Anda di halaman 1dari 32

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.

PENGENALAN
Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi dasar dan panduan bagi semua aktiviti

pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan bukan sahaja untuk masyarakat dan negara malah untuk individu itu sendiri. Ini kerana individu yang baik akan menjadi warganegara yang baik. Kurikulum Asas Keusahawanan direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979, pendidikan hanya difokuskan kepada pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah menyedari sistem itu tidak dapat merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum Asas Keusahawanan telah direkabentuk dan dijadikan satu matapelajaran elektif di peringkat menengah. Objektif utama kurikulum Asas Keusahawanan adalah memastikan setiap pelajar memperolehi kemahiran asas pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya pelajar dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, merekacipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Ini adalah langkah pertama sebelum pelajar ini menjejakkan kaki ke dunia industri. Selain itu, kurikulum ini juga merupakan platform untuk pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri sebagai persediaan awal menyediakan diri untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Pembelajaran Asas Keusahawanan secara jelas melatih pelajar mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat dan keluarga. Abdul Shukor bin Abdullah (2000), menyatakan bahawa pendidikan Asas Keusahawanan yang dijalankan di sekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Tambahan lagi, murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Ini selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) juga bertujuan untuk menjadi satu mata pelajaran yang dapat menyeimbangkan JERI murid seterusnya menjadi pemangkin kepada peningkatan penerimaan minda terhadap mata
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

pelajaran lain. Pemupukan kreativiti secara praktikal menjadi satu pemangkin kepada peningkatan penerimaan minda terhadap mata pelajaran lain sekaligus dapat mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar. Ini kerana minat yang mendalam menjadikan pelajar menumpukan sepenuhnya terhadap projek keusahawanan dan perniagaan kecil-kecilan ini sedikit sebanyak dapat membanteras gejala lepak, penagihan dadah, vandalism dan pergaulan bebas di kalangan pelajar. Jelas di sini bagaimana kurikulum yang dibentuk dapat membentuk intelek, emosi dan sosial pelajar sebagaimana yang ditetapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Seterusnya, kurikulum yang dibentuk ini juga meningkatkan kemahiran

berkomunikasi pelajar, memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran membuat keputusan bagi melahirkan warganegara yang cukup pakejnya iaitu berpengetahuan, melaksanakan pengetahuan dan menyampaikannya kepada orang lain untuk keberuntungan bersama. Warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan ini mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Pendidikan Asas Keusahawanan juga dapat memupuk sikap saling bekerjasama dan dapat menjauhkan murid dari sifat sombong, riak dan bangga diri. Namun perlu kita sedari Malaysia membangun dengan begitu pantas. Justeru, keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan terutamanya sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-2l. Pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah usaha-usaha khusus yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan. Ingin ditekankan di sini tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dalam membudayakan keusahawanan di kalangan rakyat di negara ini di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, budaya keusahawanan telah mula disemai seawal sekolah rendah dengan memperkenalkan unsur-unsur keusahawanan dalarn mata pelajaran matematik. Malah pembudayaan keusahawanan terus diterapkan di peringkat sekolah
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

menengah rendah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang bermula pada tahun 1991. Tambahan lagi, usaha membudayakan keusahawanan diteruskan di peringkat sekolah menengah atas apabila pe1ajar diberi peluang memilih untuk mengikuti pendidikan Perdagangan dan Keusahawanan me1alui mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi. Lantaran telah banyak dilaporkan bahawa keputusan untuk menubuhkan sesuatu perniagaan adalah berasaskan pemahaman seseorang terhadap aktiviti keusahawanan. Lantas matapelajaran Asas Keusahawanan dibentuk bagi mencapai matlarnat pendidikan keusahawanan sekolah iaitu untuk membentuk pelajar sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai pencari kerja. Hal ini kerana bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu opsyen yang realistik untuk pelajar yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal (Kent 1990). Malangnya, kebanyakan orang tidak melihat keusahawanan sebagai satu alternatif kerjaya yang wajar diceburi. Oleh itu, adalah penting untuk membentuk sikap yang positif terhadap keusahawanan dalam kalangan pelajar sebagai menjadi pemangkin ekonomi dan pembangunan negara pada masa depan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Seterusnya, terdapat beberapa kajian yang dibuat di negara barat telah membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan adalah berkait dengan keputusan untuk memulakan perniagaan atau tidak. Kajian juga telah menunjukkan pengalarnan, potensi, ciri keusahawanan, sikap, hobi, persepsi keusahawanan kendiri dan idea pemiagaan adalah pengaruh yang kuat terhadap aspirasi keusahawanan. Dalam kajiannya, Scott et at. (1988) telah mengenal pasti faktor yang mempengaruhi aspirasi keusahawanan antaranya ialah minat, pengetahuan dan sikap terhadap keusahawanan dan kerjaya dalam bidang perniagaan kecil. Selain itu, penekanan kepada pendidikan keusahawanan telah bermula di sekolah menengah rendah apabila pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang mempunyai komponen Perdagangan dan Keusahawanan. Komponen ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dengan matlamat untuk mendedahkan para pe1ajar dalam bidang dan maklumat perniagaan supaya pelajar dapat menyedari potensi mereka ke arah menjadi usahawan. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sebagai satu mata pelajaran dalarn Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal pada tahun 1989 dengan matlarnat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

faham teknologi, kenal faharn ekonomi dan mempunyai sifat serta sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Abd. Rahim Bakar dan Mohd Majid Konting (2002), tumpuan pendidikan keusahawanan je1as kelihatan pada komponen teras Perdagangan dan Keusahawanan yang diperuntukkan sebanyak 25% daripada waktu pengajaran KHB. Komponen perdagangan dan keusahawanan ini diperkenalkan dengan objektif untuk membolehkan pelajar;
a. menjalankan kerja buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah dan

menyedari potensi ke arah menjadi usahawan,


b. me1uaskan

pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan

keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika pemiagaan, dan
c. memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasarna dan

mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selarnat, sihat dan bertanggungjawab. Tambahnya lagi, komponen perdagangan dan keusahawanan dalam mata pelajaran KHB membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan pemiagaan, erika dalarn perniagaan dan penge1uaran. Pelajar juga dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang konsumerisme. Tujuannya adalah untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dan tidak berputus asa, meningkatkan inisiatif, daya mereka cipta serta berkeupayaan mengenal pasti pe1uang pemiagaan, menggunakan peluang pemiagaan dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, kejayaan dasar pendidikan keusahawanan yang diperkenalkan di sekolah menengah sangat bergantung kepada pelaksanaan sesuatu rancangan pendidikan. Umpamanya program pendidikan keusahawanan ini akan dianggap berjaya sekiranya pelajar dapat mengubah sikap, iaitu daripada negatif kepada positif terhadap keusahawanan, mempunyai tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi serta mempunyai aspirasi yang positif terhadap keusahawanan. Oleh itu, banyak kajian telah dijalankan untuk meninjau ciri,
4

