Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: 1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain 5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya dengan negara Malaysia. 6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain. 7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana. 8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

GEOGRAFI TINGKATAN 3

BAND 1 2 3

PERNYATAAN STANDARD Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi. Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi . Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi . Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat geografi. Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat penilaian / kesimpulan yang rasional dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana. Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

4 5

GEOGRAFI TINGKATAN 3

TEMA

BAND

DESKRIPTOR Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul: Rujukan Grid Bearing

Menjelaskan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan rujukan grid, bearing dan jarak dengan betul.

3 KEMAHIRAN GEOGRAFI 4

Mengaplikasi kemahiran geografi untuk menentukan bearing , mengukur jarak, mengira keluasan dan membina graf serta carta dengan tepat.

Mentafsir peta lakar yang berasaskan peta topografi, bahan grafik dengan tepat berdasarkan maklumat dari data, graf, carta pai dan rajah. Mempersembahkan maklumat geografi daripada pelbagai sumber yang releven dan dapat membuat interpretasi berdasarkan maklumat tersebut melalui kajian geografi tempatan.

Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas untuk kesejahteraan persekitaran dengan menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.

GEOGRAFI TINGKATAN 3

TEMA

BAND

DESKRIPTOR Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama dengan betul. Boleh diperbaharui Tidak boleh diperbaharui

Menanda dan menamakan lokasi taburan mineral dan hutan di atas peta Malaysia dengan tepat.

SUMBER

Menghuraikan jenis-jenis tenaga gantian dengan memberi contoh yang tepat.

Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber dengan memberi contoh yang sesuai terhadap pembangunan negara Malaysia. Mengkaji dan menilai dengan jelas kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar di Malaysia.

Mencadangkan langkah-langkah pengurusan sumber mengekalkan penggunaannya pada masa depan.

yang

berkesan

untuk

GEOGRAFI TINGKATAN 3

TEMA

BAND 1

DESKRIPTOR Menyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi utama di Malaysia dengan betul

Menerangkan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dengan tepat. Menanda dan menamakan lokasi kegiatan ekonomi utama di Malaysia dengan tepat. Menghuraikan faktor dan kepentingan kegiatan ekonomi yang tepat terhadap pembangunan Malaysia. Menjalankan dan menyediakan mengenai kajian kes / laporan yang lengkap mengenai kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan sekitar pelajar.

3 KEGIATAN EKONOMI

Mencadangkan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang kreatif dan inovatif serta boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Anda mungkin juga menyukai