Anda di halaman 1dari 2

CHEAH CHEE YOONG

Langkah-langkah membangunkan industry kecil dan sederhana

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah dilaksanakan secara semakin berleluasa di negara kita.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak COVID-19, sesetengah
rakyat telah mengalami pengangguran. Untuk menyara hidup, mereka bermula mengusahakan
Industri Kecil dan Sederhana di rumah masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana IKS tidak
memerlukan saiz operasi yang besar dan teknologi yang tinggi. Kebiasaanya, mereka akan menjual
kraf tangan, makanan, minuman, perhiasan dan sebagainya. IKS ini telah mendatangkan pelbagai
manfaat kepada negara kita. Tamsilnya, industri ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk
rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan. Lebih-lebih lagi, keperluan dan kehendakan masyarakat
juga dapat dipenuhi oleh IKS. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk membangunkan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) di negara kita?

Antaranya, pengusaha IKS haruslah meningkatkan kualiti produk dan menyesuaikan harga
produk untuk memenuhi harapan pembeli terhadap produk tersebut. Hal ini dikatakan demikian
kerana produk yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan boleh menarik pelanggan untuk
membeli produk beberapa kali dan mempromosikan produk tersebut kepada rakan-rakannya.
Pengusaha perlulah menggunakan bahan yang selamat, segar dan berkualiti untuk membuat
produk-produk. Bak kata pepatah, rosak badan kerana mulut. Oleh itu, pelanggan tidak akan
terdedah kepada masalah kesihatan dan keselamatan jika mereka menggunakan produk yang
selamat dan berkualiti tinggi. Dengan ini, jelaslah bahawa kualiti produk hendaklah ditingkatkan oleh
pengusaha IKS untuk membangunkan industry tersebut.

Seterusnya, pengusaha-pengusaha IKS boleh mempromosikan produk-produk mereka dalam


media sosial. Pada masa kini, terdapat pelbagai wahana untuk membolehkan penjual
mempromosikan produknya. Misalnya, pengusaha IKS boleh memuat naik gambar-gambar dan
mengiklan produk yang cantik ke laman rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube,
Twitter dan sebagainya. Oleh itu, pelanggan-pelanggan dapat melihat iklan-iklan tentang produk IKS
semasa melayari laman sosial. Pendek kata, promosi produk-produk IKS dalam media sosial memang
dapat membangunkan Industri Kecil dan Sederhana di negara kita.

Meninjau dari skop yang lain, pihak kerajaan perlulah memberi elaun kepada pengusaha-
pengusaha IKS sebagai bantuan dan sokongan. Punca kebanyakan pengusaha IKS di negara kita
mengalami kegagalan ialah kekurangan kewangan untuk membeli mesin-mesin yang menghasilkan
produk. Dengan bantuan pihak kerajaan, pengusaha IKS dapat membeli mesin-mesin yang canggih
dan cekap agar produk-produk dapat dihasilkan dengan cepat dan selamat. Bukan itu sahaja,
pengusaha juga boleh menyewa atau membeli kedai dengan bantuan kewangan pihak kerajaan. Hal
ini menyebabkan pengusaha-pengusaha IKStidak perlu melaksanakan perusahaannya di rumah
mereka. Tegasnya, pihak kerajaan memainkan peranan yang penting untuk memberi sokongan
kepada IKS supaya industry tersebut dapat dibangunkan di negara kita.

Di samping itu, pengusaha IKS juga boleh bergerai di tempat seperti kompleks-kompleks
membeli-belah, pasar raya, pasar malam dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana
pelanggan boleh terus mencuba dan menggunakan produk-produk IKS secara percuma di tempat-
tempat tersebut. Pelanggan tidak lagi menonton iklan dalam media sosial sahaja dan tidak akan
takut ditipu jika membeli produk-produk IKS melalui laman sosial. Dengan ini, jelaslah bahawa cara
bergerai di tempat yang bersesuaian dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk-produk
IKS. Oleh hal yang demikian, Industri Kecil dan Sederhana di negara kita dapat dibangunkan.
Tambahan pula, pengusaha IKS haruslah berusaha untuk menarik pelanggan baharu dan juga
mempertahankan pelanggan lama pada masa yang sama dengan melaksanakan pelbagai strategi
pemasaran. Pengusaha boleh mengadakan aktiviti yang menarik seperti cabutan loteri untuk
menarik pelanggan baharu. Diskaun juga boleh ditawarkan kepada pelanggan lama yang sentiasa
membeli produk-produk IKS. Bak kata peribahasa, adab sopan usah dipinggir. Pengusaha IKS juga
haruslah bersopan santun dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi dengan pelanggan agar
memberikan imej yang baik kepada pelanggan. Dengan ini, pelanggan tidak akan hilang dan Industri
Kecil dan Sederhana di negara kita memang dapat dibangunkan.

Konklusinya, pengusaha-pengusaha IKS haruslah berusaha membangunkan Industri Kecil dan


Sederhana di negara kita. Bak kata mutiara, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Hal ini dikatakan demikian kerana industry ini memang mendatangkan banyak kebaikan kepada
masyarakat. Jika Industri Kecil dan Sederhana dapat dibangunkan di negara kita, rakyat negara akan
kurang menghadapi masalah pengangguran dan ekonomi negara juga dapat dimajukan. Dengan ini,
negara kita dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa dan negara kita akan menjadi semakin
maju dan canggih.

- bebas cukai, merendahkan cukai

- meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa – karvinal, ekspo perdagangan

Anda mungkin juga menyukai