Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

PENDAHULUAN KARANGAN MELANCONG KE TAMAN NEGARA

Standard Pembelajaran
3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis.

Tulis tiga jenis pendahuluan karangan yang setiap satu panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dikategorikan antara hutan simpan paling tua di dunia. Usianya lebih 130 juta tahun,
dikatakan lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil. Aktiviti yang dinanti-nantikan pengunjung sebaik-baik
tiba di Taman Negara selain merentas hutan ialah menelusuri Sungai Tembeling dan Sungai Tahan. Begitu juga dengan
pengalaman mudik ke hulu Sungai Tahan menuju ke santuari kelah di Lubuk Tenor serta berkelah di Lata Berkoh. Dalam
perjalanan ke Lata Berkoh, pengunjung berpeluang singgah di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz
gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun!
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Destinasi ekopelancongan terbaik’
oleh Zubir Mohd Yunus,
Berita Harian Online, 12 Januari 2017

Maklumat di atas menyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung jika berkunjung ke taman negara.
Sehubungan dengan itu, pengalaman melancong ke taman negara memberikan pelbagai faedah.
Huraikan faedah-faedah melancong ke taman negara.

Analisis Soalan [IsTuDiF]


1. Isu : ______________________________________________________________________________
2. Tugasan : ______________________________________________________________________________
3. Dimensi : ______________________________________________________________________________
4. Format : ______________________________________________________________________________

Taman Negara di Malaysia

TAMAN NEGARA KUALA TAMAN NEGARA GUNUNG TAMAN NEGARA KINABALU,


TAHAN, PAHANG MULU, SARAWAK SABAH

TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, TAMAN NEGARA ROYAL BELUM, TAMAN NEGARA GUNUNG
JOHOR PERAK STONG, KELANTAN

1
Cikgu Roslan Daud

JENIS PENDAHULUAN

Definisi Persoalan Peribahasa Sejarah Puisi / Lirik lagu

Tajuk berita Suasana Pendapat tokoh Gabungan

Pendahuluan Jenis Definisi

Secara umumnya, kesihatan mental ialah tahap kesejahteraan psikologi atau ketiadaan penyakit mental. Hal ini
mencerminkan bahawa keadaan seseorang berupaya menyesuaikan emosinya dan menunjukkan tingkah laku yang memuaskan.
Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan mental sebagai seseorang mampu
mengawal emosi, menghadapi tekanan normal kehidupan dan menjalani kehidupan rutin serta mampu memberikan sumbangan
kepada komuniti. Contohnya, pada tahun 2025, WHO menjangkakan penyakit mental akan mengatasi penyakit jantung
sebagai penyakit nombor satu dunia kini sekiranya langkah pencegahan tidak diambil kerana penyakit ini ibarat musuh dalam
selimut. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan seseorang untuk menjamin kesihatan mental.

Pendahuluan Jenis Peribahasa

Sejak kecil lagi, kita sering mendengar peribahasa, sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit. Ironinya, sikap menabung
berdikit-dikit akan menjadikan wang simpanan seseorang bertambah dan menjadi banyak. Sesungguhnya, amalan menabung
telah dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa mahupun para guru di sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun
begitu, apabila seseorang meningkat remaja, pesanan itu seakan-seakan terkakis daripada minda dan sanubari kerana
kebanyakan remaja berbelanja besar untuk kelihatan bergaya lantaran berprinsip biar papa asalkan bergaya. Misalnya,
Jabatan Insolvensi Negara mendapati bahawa golongan berusia 25 hingga 40 tahun paling ramai diisytiharkan muflis kerana
pengurusan kewangan yang lemah. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan amalan menabung kepada seseorang?

Pendahuluan Jenis Suasana

Hakikatnya, kita perlu bersyukur kerana mendiami sebuah negara yang kaya dengan alam semula jadi, terutamanya
pantai dan laut yang bersih. Hal ini disebabkan oleh keindahan pantai dan laut memberikan ketenangan jiwa sekiranya
seseorang berhadapan dengan masalah. Sesungguhnya, deburan ombak yang menghempas ke pantai menjadi irama yang
mengasyikkan. Di samping itu, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa begitu nyaman apabila menyapa kulit. Tambahan pula,
kejernihan air hingga menampakkan hidupan akuatik seperti ikan, tapak sulaiman dan terumbu karang menjadikan percutian
di pantai dan di laut benar-benar indah. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah untuk memelihara dan memulihara keindahan
pantai dan laut di negara kita.

Pendahuluan Jenis Puisi / Lirik Lagu

Aku bukanlah seorang perwira


Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini.
Realitinya, serangkap lirik puitis lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh Sudirman Haji Arshad ini bertemakan
patriotisme. Jika ditelusuri secara mendalam, lirik itu meluahkan perasaan seseorang yang tidak mampu mempertahankan
benteng negara tetapi tetap mahu menunjukkan cara menyintai negara melalui sudut yang berlainan. Walaupun begitu,
golongan muda mutakhir ini dikatakan tidak patriotik terhadap negara. Hal ini disebabkan oleh masyarakat hari ini tidak
melalui zaman jerih perih nenek moyang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Buktinya, dalam sebuah rancangan realiti
televisyen, terdapat remaja yang tidak mengetahui Rukun Negara dan sejarah Malaysia. Sesungguhnya, patrotisme boleh
diterjemahkan melalui pelbagai cara. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh saya lakukan untuk membuktikan perasaan
cinta akan negara?

