertolak setelah
membaca doa agar perjalanan kami selamat. Dalam perjalanan ke Alor
Setar, kami dapat melihat pemandangan yang indah terutamanya
sawah padi yang terbentang luas.
9.00 pagi
Kami singgah di Gurun. Kami membeli makanan untuk sarapan pagi.
Aku hanya membeli sebungkus nasi lemak sebagai alas perut.
10.00 pagi
Destinasi pertama yang kami lawati ialah Menara Alor Setar. Kami
beratur untuk menaiki lif. Di atas menara, kami dapat melihat
keseluruhan bandar Alor Setar. Walaupun seronok namun aku berasa
sangat gayat. Aku berpeluang untuk menggunakan teropong.
11.00 pagi
Kami tiba di destinasi kedua iaitu Muzium Negeri Kedah. Kami sangat
terpegun melihat pameran artifak-artifak zaman purba. Aku kagum
dengan kegigihan rakyat Kedah yang memberi bunga emas kepada
kerajaan Siam sebagai ufti.
12.00 tengah hari
Di Galeri Sultan Kedah, kami dapat menimba banyak ilmu
pengetahuan tentang salasilah Kesultanan Negeri Kedah. Nama sultan
Kedah ialah Sultan Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Beliau
memerintah sehingga ke hari ini.

1.00 petang
Kami berehat untuk makan tengah hari. Selepas makan kami
bersembahyang di Masjid Zahir. Oleh sebab kami musafir, kami
bersembahyang jamak Zohor dan Asar. Aku terpesona dengan
keunikan ukiran di masjid itu.
2.00 petang
Kami disambut oleh Pegawai Muzium Padi yang sangat peramah. Kami
dapat maklumat tentang penanaman padi. Tidak hairanlah jika negeri
Kedah mendapat gelaran sebagai Jelapang Padi Malaysia. Aku
tertarik dengan pemandangan lukisan yang sangat cantik semasa
berada di tingkat 3. Pemandangan itu seolah-olah kami berada di
puncak Gunung Kriang.
3.00 petang
Kami singgah di Pusat Sains. Banyak eksperimen yang dapat kami
jalankan. Banyak peralatan bertujuan untuk menguji minda kami. Aku
sempat mencuba berbasikal di atas tali. Perasaan sangat gementar
kerana terlalu tinggi. Tetapi aku tidak jatuh kerana basikal itu telah
diseimbangkan.
5.00 petang
Bas meluru laju ke Changlun. Kami dibawa ke destinasi terakhir iaitu
Taman Lye Huat. Banyak khazanah purba dipamerkan disamping
pokok-pokok bonzai yang bernilai jutaan ringgit terdapat di situ. Selain
itu, terdapat juga haiwan-haiwan liar seperti buaya, harimau dan
sebagainya. Aku tidak dapat melupakan peristiwa lucu apabila kami
dikejar oleh kambing gurun.
10.00 malam
Kami tiba di pekarangan sekolah. Walaupun keletihan, kami bersyukur
kerana mendapat banyak pengetahuan daripada lawatan ini. Mungkin
suatu hari nanti, aku akan melawat bersama-sama keluargaku lagi.

KARANGAN: CATATAN BERCUTI DI MELAKA


Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama
keluarga. Tulis catatan tersebut selengkapnya.
Sabtu, 12 Mac 2007
5.00 pagi
Saya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu
bahawa kami sekeluarga akan ke Melaka pada pagi ini. Kami semua
sibuk menyiapkan persiapan. Ibu di dapur menyediakan bekalan
makanan untuk dibawa dalam perjalanan nanti. Setelah mandi dan
mengerjakan solat Subuh, saya berdoa agar perjalananku nanti tiada
rintangan yang menimpa. Kereta Perdana yang dipandu ayah meluncur
laju menuju ke destinasi.
9.00 pagi
Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan
sehingga tidak menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka
Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami
bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas
katil. Disebabkan terlalu penat kami pun tertidur.
12.00 tengah hari
Ayah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak
binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa,
zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan
orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan
dan menaiki gajah.
2.00 petang

Kami singgah di masjid untuk solat Zuhur. Setelah solat, kami pun
menuju ke A Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat
membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi
membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi.
4.00 petang
Kakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami
sekeluarga telah menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara,
kami dapat melihat seluruh Bandar Melaka. Selepas itu, kami juga
pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat
banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri melungsuri Sungai
Melaka tetapi sayang tiket sudah kehabisan.
5.45 petang
Setelah solat Asar, kami pun pergi melawat ke Kota A Famosa. Ibu
sempat menceritakan mengenai sejarah Kota A Famosa dan serangan
orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ, saya juga
telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami
balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu Maghrib.
9.00 malam
Setelah solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam bersama-sama.
Selepas itu, kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya
membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama
berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan
untuk pulang ke rumah.
11.00 malam
Kami pun sampai di hotel. Kami berasa sungguh letih. Tidak lama
kemudian, kami pun terlelap.
Ahad, 13 Mac 2007
9.00 pagi
Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Johor. Dalam
perjalanan balik, saya telah nampak Eye of Asia. Walaupun penat saya
berasa sungguh seronok kerana dapat melawat ke tempat yang
menarik. Ayah berjanji akan membawa kami ke tempat lain pada cuti
yang akan datang.

CATATAN : BERCUTI DI KAMPUNG


SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti
persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan
sepanjang berada di kampung.
Selasa, 1 Julai 2012
Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke
kampung datuk di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu
berpesan kepada kami bertiga agar menjaga keselamatan diri dan
berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di kampung. Kami
akan bercuti di kampung selama seminggu.
Rabu, 2 Julai 2012
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke
dusun. Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang
menaiki basikal menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek
di rumah. Buah rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di
kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak
mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan abang mencari
buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip dikumpulkan
di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke
rumah sebagai habuan untuk kami bertiga.

Khamis, 3 Julai 2012


Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa
belas ikan yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang
berjaya di tangkap. Setelah dua jam menjala, datuk berjaya
menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan lampam, seluang,dan
baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku iaitu ikan
baung masak tempoyak.
Jumaat, 4 Julai 2012
Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada
esok hari. Aku dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan
khemah. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu. Aku sungguh
seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung
ini.
Sabtu, 5 Julai 2012
Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana
akan berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk
meninggalkan datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi,
kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula
membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung pada
cuti persekolahan yang akan datang

Anda mungkin juga menyukai