Anda di halaman 1dari 2

CHEAH CHEE YOONG 谢子勇

Cara-cara membangunkan negara

Malaysia merupakan negara sedang membangun di dunia. Malaysia mempunyai tanah air
yang luas, bentuk muka bumi yang strategik dan juga cuaca yang sederhana. Walaubagaimanapun,
nama negara kita kurang dikenali oleh orang di dunia berbanding dengan negara lain. Hal ini dapat
dibuktikan dengan negara Singapura yang bersempadan dengan Malaysia lebih terkenal dan
difahami oleh rakyat negara lain walaupun luas tanah air Singapura lebih kecil daripada negara kita.
Oleh sebab itu, berbagai-bagai dasar negara haruslah diperbaiki demi mencapai matlamat negara
kita ke arah sebuah negara yang gemilang. Persoalannya, apakah cara-cara untuk membangunkan
negara kita?

Cara-cara untuk membangunkan negara kita termasuklah memupuk semangat patriotisme


rakyat. Marcapada ini, sesetengah rakyat Malaysia sentiasa merendang rendah terhadap negara
sendiri tanpa alasan. Hal ini akan berlaku kerana mereka terpengaruh oleh budaya negara lain. Oleh
itu, pelbagai pihak haruslah berperanan untuk meningkatkan nilai patriotik dalam diri rakyat.
Tamsilnya, Bahasa Melayu yang betul dan tepat haruslah digunakan untuk setiap urusan rasmi. Jika
rakyat yang berbilang bangsa dapat menggunakan Bahasa Melayu semasa berkomunikasi, konflik-
konflik dan perselisihan faham dapat dielakkan dengan berkesan. Pihak sekolah juga haruslah
menitikberatkan mata pelajaran Sejarah di sekolah supaya pelajar dapat menghargai jasa tokoh-
tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia yang berani menentang ancaman musuh. Lebih-lebih lagi, ibu
bapa seharusnya mendidik anak-anak sendiri untuk mencintai negara dan juga menjadi suri teladan
kepada anak kerana bapa borek, anak rintik. Dengan cara ini, rakyat Malaysia akan taat setia kepada
negara diri. Reputasi negara dapat meningkat secara tidak langsung dan pelancong asing dari negara
lain akan melancong ke negara kita kerana negara kita merupakan negara yang harmoni dan
sejahtera. Tegasnya, semangat patriotisme rakyat memang haruslah dipupuk untuk membangunkan
negara kita.

Bukan itu sahaja, hak-hak kaum lain juga perlulah dijaga selain daripada menjaga hak
keistimewaan orang bumiputera di negara kita. Isu ini telah mewujudkan dalam masa yang lama
sehingga hari ini. Isu ini juga telah mengakibatkan pelbagai pertelingkahan yang serius antara kaum.
Oleh hal yang demikian, pindaan perlembagaan dan penggubalan undang-undang haruslah
dijalankan untuk menjaga hak rakyat yang berbangsa selain daripada Melayu. Misalnya, pihak
kerajaan haruslah memberi lebih banyak peluang kepada bangsa lain untuk menceburi politik dan
menjadi menteri-menteri dalam kabinet. Hal ini dikatakan demikian kerana bangsa lain juga
mempunyai orang yang berbakat dalam parti politik. Dengan ini, sistem pentadbiran negara dapat
dilicinkan. Dari sudut lain, pihak kerajaan juga perlulah melonggarkan syarat bangsa lain untuk
memasuki matrikulasi dan Program Asasi selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu,
pelajar-pelajar bangsa lain yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik juga
dapat meneruskan pelajaran mereka. Pendek kata, jelaslah bahawa rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa dan kaum haruslah dilayan sama rata demi membangunkan negara kita.

Meninjau dari skop yang lain, sistem pendidikan negara kita juga perlulah ditukar supaya
negara kita dapat dibangun. Sebenarnya, ramai pelajar menganggap bahawa ilmu pengetahuan yang
didapati semasa belajar hanya berguna dalam peperiksaan dan bukan kehidupan harian mereka.
Oleh hal yang demikian, Pendidikan exam-oriented haruslah dihapuskan kerana silibus mata
pelajaran di sekolah kurang berguna semasa kehidupan harian pelajar. Pihak kerajaan seharusnya
meningkatkan pemikiran pelajar pada masa yang sama dan bukan menambah ilmu pengetahuan
sahaja. Kemahiran seperti IT, memasak dan membaiki barangan juga haruslah diajar kepada para
pelajar. Seterusnya, sekolah-sekolah dan juga institusi tinggi di negara kita juga haruslah
menggunakan bahan pengajaran yang moden semasa mengajar untuk mewujudkan kawasan
pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, pelajar dapat belajar dalam kawasan yang selesa. Tegasnya,
jelaslah bahawa penukaran sistem pendidikan negara haruslah dijalankan untuk membangunkan
negara kita.

Di samping itu, kita juga perlulah memanfaatkan kelebihan negara yang sedia ada. Bentuk
muka bumi negara kita sangat bersesuaian untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan kerana
negara kita mempunyai beberapa bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah dan juga
pinggir laut. Bentuk muka bumi yang berbeza boleh dijadikan tempat pelancongan yang berbeza.
Kemudian, kita juga haruslah menyokong Barangan Buatan Malaysia dan mempromosikan ke
peringkat global. Ekspo perdagangan boleh diadakan di negara kita dan barangan yang dihasilkan di
Malaysia boleh dieksport ke negara luar. Oleh itu, ekonomi negara dapat ditingkatkan. Bak kata
peribahasa, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kita haruslah berusaha untuk
memanfaatkan kelebihan yang sedia ada di negara kita. Dengan ini, negara kita secara tidak langsung
akan dibangunkan.

Akhir sekali, pihak kerajaan haruslah menjamin keselamatan rakyat demi membangunkan
negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat dapat hidup dengan aman dan sejahtera jika
negara kita adalah selamat. Kes-kes jenayah di negara kita semakin meningkat di negara kita kini.
Untuk menjaga keselamatan rakyat, Polis Diraja Malaysia haruslah melatih pasukan polis di negara
kita supaya mereka mempunyai tubuh badan yang tegap dan sikap yang cekap. Sementara itu,
kekerapan rondaan di kawasan perumahan perlulah ditingkatkan untuk mengurangkan kes-kes
pencurian yang berlaku di negara kita. Jalan raya di negara kita juga hendaklah diperbaiki. Jalan raya
di negara kita haruslah dilengkapi dengan lampu yang sempurna dan berfungsi baik di tepi jalan
demi mengelakkan kemalangan jalan raya berlaku. Kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku
adalah disebabkan oleh pemandu tidak dapat melihat keadaan jalan raya dengan baik. Bak kata
pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Pihak berkuasa haruslah sentiasa bersedia untuk menjaga
keselamatan rakyat demi membangunkan negara kita.

Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu dan berusaha untuk membangunkan
negara kita. Bak kata mutiara, muafakat membawa berkat. Kerjasama antara rakyat mesti akan
mendatangkan kejayaan. Jika negara kita dibangunkan, imej dan reputasi negara negara dapat
ditingkatkan. Pada masa yang sama, kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara kita dapat
diwujudkan. Justeru, negara kita dapat berdaya saing di peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai