Anda di halaman 1dari 10

BUKU SKRAP

Ting Ming Zih, Vivientia, Welley

Karangan Bahasa Melayu


Pengenalan Ahli Kumpulan

Ting Ming Zih

PENGENALAN
AHLI
KUMPULAN
Welley

Vivientia

2
Soalan

"Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), bagi mangawal


penularan wabak COVID-19 menyaksikan peralihan trend pengguna yang
mendorong perdagangan elektronik atau e-dagang untuk meneroka
strategi baharu bagi memudahkan proses urus niaga. Pelbagai insentif juga
disediakan untuk membantu usahawan baharu memajukan peniagaan dan

SOALAN
menembusi pasaran antarabangsa melalui platform e-dagang"

Petikan akhbar menerangkan bahawa e-dagang berpotensi dibangunkan di


negara ini bagi melahiran lebih ramai usahawan muda membina kerjaya
mereka. Pelbagai inisiatif perlu diambil untuk menarik minat generasi muda
menceburi perdagangan elektronik ini. Sumber: BH Online

Huraikan langkah-langkah yang seharusnya dilakukan bagi menarik


minat generasi muda memnceburkan diri dalam bidang keusahawan.
3
Soalan
Langkah-langkah untuk menarik generasi muda menceburkan
diri dalam bidang keusahawan.

Tema / Isu

ANALISIS
Menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan.

SOALAN Tugasan / Fokus


Langkah-langkah

Format
Tiada format
4
Penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan
sangat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan
mencipta inovasi. Namun, seringkali generasi muda kurang
tertarik untuk menceburkan diri dalam keusahawanan.
Sebagaimana pepatah bijak yang mengatakan, "tak kenal
maka tak cinta," untuk menarik minat generasi muda
PENDAHULUAN
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, langkah-
langkah yang efektif perlu diambil. Oleh itu, terdapat
beberapa langkah untuk menarik minat mereka agar terlibat
secara aktif dalam bidang keusahawanan.
Sebagai pembuka tirai bicara, langkah yang pertama ialah meningkatkan
pendidikan dan kesedaran. Generasi muda perlu diberikan maklumat yang
mencukupi mengenai potensi pendapatan, kebebasan kreatif, dan impak sosial
yang boleh dicapai melalui keusahawanan. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh
menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk menyediakan
program praktikal yang memberikan pelajar peluang untuk berinteraksi dengan
usahawan sebenar. Pengalaman ini memberikan gambaran sebenar tentang
ISI 1 kehidupan sebagai usahawan dan dapat menginspirasi generasi muda untuk
terlibat dalam bidang ini. Dengan meningkatnya pendidikan dan kesedaran
tentang keusahawanan, generasi muda akan menjadi lebih berdaya maju. Oleh itu,
upaya untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran tentang keusahawanan di
kalangan generasi muda adalah sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara.
Langkah kedua adalah menyediakan program pembangunan
keusahawanan yang holistik. Pihak kerajaan dan organisasi-organisasi
keusahawanan perlu menyusun pelan pembangunan yang menyediakan
sokongan dan bantuan yang komprehensif kepada generasi muda yang
berminat untuk memulakan perniagaan. Melalui program ini, generasi muda
akan mempelajari kemahiran praktikal yang diperlukan untuk mengurus

ISI 2
perniagaan seperti perancangan strategik, pengurusan kewangan, dan
pemasaran. Sebagai contoh, sebuah inkubator keusahawanan dapat
dibangunkan untuk menyediakan ruang kerja, sokongan infrastruktur, dan
rangkaian perkongsian kepada usahawan muda. Dengan adanya program
pembangunan keusahawanan yang holistik, generasi muda akan merasa lebih
berasa yakin dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk
memulakan dan mengurus perniagaan mereka sendiri. Secara tuntasnya,
program ini dapat menarik minat generasi muda untuk menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan.
Apabila kita bergerak dengan lebih jauh, langkah ketiga yang boleh
dilakukan ialah memperkuatkan infrastruktur digital. Akses teknologi,
rangkaian stabil, dan perkhidmatan digital yang cekap perlu disediakan
dalam perniagaan e-dagang yang berkembang pesat. Kerjasama kerajaan
dan sektor swasta diperlukan untuk meluaskan liputan internet di luar

ISI 3
bandar dan perkampungan. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh
menubuhkan pusat keusahawanan digital yang menyediakan
perkhidmatan seperti penulisan laman web, pemasaran digital, dan
sokongan teknikal bagi usahawan muda yang ingin memulakan
perniagaan dalam talian. Dengan infrastruktur digital yang mantap,
generasi muda dapat memperoleh akses pasaran global dan peluang
perniagaan yang luas. Ini mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan
memberikan impak positif kepada ekonomi.
Sebagai kesimpulan, langkah-langkah yang telah dibincangkan
dalam karangan ini, memainkan peranan penting dalam menarik minat
generasi muda untuk menceburi bidang keusahawanan. Bak kata
pepatah, "rezeki di hujung jari," peluang-peluang dan kejayaan dalam
keusahawanan berada dalam genggaman generasi muda. Dengan
PENUTUP mengambil langkah-langkah yang sesuai dan memanfaatkan teknologi
serta sumber daya yang ada, mereka akan memiliki peluang untuk
berjaya dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, marilah kita bersama-
sama memberi sokongan kepada generasi muda agar mereka dapat
melangkah maju, meneroka potensi mereka, dan mencapai kejayaan
dalam bidang keusahawanan!
TERIMA KASIH
thank you

Anda mungkin juga menyukai