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

potensi, sikap dan aspirasi pelajar sekolah menengah yang telah mengikuti pendidikan keusahawanan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian, didapati pelajar memang mempunyai minat dalam keusahawanan tetapi masih rendah ilmu pengetahuan tentang cara perniagaan beroperasi. Mereka yang memilih untuk bekerja sendiri memilih untuk mendapatkan lebih latihan dalam keusahawanan. Mohd. Salleh (1992) melaporkan kesan potensi keusahawanan semasa dalam proses pembelajaran akan mempengaruhi aspirasi keusahawanan dan pemilihan untuk bekerja sendiri. Oleh sebab itu, pelajar sekolah menengah yang mempunyai potensi dan ciriciri serta sikap keusahawanan yang tinggi perlu dipupuk untuk mewujudkan kesedaran dan persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif kepada kerjaya kerana Hatten et al. (1995) juga mendapati ciri-ciri dan sikap pelajar berubah setelah terlibat dengan Program Perniagaan Kecil. Pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen keusahawanan untuk para pelajar tidak dapat disangkal lagi. Humam (1988) umpamanya menyarankan bahawa latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapat para pelajar memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran dan perubahan sikap. Justeru, cara terbaik untuk mengajar ilmu keusahawanan kepada pelajar-pelajar ialah melalui penerapannya dalarn bidang pendidikan vokasional (Drucker 1991). Di Malaysia, beberapa usaha sedang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan pelajar ke dunia perniagaan dan keusahawanan. Semua pelajar diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran dalarn komponen perdagangan dan keusahawanan dalarn mata pelajaran Kemahiran Hidup sematamata untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat untuk memulakan perniagaan sendiri. Di samping itu, terdapat pandangan yang berbeza-beza tentang faktor dan perkara yang perlu dititikberatkan dalarn mendefinsikan usahawan (Kuratko and Hodgets 1992), dengan itu agak sukar untuk para pendidik di Malaysia untuk menentukan bidang manakah yang perlu diberi perhatian dalarn melatih usahawan sarna ada dari segi personaliti atau ilmu pengetahuan. Tambahan lagi, negara kita Malaysia amat mengharapkan pelajar masa kini

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

menjadi usahawan pelapis untuk meneruskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah Negara Industri. Selain itu, Meyer (1992) telah menyarankan adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar sekolah untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti, minat untuk memulakan perniagaan akan wujud. Miller (1987) pula mencadangkan dalarn usaha untuk menghasilkan pelajar atau para graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan mereka hendaklah dipilih daripada golongan pelajar yang memang mempunyai ciri-ciri tersebut manakala Salleh (1992) mendapati tingkah laku untuk berniaga adalah berkaitan dengan aspirasi keusahawanan dan bekerja sendiri. Kesimpulannya, pendidikan keusahawanan perlu diterapkan kepada para pelajar tidak kira seawal sekolah rendah seterusnya di peringkat menengah juga dikembangkan di peringkat universiti supaya pelajar mendapat kemahiran untuk mengkomersilkan pengetahuan mereka. Dengan ini sistem pendidikan akan dapat berubah mengikut perubahan teknologi dan kehendak negara. Penggubal polisi pendidikan negara perlu menggabungkan setiap elektif dalarn kumpulan vokasional dan teknologi dengan mata pelajaran keusahawanan supaya dapat menggabung jalin antara kemahiran teknikal dan kemahiran keusahawanan lantas dapat mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan untuk melahirkan insan yang berketerampilan dan harmoni dalam setiap aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2.

KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK JASMANI


Berdasarkan rasional dalam sukatan pelajaran subjek Pengajian Keusahawanan,

kandungan pendidikan keusahawanan yang diajarkan di peringkat sekolah menengah atas adalah tidak menyeluruh dan tidak mencukupi ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Pada masa ini, pendidikan keusahawanan hanya akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima melalui subjek Perdagangan Tingkatan 4 dan 5 yang kebetulan di sarankan dalam jurusan Perdagangan sahaja ( Jabatan Pendidikan Teknikal, 1999). Walau bagaimanapun, jumlah kandungan pendidikan keusahawanan dalam subjek Perdagangan tersebut adalah tidak mencukupi untuk meliputi aspek keusahawanan, pembentukkan ciri-ciri keusahawanan, menjana idea perdagangan, menggembleng sumber perniagaan, menganalisis persekitaran keusahawanan dan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang realistik sebagai asas dalam menceburkan diri dalam kerjaya keusahawan. Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberi pendidikan Perdagangan dan Keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menerapkan prinsip prinsip dan amalan-amalan positif bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Dengan mempelajari mata pelajaran ini, pelajar akan memperolehi persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi ataupun menceburkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya, khasnya yang berkaitan dengan perindustrian dan perniagaan (Sukatan Pelajaran Perdagangan, 1990). Menurut Mohd Fuad Razali (2003 : 87), antara bidang yang menawarkan pekerjaan kepada lepasan SPM ialah jualan, pemasaran, perkeranian, hospitaliti dan perhotelan. Walaubagaimanapun, perlu dingatkan bahawa peluang pekerjaan untuk lepasan sekolah yang tidak mempunyai sebarang kemahiran biasanya terhad kepada kerja-kerja peringkat rendah sahaja.Oleh itu, adalah penting untuk mengikuti kursus kemahiran yang dijalankan. Penerapan ilmu keusahawanan perlu dilakukan sejak peringkat sekolah rendah bagi mencungkil bakat dan mengasah minat mereka untuk menceburi bidang keusahawanan (Utusan Malaysia, 28 Julai 2008). Ini bermaksud pembentukan usahawan perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

keusahawanan supaya timbul minat untuk menceburi bidang keusahawanan. Pelajar telah diajar secara teori mengenai keusahawanan melalui matapelajaran KH di tingkatan satu hingga tiga manakala matapelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di tingkatan empat dan lima. Seterusnya pendidikan keusahawanan boleh diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat IPT dan juga IPTS khasnya. Kejayaan selalunya mengiringi usahawan yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi melalui dapatan kajian telah membuktikan bahawa tahap pendidikan dalam bidang perniagaan mempunyai kaitan yang positif dengan tahap kejayaan seseorang usahawan ( Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias, 1997). Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses ini, membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang. Banyak perkara yang perlu diberi tumpuan dalam penerapan nilai ini dalam keusahawanan.
2.1.

Mengawal halatuju masing-masing

Setiap perniagaan yang diceburi akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan pelajar belajar menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

2.2.

