Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PENDAKIAN GUNUNG KINABALU Tanggal 17 November 2011 sempena cuti sekolah pertangahan tahun, Kelab Rekreasi Sekolah

Tinggi Kluang telah mengadakan ekspedisi mendakki Gunung Kinabalu. Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu merupakan program tahunan sekolah di samping menguji ketahanan mental dan fizikal pendaki. Ekspedisi kali ini disertai oleh 20 orang pelajar tingkatan 2 dan 3, iaitu 12orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan. Turut mengiringi ialah 5 orang guru iaitu, Cikgu Vinod, Cikgu Raziee, Cikgu Ibrahim, Cikgu Zainoordin dan Cikgu Khalid. Pada jam 7:30 pagi,kami semua telah berkumpul di tapak perhimpunan sekolah sebelum bertolak dengan menaiki bas ke Terminal Feri. Kami dijangka menaiki feri ke Kota Kinabalu pada jam 9;30 pagi. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Tepat jam 1:00 tengah hari, feri yang kami naiki telah berlabuh di Terminal Feri Kota Kinabalu. Bas yang disewa telah sedia menunggu kami untuk dibawa ke Taman Kinabalu. Tepat pada jam 8:00 pagi pada tanggal 18 NOVEMBER 2011 kami memulakan pendakian dengan dipandu oleh dua orang juru pandu yang berpengalaman. Kami memulakan pendakian dari pondok Timpohon dalam suasana pagi yang dingin dan menyamankan. Sepanjang perjalanan kami akan berhenti rehat di pondok-pondok yang disediakan dan kami berpeluang menghilangkan dahaga dengan air gunung yang bersih lagi sejuk. Menjelang pukul 2:00 petang, kami berehat di tempat persinggahan Laban Rata, kami berpeluang berehat di bilik masing-masing dan menjamah makanan di restoran. Suasana pagi yang sungguh dingin hingga ke tulang hitam pada jam 2:30 pagi memaksa kami semua menyarung pakaian yang tebal, sarung tangan dan topeng muka. Menurut jurupandu kami, cuaca yang terlalu sejuk boleh menyababkan hidung berdarah. Pendakian ke puncak agak mencabar kerana jalan yang licin dan keadaan yang masih gelap. Tepat jam 6:00 pagi, kami tiba di Puncak Low. Kami dapat menghirup udara dingin pagi yang bersih lagi nyaman,menikmati pemandangan matahari terbit serta dapat melihat dengan jelas pekan Ranau dan Kundasang. Selepas beberapa ketika kami bertolak turun semula ke tempat persinggahan seterusnya ke kaki gunung. Sebelum bertolak balik ke Kluang, kami sempat melawat sekitar Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring. Rombongan ekspedisi tiba di Kluang pada 20 November 2011 jam 7:00 petang. Selama empat hari ekspedisi ini dijalankan, kami semua bersyukur kerana berjaya pulang dengan selamat ke destinasi masing-masing. Walaupan badan terasa lenguh-lenguh namun hati masing-masing berasa puas kerana telah berjaya menawan gunung yang kedua tertinggi di Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai