Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2 Bagaimanakah slogan BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat

di negara kita?

Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi hak pengguna dan memajukan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Pembangunan industri dan perusahaan tempatan dapat dimajukan sekiranya rakyat Malaysia membeli barangan tempatan.Selain itu, dengan membeli barangan tempatan juga kerajaan dapat menyekat aliran wang ke luar negara. Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara.

Malaysia kini mampu berdaya saing dengan negara-negara luar kerana Malaysia sudah mampu melengkapi keperluan rakyatnya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Di tambah pula dengan barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara. Kita sewajarnya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan.Misalnya barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, barangan keperluan harian seperti makanan dan sebagainya. Sebagai sebuah negara maju, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Malaysia juga sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Ini disebabkan oleh Malaysia mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Bagi memacu kemajuan dalam bidang perusahaan tempatan, rakyat sewajarnya tidak mengagungkan barangan luar. Hal ini dapat dibuktikan kerana barangan keluaran tempatan kita sudah setanding dengan produk luar negara dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Oleh itu semangat cinta akan negara haruslah disemai dalam diri seseorang individu agar mampu menjadi benteng ampuh dalam menggerakkan minda rakyat supaya mampu menjadi rakyat minda kelas pertama di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu, aman dan harmoni.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya tidak membawa apa-apa manfaat.Di samping itu juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, seharusnya dibuang jauh dari kotak pemikiran kita sebaliknya membina dan memupuk semangat Malaysia Boleh dari setiap aspek termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Justeru itu, kita sebagai rakyat negara ini seharusya berganding bahu membangunkan negara dan menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diimpikan.

Sudah terang lagi bersuluh, sebenarnya perubahan dari segi mentaliti dan sikap seseorang individu sendiri untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah produk tempatan kita tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa. Tuntasnya rakyat negara ini sewajarnya tidak memandang enteng masalah ini supaya kita berada pada pihak yang peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara. Justeru itu,sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab , kita seharusnya menyokong penuh kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia ini agar kita dapat mengecapi manfaat bersama.

Anda mungkin juga menyukai