Anda di halaman 1dari 3

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting 

bagi menggalakkan anak-anak
menggunakan barangan buatan Malaysia. Huraikan langkah-langkah yang dapat
diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam menggalakkan penggunaan
barangan buatan Malaysia.

Peranan Ibu Bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju,
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai
barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar
tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini
sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah
produk keluaran negara kita dijamin lebih baik. Walaubagaimanapun, masih ramai
lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang kelebihan dan kualiti sebenar
barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda yang kononnya
mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?

menjadi suri teladan kepada anak-anak


Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu
bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan
sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada
mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan
insan yang  paling dikagumi  kerana ibu bapalah orang yang terdekat dengan anak-
anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa
yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan
bersinar. 

Walaubagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya


berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang rasa kagum
dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan
Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan elektrik seperti Panasonic,
Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-
anak mereka dengan menyokong barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.

memupuk perasaan cinta akan negara

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-
anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari
remaja supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai
tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam minat anak-anak terhadap
barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai cinta akan
negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk
negara kepada generasi mudakita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk
mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga
untuk membeli barangan negara mereka sendiri.

Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk
negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan
Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat malalui
Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik
untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah
diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia,
amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa
golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan
remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk
Malaysia pasti akan laris di pasaran.

Pameran barangan ciptaan Malaysia

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa
bolehlah membawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan
oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara.
Karnival sebegini telah ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai
tawaran potongan harga yang istimewa.   Sebagai contoh, kraf tangan
dan  batik,  yang merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu
bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang
terdiri daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri.

Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapa haruslah
membeli barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan barangan buatan
Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis pertandingan.
Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai
pertandingan-pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab
soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan
minda anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia
sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal
maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia
untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.

menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia


Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan
Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-
faedahnya, menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa
haruslah memberitahu anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang kini
bukan sahaja kualitinya setanding dengan produk-produk luar negara, malah
harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan
Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan mengetahui
secara mendalam barangan-barangan Malaysia.

Sikap prejudis, memandang rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga


seharusnya dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada
anak-anak mereka, tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari
serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu
bapa berperanan penting dalam menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan
Malaysia kepada anak-anak supaya mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik
dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Penutup Karangan

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang


merupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan
peranannya yang amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong,
membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia
supaya negara kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara malah juga
mengeksport barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa barangan
Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah
mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik.

Walalau bagaimanapun,  usaha daripada ibu bapa semata-mata adalah tidak


mencukupi. Rakyat Malaysia patut menyemarakkan semangat seisi negara agar seia
sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap
dengan membeli barangan Malaysia. Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita
merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan barangan Malaysia
yang bermutu tinggi.

Anda mungkin juga menyukai