Anda di halaman 1dari 1

Catatan Bercuti di Melaka

Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis catatan tersebut
selengkapnya.
Sabtu, 12 Mac 2015
5.00 pagi
Saya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami sekeluarga akan
ke Melaka.. Kami bertolak menaiki kereta Perdana yang dipandu ayah.
Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak menyedari kami telah
pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami
bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas katil.
12.00 tengah hari
Ayah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang belum pernah dilihat
sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular
dan orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah.
2.00 petang
Kami singgah di masjid untuk solat Zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A Famosa Resort. Di
situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi
membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi.
4.00 petang
Kakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah menaiki Menara
Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh Bandar Melaka. Selepas itu, kami juga
pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami
ingin menaiki feri melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang tiket sudah kehabisan.
5.45 petang
Setelah solat Asar, kami pun pergi melawat ke Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan mengenai
sejarah Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ,
saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami balik ke hotel untuk
berehat dan menantikan waktu Maghrib.
9.00 malam
Setelah solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami keluar untuk
membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah
lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

Ahad, 13 Mac 2015


9.00 pagi
Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Kedah.. Di Melaka saya membeli beberapa
cenderamata untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.. Ayah berjanji akan membawa kami ke tempat
lain pada cuti yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai