Anda di halaman 1dari 1

Karangan Jenis Laporan : Lawatan Ke Pulau Langkawi

Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau


Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.

Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon


Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan
ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang
guru telah menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki
feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah
menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari
telah disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempattempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras
Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan
Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati
makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak
hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap
dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta
kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami
dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut.
Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup
kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai.
Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang.
Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan
jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

Laporan disediakan oleh,


Anita
(ANITA BT AHMAD)
Setiausaha Persatuan Sains
SK. Mangkapon, Pitas.

2 Jun 2011

Anda mungkin juga menyukai