Anda di halaman 1dari 2

Kempen beli barangan buatan Malaysia

Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri , lebih baik di
negeri sendiri Demikianlah ungkapan indah pepatah yang direalisasikan
sesuatu yang baik hendaklah dilakukan untuk membuktikan taat setia
kepada negara sendiri. Oleh itu, sudah sewajarnya untuk kita berbangga dan
bersedia menjadi pelanggan utama terhadap hasil-hasil keluaran tempatan.
Dengan yang demikian, untuk menjayakan program ini beberapa langkah
yang berkesan untuk menjalankan kempen ini.
Barangan buatan Malaysia merupakan hasil keluaran domestik sama ada
yang diperoleh secara semula jadi seperti hasil-hasil tanaman atau barangbarang yang diproses berasaskan produk tempatan seperti barang-barang
makanan dan perhiasan. Dalam bidang perindustrian, Malaysia kini telah
memasuki era perindustrian moden apabila mula mempelopori bidang
industri berat seperti mengeluarkan kenderaan sendiri seperti Proton,
Modenas,Perkasa, dan Perodua. Malaysia kini sudah mencapai taraf untuk
bersaing dengan negara-negara perindustrian yang telah maju.
Dengan melimpahnya barangan keluaran negara yang berkualiti dengan
harga yang berpatutan sebenarnya kita tiada alasan untuk mengelakkan diri
daripada tidak membeli barang-barang tempatan. Dalam merealisasikann
matlamat ini, kita hendaklah secara kolektif mempunyai semangat patriotik,
iaitu menghargai dan berbangga dengan kebolehan diri sendiri. Para pelajar
sejak dari peringkat rendah hendaklah disemaikan dengan sentimen
kenegaraan seperti menyanjung para tokoh dan berbangga terhadap tanah
air sendiri. Kita sepatutnya meneladani rakyat Jepun yang cukup tinggi
sentimen mereka terhadap produk negara sendiri. Rakyat Jepun apabila
berada di luar negara, mereka masih menggunakan barang-barang yang
diimport dari Jepun seperti kenderaan dan juga pakaian.
Untuk menarik pelanggan anak negeri supaya membeli barang-barang
buatan tempatan, para pengeluar dan pengilang hendaklah sentiasa komited
untuk menghasilkan barang-barang yang lebih bermutu dan sentiasa
menjadi kebanggaan. Apabila kita berbangga dengan barangan keluaran
sendiri, kita berharap agar tahap kualiti juga hendaklah setanding dengan
barang-barang import. Para pengilang tidak boleh bersikap berat sebelah
dengan hanya menjaga kawalan mutu terhadap barang-barang yang
dieksport.
Selain itu, para pemimpin pula hendaklah menjadi model utama untuk
menjayakan kempen ini. Sebelum rakyat digalakkkan membeli barang-

barang keluaran negara, para pemimpinlah yang perlu dijadikan contoh dan
teladan terlebih dahulu. Janganlah pula para pemimpin bersikap seperti
cakap tidak serupa bikin, ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan betul
apabila rakyat dimomok-momokkan supaya memilih barangan buatan
negara sendiri padahal pemimpin yang menggunakan barangan daripada
negara lain. Amalan berdasarkan contoh teladan hendaklah menjadi
pegangan utama setiap rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat, pangkat ,
dan darjat.
Sementara itu, maklumat tentang barangan tempatan juga hendaklah
sentiasa jelas dan dapat disampaikan dengan sempurna untuk pengetahuan
pengguna. Dalam hal ini, saluran media massa hendaklah memainkan
peranan untuk mengiklankan barang-barang tempatan. Langkah
Kementerian Perdagangan dalam Negeri mengarahkan semua peniaga
supaya melabelkan barang-barang keluaran tempatan untuk memudahkan
pengguna adalah inisiatif yang paling baik dan harus dipuji. Apabila
mendapat maklumat yang lengkap bergantunglah pada pengguna untuk
membuat pilihan, tepuk dada tanya selera .
Tepatlah seperti yang dikatakan oleh peribahasa , di mana bumi dipijak di
situ langit dijunjung. Pepatah ini jelas menunjukkan supaya kita sentiasa
berbangga dan sering menghormati tanah tumpah darah sendiri. Justeru,
demi menunjukkan komitmen kita, kita perlu menjadikan agenda berbangga
dengan produk sendiri sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi
ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai