Anda di halaman 1dari 1

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat


patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ merupakan kempen yang bertujuan


meningkatkan permintaan dalam negara terhadap barangan tempatan
dan merangsang ekonomi negara di samping menyuburkan semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengguna hendaklah mengubah sikap dan tanggapan terhadap


barangan tempatan. Kita tidak boleh menafikan ramai rakyat Malaysia
yang cenderung untuk membeli barangan import. Jika sikap ini
berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan tidak akan membuahkan
hasil. Pelbagai produk tempatan telah dihasilkan malah mampu
menandingi produk luar negara dan kita seharusnya berasa bangga
dan bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong


industri tempatan malah membantu mengurangkan pengaliran wang negara
keluar. Membeli dan menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal
yang perlu kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada
pengukuhan ekonomi negara. Masyarakat peniaga perlu memainkan peranan
untuk menjayakan kempen ini. Peniaga perlu memiliki semangat cintakan
bangsa dan Negara dengan bertindak memperluaskan pemasaran produk
tempatan. Kesemua ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial para
peniaga.

Media turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan


kempen ini. Media perlu melipatgandakan usaha untuk memberi
kesedaran dan mendidik masyarakat untuk menyokong kempen
‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’. Sebagai rakyat Malaysia,
kita wajar berganding bahu membangunkan negara di samping
menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat
yang diharapkan. Negara kita sudah mampuberdikari dalam usaha
memenuhi keperluan dan kehendakpendudukya dan sudah tiba masanya
kita tidak lagi mengagungkan barangan luar tetapi berbangga dengan
produk tempatan.

Anda mungkin juga menyukai