Anda di halaman 1dari 3

PIDATO : PEMANTAPAN BUDAYA

KEUSAHAWANAN
Titipan terima kasih buat pengacara majlis, barisan panel hakim
yang berpaksikan keadilan, sidang hadirin aspirasi Negara
sekalian.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Tanggal 13 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib
Tun Razak mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Transformasi
Ekonomi Negara yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27
bilion dan memberi impak kepada pendapatan Negara kasar
sebanyak RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan
menjelang 2012. Salah satu penyumbang dalam kemajuan
ekonomi Negara ialah para usahawan muda yang semakin ramai
ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Usahawan terkemuka Negara seperti Tan Sri Lim Goh Tong, Tan
Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Azman Hashim memulakan usaha
mereka sejak pada usia muda lagi yang berpegang pada prinsip
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Sirat nirwana inilah yang membawa saya dengan penuh iltizam
untuk menyampaikan tinta dan wacana para sarjana melalui
mauduk pidato Pemantapan Budaya Keusahawanan Mampu
Meningkatkan Kemajuan Ekonomi Negara . Sebelum kata
terungkai, sebelum madah terucap, definisi frasa saya jelaskan.
Menurut kamus dewan edisi ke-4 , pemantapan budaya boleh
didefinisikan sebagai satu usaha penstabilan dan pengukuhan
tamadun, cara hidup atau pegangan. Manakala, keusahawanan
merupakan kebolehan individu mengurus sumber yang ada untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi kemakmuran
masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Generasi
muda ialah generasi Y yang melangkah kealam dewasa.
Meningkatkan kemajuan ekonomi negara bererti mendorong
kearah kepesatan pertumbuhan pndapatan negara.
Sidang pendengar, penggerak wawasan.
Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata,
pemantapan budaya keusahawanan akan melahirkan generasi
muda yang bersikap inovatif dan kreatif. Hal yang demikian dapat
dilihat menerusi aktiviti dan program yang dijalankan di
peringkat sekolah sepertimana aktiviti jualan kelab pelaburan
bijak atau kelab pembangunan usahawan muda. Para pelajar
yang menjadi usahawan muda sentiasa didorong untuk menjual
produk baru yang belum ada di pasaran sekolah sama ada di

kantin atau koperasi. Menerusi sikap inovatif dan kreatif itu juga
usahawan muda ini mampu menghasilkan kelainan dari segi
pembungkusan dan pemasaran.
Dalam memenuhi citarasa pengguna, usahawan muda perlu
mengambil kira 4 elemen penting dalam strategi perniagaan iaitu
promosi, harga, tempat dan produk. Dengan itu, usahawan muda
berpotensi meningkatkan permintaan agregat dan meluaskan
pasaran hingga ke peringkat global.
Tuntasnya, pembudayaan keusahawan membolehkan usahawan
yang inovatif dan kreatif menggemblengkan idea dan tenaga
serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber yang ada
untuk kemajuan ekonomi Negara.
Sidang pendengar, pendokong kemajuan.
Indikator yang kedua, di bawah nirmala kata pemantapan budaya
keusahawanan mendorong generasi muda untuk mengurus
semula keuntungan dengan budaya menabung seterusnya
melabur kerana budaya keusahawanan itu sendiri menerap nilai
berjimat-cermat dan sediakan payung sebelum hujan.
Usahawan muda yang berjaya mestilah bijak membuat
belanjawan daripada setiap keuntungan yang diperoleh dan
memperuntukkan sebahagiannya untuk tabungan. Menurut teori
Ekonomi Keynes, kita menggunakan wang untuk tiga tujuan,
perbelanjaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan, awasan
terhadap perkara luar jangka serta spekulasi atau pelaburan iaitu
menambah nilai wang yang sedia ada.Ahaaaa.jangan jadikan
peluang pelaburan di Permodalan Nasional Berhad sebagai kos
lepas.
Sidang pendengar,pejuang kecemerlangan.
Indikator yang ketiga, dibawah lembayung kata pemantapan
budaya keusahawanan membentuk generasi muda yang
berfikiran jauh, berani menghadapi risiko serta kuat jati diri. Kata
orang, kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Keberanian golongan muda menceburkan diri dalam bidang
keusahawan merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Anak pintar
merupakan topik yang menarik perhatian ibu bapa, tetapi anak
sebagai usahawan muda pintar jarang sekali diketengahkan
sebagai landasan asas membina jati diri. Konsep
melipatgandakan sumber yang ada perlu dilakukan berterusan
oleh generasi muda.
Secara tidak langsung, pemantapan budaya keusahawan akan
mengatasi masalah pengangguran dan meluaskan peluang

pekerjaan seterusnya meningkatkan KDNK dan pendapatan per


kapita Negara.
Sidang pendengar, harapan Negara.
Indikator saya yang keempat, pemantapan budaya keusahawanan
mampu mengekang masalah ekonomi seperti mengekang inflasi
dan menepati konsep guna tenaga penuh kerana pada yang sama
akan memaksimumkan penggunaan sumber. Usahawan muda
yang bercita-cita tinggi menganggap persaingan sebagai cabaran
dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan pengguna. Budaya persaingan mampu meningkatkan
kualiti barangan, memberi banyak pilihan serta menurunkan
harga. Sebagai contoh, perniagaan menerusi internet
yang bersifat interaktif kerana usahawan muda mendengar
pendapat dan pandangan pengguna yang boleh diguna pakai
dalam penghasilan produk.
Sidang pendengar, berpanjikan 1 Malaysia.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di sungai, ayuh kita
mantapkan budaya keusahawan sebagai wawasan dan terus
majukan diri, kerana yang bulat takkan datang bergolek, yang
pipih takkan datang melayang. Pemantapan budaya
keusahawanan mampu memacu kecemerlangan ekonomi Negara
pada marcapada ini.
Sekian, Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai