Anda di halaman 1dari 2

PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MENDORONG REMAJA SUPAYA MINAT BERNIAGA

Bidang perniagaan merupakan salah satu bidang yang mustahak di negara kita.Hal ini
dikatakan demikian kerana aktiviti perniagaan mendatangkan kemaslahatan yang banyak
kepada masyarakat dan watan kita.Oleh itu,pihak yang berobligasi dalam bidang perniagaan
perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak termasuklah ibu
bapa.Jika ibu bapa menunjukkan inisiatif dan komitmen untuk menggilap bakat anak-anak
dalam bidang perniagaan sejak akar umbi lagi,sudah pasti matlamat untuk memajukan
sektor perniagaan di nusa kita akan tercapai kerana tak kenal maka tak cinta.Terdapat
beberapa tindakan yang boleh dilakukan demi kemajuan bidang perniagaan supaya dapat
duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara lain dalam sektor
tersebut.Persoalannya,apakah peranan berbagai-bagai pihak untuk mendorong remaja
supaya minat berniaga?

Ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam usaha mengindoktrinasikan budaya
perniagaan dalam kalangan remaja.Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan
suri teladan yang ideal kepada anak-anak,persis peribahasa ke mana tumpahnya
kuah,kalau tidak ke nasi.Anak-anak akan meneladani tabiat ibu bapa .Sebaliknya,ibu bapa
yang tidak suka berniaga dan hanya mendorong anak-anak mereka untuk menceburi dalam
bidang perniagaan dianggap bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul.Sebagai
analoginya,ibu bapa mestilah menjadikan diri sebagai uswah hasanah kepada anak-anak
dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.Ibu bapa yang menjalankan perniagaan
kecil-kecilan di rumah boleh mengajak anak-anak untuk menyertai dalam proses
perniagaan.Apabila anak-anak sentiasa didedahkan dengan perniagaan,mereka akan lebih
memahami aspek-aspek praktikal dalam melaksanakan perniagaan dan membentuk minat
mereka terhadap bidang ini.Secara implisitnya,minat anak-anak terhadap sektor perniagaan
akan bercambah dalam sanubari anak-anak sejak umur setahun jagung kerana melentur
buluh biar dari rebungnya.Tegasnya,peranan ibu bapa dalam usaha mendorong anak-anak
mereka supaya berminat dalam bidang perniagaan tidak dapat dinafikan.

Selain itu,pihak sekolah pula memainkan tugas mustahak untuk mendarahdagingkan


minat berniaga dalam kalangan remaja.Hal ini disebabkan oleh murid-murid menghabiskan
enam jam di sekolah.Masa inilah tanggungjawab berkenaan tergalas di bahu pihak
sekolah.Golongan muda yang berjuang di medan ilmu perlu memupuk budaya yang
mahmudah ini di sekolah.Sebagai tamsilannya,pihak sekolah boleh menubuhkan kelab
keusahawanan untuk menyokong dan mengembangkan minat berniaga dalam kalangan
remaja.Dalam kelab ini,murid dapat berkongsi idea perniagaan,menganjurkan bengkel dan
seminar keusahawanan serta terlibat dalam projek-projek kecil yang berkaitan dengan dunia
perdagangan.Dalam konteks ini,generasi muda yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti
yang dianjurkan oleh kelab keusahawanan mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta
dapat menyumbang idea-idea yang bernas serta konstruktif.Lantaran itu,sekolah merupakan
satu entiti yang berperanan menzahirkan masyarakat yang celik maklumat tentang sektor
perniagaan agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.

Sebenarnya,kerajaan turut menyumbangkan tenaga dalam usaha menanamkan budaya


berniaga dalam konteks ini.Hal ini diakatakan demikian kerana Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM)berhasrat untuk memenuhi aspirasi negara dengan memastikan bahawa
elemen keusahawanan disertakan dalam kurikulum pendidikan supaya kecenderungan
usahawanan dalam kalangan remaja dapat dibentuk.Biar kita ambil contoh,pihak kerajaan
mestilah mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan remaja dengan memberikan
maklumat mengenai pelbagai peluang perniagaan.Tambahan pula,slogan “USAHAWANAN
MUDA,PEMACU KERAJAAN NEGARA” turut diuar-uarkan dan dipopularkan dalam
masyarakat.Kempen-kempen murni bermatlamat untuk memperkukuh dan meningkatkan
budaya perniagaan dalam kalangan remaja serta menjadikan nusa sebagai sebuah watan
yang berbudaya keusahawanan.Justifikasinya,pihak kerajaan perlu memainkan peranan
dalam usaha untuk mendorong remaja berminat dalam sektor perniagaan sungguh
signifikan sekali,bak kata peribahasa di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Pada era ledakan teknologi maklumat ini,peranan media massa juga penting dalam usaha
mendorong remaja supaya minat berniaga.Hal ini diakibatkan oleh pengaruh media massa
yang positif bakal mendominasi minda masyarakat dan membimbing masyarakat ke arah
positif.Sehubungan dengan itu,media elektronik seperti laman-laman sosial wajar dijadikan
sebagai platform untuk menyebarkan golongan muda tentang faedah melibatkan diri dalam
bidang perniagaan.Pada masa yang sama,media massa haruslah menguar-uarkan
dokumentasi tentang kejayaan usahawanan dalam aplikasi terkini yang biasa digunakan oleh
remaja seperti Instagram,Facebook,Youtube dan lain-lain.Jadi,pelajar-pelajar yang melayari
laman sosial tesebut akan lebih celik terhadap kepentingan melibatkan diri dalam sektor
perniagaan dan mulai membuat perubahan diri.Oleh itu,golongan muda ini akan
bermuhasabah diri dan menyedari tugas sebagai penerajui watan pada masa hadapan agar
menjadi golongan yang berkualiti dan bercita-cita tinggi.Sudah terang lagi bersuluh
bahawa peranan media massa dalam usaha membudayakan amalan keusahawanan dalam
kalangan muda memang tidak dapat dipertikaikan.

Akhirulkalam,dunia hari ini berada di bawah telunjuk golbalisasi yang menjadikan


maklumat serta ilmu sebagai asas perkembangannya.Dalam usaha watan kita mencapai nusa
yang maju,remaja hari ini yang menjadi pembimbing pada hari esok serta tonggak harapan
negara perlu ditekankan falsafah “Keusahawanan untuk Pembangunan Negara” ke dalam
lubuk hati.Bukan itu sahaja,orang yang berilmu banyak akan lebih mudah mencapai
kemajuan berbanding dengan orang kurang berilmu.Natijahnya,sebelum nasi menjadi
bubur,kita perlu bertindak sekarang.

Anda mungkin juga menyukai