Memaksimumkan potensi diri

Pelajar tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan,
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

2.3.

Berorientasikan perancangan

Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

2.4.

Menggunakan masa secara strategik

Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.

2.5. Inovatif

Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

2.6. Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan

Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah pembuatan dan teknik reka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.

2.7. Kesediaan untuk merebut peluang

Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

10

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada pada diri sendiri. Kesimpulannya, unsur jasmani ialah unsur fizikal individu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting kerana ianya merupakan satu perkara yang berkait rapat. Memberi kelebihan kepada diri agar dapat mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.

3.

KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK EMOSI


Setelah elemen keusahawanan diterapkan dalam diri pelajar, mereka dapat

mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif yang mana boleh mengukuhkan emosi mereka. Kecerdasan emosi merupakan faktor yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu yang mana merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial.Ini kerana dalam bidang keusahawanan memerlukan ketahanan mental dan kekuatan emosi bagi menghadapi daya saing dan persaingan. Menurut Abdul Shukor bin Abdullah (2000) menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan yang dijalankan di sekolah memberikan penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.Pelajar dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Perkembangan emosi dikaitkan dengan perasaan yang berhubungan dengan sesuatu rangsangan yang spesifik sama ada dalaman atau luaran seperti perhatian, pemikiran dan tingkahlaku(Forgas,1992 : Morris 1989,di dalam George 2000). Kadangkala emosi juga
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

11

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

memberi kesan kepada bagaimana ianya mempengaruhi keputusan, kreativiti dan juga sikap kita.Menurut Goleman,1998:378 menyatakan kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan untuk menyedari perasaan diri kita dan orang lain, memotivasikan diri kita dan menguruskan emosi diri kita serta perhubungan dengan baik. Adanya komponen kecerdasan emosi ini, seseorang itu dapat menyedari kelemahan dan kekuatan diri masing masing. Secara tidak langsung individu dapat mengawal emosi dalam satu satu situasi contohnya ketika berada di bawah tekanan kerja, ketika menghadapi halangan atau dugaan dan kecelaruan emosi melalui kemahiran motivasi, komitmen dan memanipulasikan kepercayaan. Dengan menggunakan Kerangka Kompeten Emosi yang dibina oleh Daniel Goleman dalam teorinya, kita boleh lihat bagaimana kurikulum keusahawanan ini dapat mengukuhkan atau mengembangkan potensi emosi dalam diri individu. Kerangka ini menterjemahkan emosi kepada dua aspek utama iaitu kompetem kendiri dan kompetem sosial. Melalui kompetem kendiri, kita dapat mengamalkan kesedaran diri, regulasi kendiri dan motivasi dalam kehidupan seharian. Kesedaran kendiri ini melihat bagaimana kita mengenali diri sendiri, keadaan dalaman diri, kesukaan atau kegemaran diri dan intuisi. Contohnya kesedaran emosi di mana kita dapat mengenali dan memahami emosi seseorang dan kesan-kesannya. Selain itu kita boleh membuat penilaian kendiri yang tepat kerana kita dapat mengenali kekuatan seseorang dan had yang ada padanya. Selain daripada itu boleh meningkatkan keyakinan diri di mana kekuatan dalaman yang dapat meningkatkan nilai atau harga diri dan kebolehan-kebolehan pada diri. Dalam regulasi kendiri menekankan kebolehan mengawal atau mengurus keadaan dalam hati dan gerak hati di mana kita ada kawalan kendiri, amanah, teliti, kebolehsuaian dan inovasi. Kawalan kendiri memerlukan kita mengawal emosi-emosi dan gerakhati yang mengganggu agar sentiasa dapat diawasi atau selalu kita istilahkan keadaan masih boleh dikawal atau under control. Contohnya seorang pelajar telah diberikan tugasan berkumpulan oleh gurunya yang mana perlu disiapkan dalam tempoh seminggu. Tempoh yang diberikan itu telah menyebabkan konflik di dalam kumpulan dan mengakibatkan ahliahli di dalam kumpulan begitu risau untuk menyelesaikannya. Namun dengan adanya kawalan kendiri ini pelajar dapat mengawal emosi risau tersebut dan mengawal situasi dalam kumpulan sehingga mereka dapat menyelesaikan tugasan tersebut.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

12

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Hal ini kerana mereka tidak berputus asa dan sedar bahawa tugasan tersebut adalah amanah. Dengan adanya sifat amanah kita dapat mengekalkan tahap kejujuran dan integriti yang baik di samping bersifat fleksibel dalam menangani perubahan kerana adanya kendiri kebolehsuaian. Contohnya pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terpaksa tinggal menyewa yang kadang kala kediaman mereka tidak dilengkapi dengan kelengkapan yang sempurna umpamanya tiada katil dan meja tulis. Kehidupan ini jauh berbeza dengan kediaman mereka yang sebenar dan mereka terpaksa melaluinya sepanjang tempoh pengajian. Namun mereka ada elemen kebolehsuaian atau fleksibel dalam diri masing-masing. Seterusnya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan ala kadar asalkan amanah mereka sebagai seorang pelajar dapat ditunaikan. Lazimnya individu yang memiliki sifat keusahawanan ini juga bersifat inovasi di mana mereka selesa dengan idea-idea , strategi dan maklumat-maklumat yang baru dan cemerlang. Hal ini jugalah yang dihadapi oleh pelajarpelajar DPLI yang mana kebanyakan mereka telah terlalu lama menamatkan zaman belajar dan apabila kini mereka menyambung pelajaran segalanya berlangsung dengan teknologi maklumat namun mereka tetap boleh menerima keadaan baru ini. Semua ini adalah contoh hasil daripada kurikulum keusahawanan yang diterapkan ketika zaman persekolahan dulu. Tambahan lagi, elemen keusahawanan juga amat membantu dalam meningkatkan motivasi individu di mana ianya memudahkan individu dalam usaha mencapai matlamat masing-masing. Kita juga tahu bahawa motivasi ini adalah penggerak kejayaan dan memerlukan komitmen dan inisiatif individu. Inisiatif yang dimaksudkan adalah bersedia untuk bertindak bagi setiap peluang yang wujud. Adanya motivasi juga membuatkan kita lebih tekun dalam mencapai matlamat biar pun menerima banyak halangan dan cabaran. Misalnya seseorang yang telah mempelajari keusahawanan semasa di bangku sekolah dulu bercita-cita untuk menjadi seorang guru perdagangan. Ingin ditekankan di sini usaha demi usaha telah dilakukan sehinggalah individu tersebut memiliki ijazah sarjana muda dengan harapan boleh menjadi seorang guru dengan mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun sehingga tahap tersebut rezeki masih tidak memihak kepadanya. Dan akhirnya individu tersebut telah menjalankan satu perniagaan menyediakan perkhidmatan bekalan makanan masak di asrama-asrama sekolah berasrama penuh. Biar pun