Anda boleh menggunakan rangka pendahuluan di atas untuk menyiapkan tugasan kali ini. Bagi menjadikan penulisan lebih
berkesan, penggunaan penanda wacana pada setiap ayat dapat membentuk jalinan idea yang kukuh. Oleh itu, gunakanlah
penanda wacana yang sesuai dan betul.

2
Cikgu Roslan Daud

Analisis Soalan [IsTuDiF]


1. Isu : taman negara
2. Tugasan : faedah-faedah melancong ke taman negara
3. Dimensi : pengunjung
4. Format : tiada [huraian]

CONTOH PENDAHULUAN

Pendahuluan Jenis Puisi / Lirik Lagu


Malaysia yang kupuja,
Di desa juga di kota,
Mari nikmati semua,
Cuti-cuti Malaysia.
Realitinya, serangkap lirik lagu ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza ini bertemakan pelancongan. Jika
ditelusuri secara mendalam, lirik itu mengajak masyarakat, tidak kira di bandar mahupun di kampung untuk makan angin di
dalam negara. Seperti yang kita ketahui, Malaysia mempunyai tarikan alam semula jadi yang terkenal, antaranya taman negara
yang banyak diwartakan oleh kerajaan. Hal ini disebabkan oleh taman negara menjadi destinasi agropelancongan bagi
pengunjung yang gemar menyaksikan kehijauan alam. Contohnya, pengunjung boleh melancong ke Taman Negara Kuala Tahan,
Pahang yang dikatakan berusia lebih 130 juta tahun malah lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.
Persoalannya, apakah faedah-faedah melancong ke taman negara?

Pendahuluan Jenis Suasana


Tidak dapat dinafikan bahawa hutan atau taman negara merupakan keajaiban alam semula jadi yang dikurniakan kepada
Malaysia. Baru-baru ini, saya sekeluarga berpeluang melancong ke Taman Negara Royal Belum untuk mengisi masa cuti sekolah.
Sesungguhnya, saya amat terkesima dan kagum akan keindahan taman negara yang dijaga rapi. Ironinya, flora dan fauna yang
pelbagai warna dan bentuk benar-benar memikat saya, ditambah dengan bau-bauan anggerik rimba yang wangi. Tidak lupa juga,
sesekali kulit disapa oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa menyegarkan mata dan jiwa. Selain itu, bunyi kicauan burung yang
bertingkah menjadi irama indah kepada pengunjung. Sebenarnya, terdapat pelbagai faedah melancong ke taman negara.

Pendahuluan Jenis Tajuk Berita


“Destinasi ekopelancongan terbaik”
“10 lokasi ekopelancongan yang menarik”
“Taman Negara Kuala Tahan dibuka semula”
Petikan tajuk berita di atas mengetengahkan ekopelancongan yang menjadi tarikan pelancong untuk makan angin di
negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa taman negara sering menjadi pilihan pengunjung untuk menerokai khazanah alam.
Hal ini disebabkan oleh hutan menyajikan pemandangan yang indah, udara yang segar dan hidupan yang pelbagai spesies.
Tambahan pula, pelbagai aktiviti boleh dilakukan semasa menjelajah taman negara. Contohnya, kunjungan ke Taman Negara
Kuala Tahan, Pahang memberikan pengalaman menyusuri Sungai Tahan menaiki perahu, melihat perkampungan orang asli dan
melihat hidupan liar mencari makan. Persoalannya, apakah faedah-faedah melancong ke taman negara?

Pendahuluan Jenis Persoalan


Negara kita dianugerahi kekayaan alam semula jadi, termasuklah hutan sehingga banyak kawasan diwartakan oleh
kerajaan sebagai taman negara. Contohnya, Taman Negara Royal Belum, Perak diisyiharkan sebagai hutan paling tua di dunia
mengalahkan Hutan Amazon! Namun begitu, pernahkan anda menjejakkan kaki di mana-mana taman negara di seluruh negara?
Jika anda memberikan jawapan tidak, anda amat rugi kerana pengalaman menerokai taman negara amat berharga. Mengapakah
saya berkata demikian? Hal ini disebabkan oleh aktiviti menelusuri sungai menaiki perahu dan melihat spesies flora dan fauna
seperti gajah dan rafflesia pastinya tidak boleh dilupakan. Sesungguhnya, terdapat banyak faedah melancong ke taman negara.

Pendahuluan Jenis Gabungan [Definisi + Persoalan]


Secara umumnya, taman negara ialah tanah rizab milik negara yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan alam semula
jadi, flora dan fauna atau bahan sejarah. Dalam perkataan yang lain, kawasan ini dilindungi oleh undang-undang daripada
sebarang bentuk pembangunan dan pemusnahan. Hakikatnya, banyak taman negara di Malaysia, antaranya Taman Negara Kuala
Tahan, Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Pulau Kukup. Walaupun begitu, mengapakah tidak ramai pelancong tempatan
yang gemar menerokai taman negara berbanding dengan pelancong asing? Bukankah bermain dengan gajah juga ikan dan
meredah hutan sambil menikmati bunga rafflesia dan pemandangan hijau boleh menawarkan pengalaman menarik? Sebenarnya,
terdapat pelbagai faedah melancong ke taman negara.

Anda mungkin juga menyukai