Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU- ALUAN

Pengetua SMK Seri Kundang


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita meneruskan kesinambungan kolaborasi
antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SMK Seri Kundang kali ke-9. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2012 yang telah berusaha gigih menyempurnakan dan menjayakan program ini. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

Visi sekolah iaitu SMK Seri Kundang menjadi sekolah cemerlang di Zon Kuang menjelang 2014 sentiasa
menjadi tonggak dan asas kukuh perjuangan setiap warga sekolah. Amalan budaya ilmu dan budaya kerja yang berkualiti
dalam kalangan warga sekolah sentiasa menjadi tunjang segala perencanaan dan tranformasisekolah ke arahpendidikan
yang berkualiti menjamin masa depan yang cerah. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan
melainkan pihak sekolah akan terus mengambil langkah aktif dan proaktif untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman
pembelajaran yang berkesan dan dapat melahirkan warga yang berfikiran prograsif, maju dan prihatin.
Budayakerjacemerlang yang ingindicapaiolehbarisanpendidiksekolahinisekalilagitelahmembuktikankomitmen SMK Seri
Kundanguntukmenjadikansekolahiniberdirisamatinggi, duduksamarendahsepertisekolah-sekolah lain di Daerah GombakOleh
itu, ibu bapa diharapkan mempunyai persamaan dan kesepaduan matlamat dengan pihak sekolah agar kita bersamasama dapat menzahirkan sesuatu yang lebihsignifikan demi menobatkan SMK Seri Kundang sebagai sebuah sekolah yang
cemerlang di zon Kuang.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang penting untuk menerapkan budaya ilmu dalam kalangan murid agar
dapat memperteguh nilai-nilai murni dalam diri para pelajar dan melahirkan individu yang berdaya saing dan mampu
membentuk jati diri. Sekolah juga memainkan peranan mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif agar dapat
menggalakkan perkembangan potensi pelajar agar menjadi insan yang seimbang, positif dan berkeyakinan menghadapi
segala cabaran. Selainitu, pembentukansahsiahdalamkalanganmuridjugaamatpentinguntukmenanganigejalanegatif yang
bertentangandenganinspirasidanbudayacemerlangsekolah yang ingindibentuk.Olehitu, sokongandankerjasama yang
padudaripadaibubapamelalui
PIBG
amatdiharapkansupayatanggungjawabinidapatsamasamakitapikuldenganpenuhwawasan.

Sebagai akhir bicara, semoga usaha murni kita mendapat keizinan dan keredaan daripada Allah S.W.T. demi
merealisasikan visi dan Misi SMK Seri Kundang dan PIBG. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.
Sekian, terimakasih.

(PN.HAJAH NORAIZAN BT BRAHIM)


Pengetua SMK Seri Kundang

Anda mungkin juga menyukai