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

13

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

tidak menjadi seorang guru namun masih lagi berkhidmat di sekolah walau dalam bidang yang berbeza. Selain itu, dalam persaingan sosial pula, elemen keusahawanan ini mampu mengenal pasti bagaimana individu menangani sesuatu perhubungan dengan baik dan rasional. Komponen sosial ini merangkumi aspek empati dan kemahiran sosial itu sendiri. Aspek empati merujuk kepada kesedaran tentang perasaan orang lain,keperluan dan keprihatinan. Di mana individu dapat memahami perasaan dan pandangan orang lain. Contohnya sebagai seorang guru,apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang pencapaian akademiknya, guru tidak seharusnya terus-terusan mempersalahkannya atau menghukumnya. Seharusnya guru menyiasat apakah masalah yang dihadapinya dan cuba memahami situasi pelajar tersebut. Ada masanya pelajar bermasalah ini memerlukan dorongan kerana mereka tidak tahu di manakah kelebihan dan kekurangan mereka disebabkan kebiasaannya mereka sentiasa berasa rendah diri. Selain itu, individu yang memiliki elemen keusahawanan ini juga dapat membangunkan orang lain kerana dapat memahami tentang keperluan pembangunan dan kemahiran individu lain. Tambahan lagi, aspek kemahiran sosial pula merupakan kecekapan dalam merangsang tindak balas positif dari orang lain yang mana ianya melibatkan pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, membina hubungan positif dan kebolehan bekerja dalam kumpulan. Kemahiran sosial dalam memainkan peranan pengaruh ini mampu menguasai keadaan dan orang lain di mana individu berjaya menggunakan taktik kemahiran memujuk yang efektif. Di samping itu, komunikasi yang bebas atau terbuka juga penting dalam meluaskan pengaruh seseorang di mana seseorang itu mampu mendengar dengan terbuka dan menyampaikan maklumat-maklumat yang berpengaruh. Dua elemen ini pengaruh dan komunikasi perlu ada di dalam diri seorang guru terutamanya dalam berhubungan dengan pelajar mahu pun orang lain. Cuba berikan ruang kepada pelajar agar rasa selesa untuk meluahkan masalahnya dan cuba sebaik-mungkin untuk memberikan pendapat yang positif. Selain daripada itu,individu keusahawanan lazimnya berjaya atau mahir dalam pengurusan konflik iaitu kemahiran perundingan dan mampu menyelesaikan masalah. Justeru, adanya unsur-unsur keusahawanan dalam diri individu juga mampu menonjolkan sifat kepimpinan yang terpendam yang mana sebenarnya individu berkenaan
14

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

mempunyai inspirasi dan kebolehan dalam mengetuai individu-individu dalam pelbagai kumpulan sama ada formal atau tidak formal. Disebabkan individu ini mempunyai sifat kepimpinan, ini bermakna mereka juga mempunyai kebolehan untuk bekerja di dalam kumpulan , dapat menghasilkan semangat kumpulan dan mencapai matlamat berkumpulan. Secara tidak langsung dapat membina hubungan positif di kalangan ahli kumpulan. Apabila wujud hubungan positif ini mudahlah bagi mereka untuk memulakan dan menghasilkan sebarang perubahan di dalam kumpulan kerana mereka merupakan pemangkin perubahan. Contohnya seseorang individu yang mempunyai elemen keusahawanan di dalam dirinya telah berada dalam satu kelompok masyarakat yang tidak berlatar belakangkan pendidikan tinggi. Pastinya masyarakat ini tidak berkembang dari segi pemikirannya dengan keadaan semasa dan sukar bagi mereka untuk menerima sebarang perubahan. Maka individu keusahawanan inilah yang memainkan peranan berkomunikasi dengan masyarakat, merancang untuk membuat perubahan dan cuba membimbing mereka ke arah perubahan positif biar pun besar kemungkinan individu ini menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Namun dengan sikap sabar dan amanah yang telah terpupuk secara tak langsung dari elemen keusahawanan itu, individu pasti mampu untuk menjadi pemimpin dan mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat tersebut. Secara ringkas dapat disimpulkan di sini bahawa bidang keusahawanan bukanlah sesuatu yang baru dalam sains sosial. Konsep keusahawanan ini seringkali dikaji dari pelbagai perspektif dan disiplin ilmu meliputi bidang psikologi sehingga ke bidang ekonomi. Keusahawanan bukan sahaja meliputi aktiviti aktiviti pencapaian yang tinggi dalam tahap motivasi tetapi juga melalui interaksi dengan faktor-faktor sosial yang mampu meningkatkan dan menyokong sesuatu organisasi. Kajian yang dilakukan oleh Eisenhandt dan Schoonhoven,1990;Francis dan Sandberg, 2000; dan Lechler, 2001, mendapati dan menyokong bahawa wujud kepentingan yang sangat tinggi dalam bidang keusahawanan dari aspek persahabatan,afeksi dan hubungan baik.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

15

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

4.

KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK ROHANI Nilai merentasi kurikulum merupakan satu prinsip yang penting dalam pengubalan

Kuriulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) .Nilai-nilai yang diberi tumpuan terdiri daripada 16 nilai murni masyarakat Malaysia yang berasaskan berbagai-bagai tradisi, masyarakat, agama, norma-norma masyarakat Malaysia serta nilai-nilai sejagat yang selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Nilai-nilai tersebut ialah: Baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kekebasan, keberanian,kebersihan kerjasama, fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Falsafah Pendidikan Negara, 1990 Dalam KBSM, pengajaran nilai menjadi tumpuan utama dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Namun begitu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara unsur-unsur nilai diterapkan dalam semua mata pelajaran sekolah, kegiatan ko-kurikulum dan budaya sekolah yang positif. Penerapan nilai di sekolah perlu dilaksanakan dengan berkesan kerana: Nilai etika yang mempengaruhi kehidupan harian, terutama di tempat kerja, adalah unsur penting dalam kejayaan seseorang individu atau negara
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

16

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Nilai etika adalah sebahagian daripada kebudayaan sesuatu masyarakat dan nilai perlu disemai dengan bersungguh-sungguh kepada masyarakat melalui saluran formal(seperti sekolah) dan tidak formal. Berita Harian, Julai 1,1991 Menurut Mohamed Noordin Sopiee, 1991 dalam kajiannya, menekankan kepentingan nilai untuk masyarakat Malaysia yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Wawasan 2020 yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, di mana rakyat akan teguh dengan nilai agama dan rohani serta menghayati standard etika yang paling tinggi. Dalam kata lain, Wawasan 2020 yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju tidak akan tercapai jika masyarakat Malaysia masih tidak beretika. Sehubungan dengan kepentingan nilai dalam masyarakat Malaysia dan prinsip utama dalam pengubalan KBSM, sekolah dan guru mempunyai tanggungjawab menerapkan nilai murni di kalangan pelajar. Selain penerapan nilai melalui aktiviti ko-kurikulum dan budaya sekolah yang positif, nilai murni juga patut diterap dalam semua mata pelajaran dan bukan hanya dalam mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan agama sahaja. setiap domain mata pelajaran mempunyai dimensi moral, ..matematik adalah mengenai sesuatu kebenaran..biologi pada hari ini penuh dengan isu-isu moral..sejarah adalah mengenai yang betul dan salah- yang bijak dan yang tidak bijak-tentang tingkahlaku manusia geografi adalah mengenai alam, tanah, makanan dan manusia. Lakonan,novel adalah mengenai treaties dan watak serta interaksi-interaksi. Isu-isu moral adalah sesuatu perkara yang biasa di dalam semua bidang Herming, 1980. Cabaran yang dihadapi oleh seorang guru adalah bagaimana nilai boleh diterapkan sehingga pelajar dapat memahami, menghayati dan mengamali nilai murni masyarakat Malaysia melalui mata pelajaran di sekolah. Ini bermakna bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengetahui dan memahami liputan nilai dalam mata pelajaran yang diajarkan tetapi juga pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar dimensi nilai dalam mata pelajaran tersebut.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

17

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Berdasarkan apa yang ditekankan dalam KBSM, mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan adalah satu mata pelajaran elektif di bawah kumpulan vokasional dan teknikal untuk tingkatan 4 dan 5. Mata pelajaran ini dianggap sebagai mata pelajaran lanjutan dalam pengajaran dan pembelajaran bidang perdagangan dan keusahawanan seperti yang dipelajari dalam mata pelajaran kemahiran hidup untuk tingkatan 1 hingga 3. Sukatan pelajaran perdagangan dan keusahawanan ini berfokus kepada tiga dimensi iaitu dimensi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti dinyatakan dengan jelasnya dalam matlamat perdagangan yang bertujuan memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan (dimensi ilmu pengetahuan) supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasi prinsipprinsip dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersangkutan (dimensi kemahiran) bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara (dimensi nilai) Sukatan Pelajaran Perdagangan , 1990. Walaubagaimanapun, nilai-nilai yang disebutkan di dalam matlamat perdagangan dan keusahawanan mungkin tidak lengkap. Akan tetapi, seseorang tidak akan menafikan bahawa adalah sukar untuk mengenepikan penyerapan nilai ini dalam kehidupan. Amnya perdagangan dan keusahawanan dirangka untuk mengagih barangan dan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat supaya memenuhi kehendak dan keperluan. Sehubungan dengan itu, perdagangan meliputi segala kerja dalam bidang perniagaan dalam negeri dan luar negeri serta segala bantuan perniagaan iaitu bank dan institusi kewangan, insurans, promosi, pengangkutan, komunikasi dan pergudangan. Lanjutan daripada ini, seseorang yang terlibat dalam kerja-kerja perdagangan (sama ada sebagai majikan, usahawan atau pekerja) perlu menimbangkan kesan-kesan daripada tindakannya terhadap orang lain iaitu pengeluar atau pengguna lain. Dalam kata lain, keputusan-keputusan yang perlu diambil oleh seseorang yang terlibat dalam bidang perdagangan dan keusahawanan akan melibatkan pertimbangan keputusan nilai seperti yang digambarkan di dalam beberapa contoh situasi yang berikut: Situasi 1 Encik A merupakan seorang peniaga di sebuah kompleks membeli-belah. Encik A telah menjual beg-beg jenama asal untuk beberapa tahun. Ramai pelancong serta pelanggan tempatan membeli beg daripada Encik A kerana dia dikenali sebagai
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

18

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

seorang peniaga yang tidak pernah menjual barangan tiruan. Namun begitu, perniagaan Encik A menghadapi kerugian dengan kemerosotan ekonomi.Jadi ada kemungkinan perniagaan Encik A menghadapi risiko dimana perniagaannya akan ditutup. Seorang peniaga mencadangkan Encik A menjual barang tiruan untuk memperolehi keuntungan bagi mengatasi permasalahannya itu. Patutkah Encik A berbuat sebegitu? Apakah kesan-kesan terhadap Encik A dan orang lain jika Encik A sanggup menipu pelanggan? Bolehkah tindakan mendapat untung memberi justifikasi kepada cara melakukannya? Situasi 2 Encik B bekerja di syarikat XYZ. Dia diberikan tanggungjawab memesan beberapa buah komputer untuk penggunaan syarikat. Keluarganya memiliki sebuah syarikat komputer. Haruskah dia memesan komputer bagi syarikat XYZ dimana dia akan memperolehi kelebihan walaupun sebut harga bagi komputer yang sama jenis daripada syarikat keluarganya lebih tinggi daripada syarikat-syarikat lain? Adakah itu satu tindakan yang beretika? Situasi 3 Encik C merupakan pengarah syarikat kewangan. Dia memerlukan pinjaman persendirian untuk perniagaannya sendiri. Patutkah dia menggunakan jawatan atau kedudukan di dalam syarikat kewangan itu untuk faedah diri sendiri? Bolehkah tindakan itu dijustifiasikan? Situasi-situasi begini sukar dielakkan oleh seorang individu ataupun korporat yang ingin mencapai matlamat profesional dan juga keuntungan ekonomi dalam dunia perdagangan dan keusahawanan. Seperti di dalam New Straits Times, 28 April 1993, terdapat beberapa individu yang menjadi buta dengan dengan ganjaran yang ada sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara yang baik dan tidak baik.Biasanya alasan dan justifikasi diberikan sehingga nilai etika diketepikan. Maka jenayah-jenayah perdagangan atau kolar putih kadangkala berlaku termasuk penipuan oleh korporat, insider trading, short seling di pasaran saham dan penipuan kad kredit. Penipuan-penipuan ini dilakukan oleh orang-orang profesional sehingga mangsa mereka tidak menyedari bahawa mereka tertipu. Jelasnya di dalam dunia perdagangan dan keusahawanan ini , keputusan seseorang individu melibatkan dimensi nilai. Namun begitu, keputusan mengenai sesuatu nilai berbeza
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

19

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

daripada seseorang individu dengan individu yang lain dan ini bergantung kepada keberatan yang diberikan kepada beberapa faktor atau sebab (Vincent, 1986).Misalnya di dalam situasi (2) Encik B mungkin akan memesan komputer daripada syarikat milik keluarganya jika dia berpendapat bahawa adalah tidak salah dari segi moral jika dia membantu keluarganya untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan. Sebaliknya Encik B mngkin tidak akan memesan komputer daripada syarikat milik keluarganya jika dia berpendapat bahawa tindakannya akan menjejaskan kebaikan syarikat / majikannya. Hal ini perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya supaya seorang individu dapat membuat keputusan yang dianggap bermoral. Secara amnya, satu pertimbangan atau keputusan dianggap bermoral jika keputusan itu konsisten, objektif dan saksama serta boleh diaplikasikan dalam situasi yang hampir sama.Dalam konteks Malaysia, keputusan itu haruslah berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukunegara (Mukherjee dan lain-lain, 1992).

Permasalahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang secara objektif mengenai setiap pilihan serta kesan-kesannya. Tambahan pula, pelajar akan diberi panduan dan bimbingan untuk membuat keputusan atau pertimbangan nilai. Dengan ini soalan yang akan timbul selanjutnya adalah apakah pendekatan yang sesuai untuk membimbing pelajar untuk membuat pertimbangan atau keputusan moral dalam sesuatu situasi perdagangan dan keusahawanan. Di samping itu, nilai dalam satu mata pelajaran boleh diajar melalui pendekatan lansgung dan tidak langsung. Misalnya, memberi contoh yang sesuai yang berkaitan dengan nilai seperti keratan akhbar mengenai seorang peniaga yang jujur dan berdikari dan amalan perniagaan yang beretika, berbincang nilai-nilai yang penting dalam perdagangan dan keusahawanan seperti sifat dan tanggungjawab seorang agen pengangkutan dan peniaga runcit kecil-kecilan, bermain peranan situasi-situasi perdagangan dimana adanya kewujudan nilai-nilai seperti situasi seorang jurujual melayan seorang pelanggan dan dimana seorang agen insurans menjual insuran nyawa kepada seorang pelanggan, mengadakan projek/kajian kes mengenai sesuatu isu/topik perdagangan yang melibatkan pengajian nilai seperti profil seorang usahawan yang berjaya dan tanggungjawab peniaga kepada pengguna dan bermain permainan simulasi situasi perdagangan yang melibatkan penyerapan nilai seperti dalam satu mesyuarat staf untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan urusan di pasaran saham.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

20

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Namun begitu, dalam dunia sebenar proses menyelesaikan nilai-nilai berkonfliks tidak begitu mudah dan jelas, khususnya jika situasi itu melibatkan beberapa pihak yang mempunyai justifikasi yang munasabah tetapi bertentangan. Jadi pelajar perlu memilih nilai yang perlu diutamakan. Dalam keadaan sebegini, pendekatan secara tidak langsung diutamakan (Benninga, 1988). Ini bukan sahaja menggalakkan pelajar menghuraikan nilai diri sendiri dan orang lain tetapi juga membantu mereka mentakrif perspektif moral dan rohani mereka. Selaras kehendak kerajaan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, sekolah telah memainkan peranan penting bagi bersama-sama menjayakan matlamat-matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai aktiviti sukan, sistem pengajaran dan pembelajaran, program-program kemasyarakatan, dan pelbagai lagi telah di atur dengan begitu teliti bagi melancarkan semua urusan dan seterusnya membantu para pelajar mengembangkan potensi individu mereka. Selama saya menimba ilmu pengetahuan, saya telah melalui dan melihat pelbagai aktiviti sekolah bagi bersama-sama memainkan peranan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan misi dan visi sekolah iaitu Meningkatkan dan menambahkan bilangan pelajar yang cerdas dan cemerlang pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi dan cenderung ke arah keusahawanan dan menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia dan berupaya menyediakan prasarana pendidikan yang mantap untuk melahirkan tenaga manusia yang berkualiti dan bijaksana ke arah pembentukan golongan profesional dan usahawan bumiputera pada zaman maklumat. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mencapai matlamat dan aspirasi Wawasan 2020 yang meliputi: a. Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. b. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. c. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. d. Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

21

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

e. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk membangunkan sumber manusia dengan melatih kemahiran pelajar dalam sains dan teknologi. Amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan di dalam mata pelajaran perdagangan mendorong murid mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Murid yang sentiasa diterapkan dengan nilai moral dan etika yang baik ini akan menjadikan nilai-nilai ini sebagai panduan dalam proses pembentukannya sebagai insan. Murid seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai integriti yang tinggi, bersifat patriotik dan tidak mementingkan diri. Antara lima prinsip nilai moral moral dan etika dalam keusahawanan :
a. Prinsip tanggungjawab sosial - Perniagaan tidak boleh menyebabkan kemudaratan

kepada manusia dan alam sekitar. Menjaga kesejahteraan masyarakat dan persekitaran.
b. Prinsip keadilan - Mengamalkan perniagaan yang adil iaitu tidak menindas dan tidak

memilih kasih.
c. Prinsip hak manusia - Amalan menghormati hak manusia lain dan tidak menghalang

hak orang lain.


d. Prinsip Autonomi perniagaan yang tidak boleh menafikan hak memilih individu

dengan menghormati cara hidup orang lain serta menghargai kepelbagaian manusia.
e. Prinsip ketelusan perniagaan yang tidak mengelirukan dengan menyatakan yang

benar. Aspek pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,serta negara secara lebih teratur. Misi dan Visi ini jika dilihat pasti tidak lengkap tanpa objektifnya dan objektif-objektif penubuhan sekolah ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna sahsiah, berdaya saing, saintifik dan global. Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan memberangsangkan untuk pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan sistem pengurusan yang cekap. Selain itu, melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

22

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

dalam teknologi maklumat serta cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Objektif pelengkap kepada semuanya ialah untuk melahirkan pelajar yang cinta akan agama, bangsa dan negara. Di samping itu, kemahiran insaniah merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid terutamanya untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Pengajaran yang berkesan merupakan teras kepada pembentukan modal insan dan kepentingan kemahiran insaniah adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah yang menyeluruh. Kemahiran usahawan pula melibatkan keupayaan diri pelajar untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan yang merangkumi kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri. Persoalannya sekarang ialah setelah FPN dihasilkan, Wawasan 2020 digariskan dan lebih dua dekad KBSR dan KBSM dilaksanakan, setakat manakah penerapan kemahiran insaniah menerusi kemahiran keusahawanan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Kim Seng, 2000 (dalam Nabiroh et al, 2010) menyatakan perkembangan mutakhir menyaksikan terdapatnya kebimbangan berlakunya penghakisan nilai-nilai insaniah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perbuatan salah laku seperti pengguguran haram, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, remaja lari dari rumah telah meningkat dari semasa ke semasa. Sedangkan jika dihayati dengan teliti, keusahawanan mampu membentuk masyarakat insan yang pandai membawa hala tuju, bijak mengambil peluang dan membuat keputusan. Di sinilah kita perlu melihat kepada kepentingan peranan guru sebagai penerap nilai murni dan insaniah untuk merealisasikan matlamat pendidikan yang seterusnya mengatasi atau menghapuskan masalah kedaifan nilai-nilai insaniah yang berlaku dalam masyarakat masa kini. Arus pembangunan yang semakin menggila memudahkan pelajar terjebak dengan nilai negatif. Disinilah melalui pendidikan akhlak iaitu pendidikan dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk kepada nilai berkenaan dan seharusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka lahirlah pelajar yang
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

23

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu. Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa yang sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka itu akan menjadi mudah dan memberansangkan insyaallah inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan. Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya mengamalkan tingkah laku yang baik. Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti yang biasanya dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diakui oleh masyarakat. Ini bermaksud memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidak memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kesejahteraan hidup sesuai dengan fitrah insaniah. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup dengan harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan kata lain, guru yang mengamalkan etika keguruan (tugas hakiki guru) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Selari dengan wawasan 2020, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang saintifik dan progresif, mempunyai daya inovatif dan kreatif yang tinggi, maju dari segi sains dan teknologi (Zulfakar et al. 2020). Untuk menggerakkan usaha bagi mencapai wawasan negara, modal insan yang inovatif dan kreatif serta berpengetahuan tinggi adalah asset penting yang perlu difokuskan. Maka langkah pertama yang perlu dimulakan adalah dengan membangunkan modal insan kelas dunia melalui pendidikan (Razali 2007 dalam Zulfakar et al.2010).
24

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Selain itu, institusi pendidikan diberi peranan sebagai tempat untuk memupuk insan yang boleh menyumbang dan mengamalkan cara hidup yang positif selain berjaya mencapai pendidikan tinggi dan menjadi insan yang cemerlang (Nosila, 2008) . Antara isu dan agenda yang diberi keutamaan dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang ialah penerapan nilai-nilai dan budaya keusahawanan. Kemahiran keusahawanan adalah merupakan kemahiran penting dalam kemahiran-kemahiran insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. (Norasmah et al, 2003). Seterusnya, bidang keusahawanan berupaya melahirkan sumber tenaga manusia yang dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara.Ia merupakan landasan kepada pembangunan insan. Guru sebagai penjana modal insan mempunyai tanggungjawab untuk melakukan inovasi (Subahan 1999, Saipon 2002 dalam Hanum et al 2008), bukan hanya menyampaikan ilmu dan memberi maklumat namun bertanggungjawab membimbing pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam realiti dunia hari ini yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam usaha pembinaan sahsiah pelajar atau kemahiran insaniah melalui kemahiran keusahawanan, peranan guru adalah amat penting dan mencabar. Kemahiran Insaniah (soft skills) adalah merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial, kemampuan berbahasa, normal peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap optimis seseorang (Wikipedia). Kemahiran insaniah berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri, 2007). Keusahawan berkait dengan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang mampu dan cekap untuk mencari, mengenal, merebut peluang dan menterjemahkan kepada strategi strategi dan usaha perniagaan bagi mendapatkan keuntungan (Barjoyai, 2000). Tambahan lagi, kemahiran Keusahawanan adalah sebahagian daripada Kemahiran Insaniah.(Norasmah et al, 2003). Adalah menjadi matlamat untuk melahirkan usahawan yang berpekerti mulia dan cemerlang. Agama Islam sendiri mengangkat bidang perniagaan atau keusahawanan sebagai menguasai sembilan daripada sepuluh sumber memperolehi rezeki dan kesenangan, malah untuk tujuan kebajikan juga. Namun perniagaan atau keusahawanan tersebut mestilah diusahakan secara beretika dan menepati sifat-sifat islam yang tulen. Nabi Muhammad s.a.w sebelum diangkat menjadi rasullulah adalah seorang usahawan yang berjaya dan berakhlak mulia. Kejayaan, kecekapan dan kejujuran baginda menguruskan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

25

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

perniagaan menjadikan baginda terkenal dengan gelaran Al-Amin yang bermakna yang jujur dan beramanah. Sifat dan ketokohan baginda menjadi sebutan dan ikutan sehingga ke hari ini bukan hanya di kalangan orang islam(Rosli Mahmood et al, 2009). Nilai-nilai sebeginilah yang diharapkan mampu diterapkan kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi usahawan pada masa hadapan. Oleh itu, kemahiran keusahawanan dijadikan elemen utama dalam kemahiran insaniah yang ingin diterapkan kepada semua pelajar. Kemahiran Keusahawanan yang ingin diperkenalkan dalam Kemahiran Insaniah (soft skills) adalah mempunyai 4 tahap yang pertamanya ialah kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan. Kedua, kebolehan merangka perancangan perniagaan. Seterusnya ialah kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan dan yang terakhir ialah kebolehan untuk bekerja sendiri. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Drunker (1985) usahawan boleh dibentuk, ini kerana komponen dalam kemahiran keusahawanan itu sendiri secara semulajadi telah tersedia sifat-sifat murni yang menjadi matlamat pembangunan nilai-nilai insaniah pelajar seperti kesungguhan, tidak mudah putus asa, bermotivasi, berinovasi serta bijak membuat keputusan. Kesimpulannya, kebijaksanaan guru menggabungkan kemahiran insaniah dan keusahawanan akan dapat menimbulkan motivasi dan minat pelajar untuk menguasai subjek keusahawanan sama ada secara teori atau praktikal. Hal ini memberi makna yang pelajar bukan hanya mengetahui kepentingan keusahawanan dan nilai-nilai murni untuk kehidupan namun dapat mengintegrasikan kepentingan ilmu tersebut dalam pembangunan ekonomi dan kualiti hidup diri, masyarakat dan negara selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mengembangkan potensi individu khususnya pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu demi melahirkan modal insan yang sempurna dalam semua aspek kehidupan.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

26

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

5.

KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK INTELEKTUAL Seterusnya, cabaran dunia pendidikan hari ini ialah untuk melahirkan pelajar yang

menyeluruh dan seimbang daripada aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi. Cabaran ini menjadi semakin hebat apabila meningkatnya masalah sosial dan akhlak dalam kalangan pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk meneliti semula peranan pendidikan dalam membangunkan modal insan. Kemahiran intelek merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid terutamanya untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Secara ringkas, kemahiran keusahawanan adalah melibatkan keupayaan diri pelajar untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan yang merangkumi kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri. Tambahan lagi, pendidikan keusahawanan merujuk kepada satu proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang segala kegiatan yang dilakukan oleh usahawan melalui pengajaran dan pembelajaran (Nor Aishah Buang, 2006) sama ada secara formal atau tidak formal. Merupakan satu usaha untuk membina potensi keusahawanan individu melalui
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

27

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

pelaksanaan kurikulum keusahawanan dan aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Nor Aishah (2006) menyatakan bahawa kurikulum pendidikan keusahawanan diasaskan kepada empat tunjang iaitu pembentukan sikap atau ciri-ciri penting, pembentukan atau orientasi, kemahiran pengurusan perniagaan dan pembentukan vokasional. Manakala Ashmore (1989) dan Miller (1983) sependapat bahawa pendidikan keusahawanan adalah satu proses pembelajaran seumur hidup yang bermula dari sekolah rendah hingga ke pelbagai peringkat pendidikan. Justeru, tujuan pendidikan keusahawanan adalah untuk mengembangkan potensi pelajar ke arah yang lebih kreatif, berinisiatif dan bijaksana dalam membuat keputusan. Menurut Yap Poh Moi, 2002 dalam kajiannya menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan juga mengajar seseorang itu supaya bersedia mengenal pasti peluang dan merebut peluang yang tercetus dalam persekitarannya, menterjemahkan idea ke dalam bentuk realiti atau satu kegiatan ekonomi, di samping bertahan dan peka dengan perubahan dan ketidakpastian. Antara ciri-ciri keusahawanan yang perlu dibentuk melalui pendidikan keusahawanan adalah keperluan untuk pencapaian, kepimpinan, kreatif, berkeyakinan, mempunyai hubung jalin, berinisiatif, mengambil risiko, berimaginasi dan berkeupayaan menganalisa. Clouse et.al (2003) mencadangkan kurikulum pendidikan keusahawanan perlu memberi penekanan kepada kreativiti, pembelajaran berasaskan masalah dan kemahiran menyelesaikan masalah serta memfokuskan kepada kesedaran peluang-peluang. Kepentingan pendidikan keusahawanan semakin dirasai keperluannya apabila wujudnya masalah pengangguran yang semakin meruncing dalam kalangan belia di Malaysia. Oleh itu, penerapan elemen keusahawanan di dalam kurikulum sekolah bertujuan membentuk murid mengamalkan elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka dan kemuadian diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti apa yang telah dibincangkan tentang keusahawanan yang dilihat dlam aspek jasmani, rohani dan emosi sebelum ini. Ingin diberi penekanan di sini ialah fokus penerapan aspek intelek dalam elemen keusahawanan.
5.1.

Mengamalkan Sikap Keusahawanan Murid-murid yang menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan melalui proses

pengajaran dan pembelajaran akan terdorong untuk mengamalkan sikap-sikap tersebut dalam kehidupan seharian sehingga menjadi budaya. Budaya yang terbentuk ini akan
28

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

dapat menentukan kejayaan dalam sebarang usaha melalui bidang keusahawanan di masa akan datang. Melalui penerapan sikap ini juga, murid-murid akan menjadi lebih peka dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai dan sebagainya. Disamping itu juga, melalui konsep keusahawanan dalam aspek intelek, muridmurid akan diajar untuk bersikap daya kreativiti dan inovasi. Kreativiti dijelaskan sebagai kebolehan mengadakan idea alternatif, manakala inovatif pula adalah kebolehan memperbaiki dan mengaplikasikan idea kreatif tersebut terhadap sebarang masalah yang akan timbul. Murid yang dibekalkan dengan minda yang kreatif akan dapat menyelesaikan masalah logikal di samping boleh dilaksanakan dalam bentuk suatu inovasi. menghasilkan idea yang boleh

5.2.

Mengamalkan Cara Berfikir ke Arah Keusahawanan dalam Situasi yang

Diperlukan Seseorang murid perlu sentiasa berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Ini akan membantu mereka mengenal pasti peluang-peluang dalam persekitaran, agar mereka boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan dalam usaha mereka. Cara berfikir kearah keusahawanan melibatkan beberapa langkah iaitu:
a. menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif, b. memilih idea terbaik daripada banyak idea, c. menambahbaik idea yang dipilih (inovasi), d. melaksanakan idea dalam bentuk produk konkrit, e. menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran, dan f. meneruskan peningkatan kualiti idea.

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

29

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

5.3.

Mengamalkan

Pengetahuan

dan

Kemahiran

Pengurusan

Asas

Perniagaan yang Mudah dalam Aktiviti Kehidupan Seharian yang Relevan. Seseorang murid boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas perniagaan yang mudah sekiranya mereka sentiasa didedahkan perkara tersebut di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada mempunyai sikap dan cara berfikir ke arah keusahawanan, murid boleh mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tersebut dalam situasi kehidupan harian yang relevan. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas perniagaan yang mudah melibatkan proses-proses;
a. merancang sesuatu projek dengan teliti, b. melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan, c. memantau projek, d. menilai perlaksanaan projek, dan e. membuat analisa keberkesanan projek yang telah di jalankan.

Tambahan lagi, terdapat pedagogi penerapan elemen pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas perniagaan yang mudah melibatkan praktis amalanamalan seperti menguruskan wang sama ada dalam perbelanjaaan harian atau penabungan, mengurus transaksi jual beli mudah harian dan amalan kepenggunaan yang baik.
5.4.

Menghasilkan

Produk

Berasaskan

Pengetahuan

dan

Kemahiran

Teknologi dan Vokasional. Seseorang murid yang telah mempelajari sesuatu teknik dalam

pembelajarannya boleh mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing berasaskan pengetahuan teknologi dan vokasional mengikut kreativitinya. Asas pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional boleh diguanakan dalam:
a. menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta teknologi dan vokasional, b. menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan teknologi yang berlainan,

dan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

30

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

c. menghasilkan produk menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/

sumber kitar semula Pedagogi penerapan elemen ini melibatkan murid mempraktikkan langkahlangkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan teknologi dan kemahiran vokasional yang di ajar oleh guru untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan. Kesimpulannya di sini, ilmu keusahawanan ini perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar dalam usaha mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dalam aspek intelektual agar mereka dapat menjadi individu yang mempunyai imu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

6.

KESIMPULAN Kesimpulanya, setiap aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sangat memainkan penting dalam melahirkan warganegara yang cukup pakejnya iaitu berpengetahuan, melaksanakan pengetahuan dan menyampaikannya kepada orang lain untuk keberuntungan bersama. Selain itu, individu juga haruslah memiliki nilai kerohanian yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Juga mampu mengawal emosi agar sentiasa tenang dalam membuat sesuatu keputusan serta menjadi contoh kepada orang lain. Seterusnya, warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan ini mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

31

KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB

32

Anda mungkin juga menyukai