Anda di halaman 1dari 15

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (KEUSAHAWANAN) KURIKULUM

STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

1.0 PENGENALAN

Pada awal tahun 1990-an, Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan pelajaran


keusahawanan dalam Kurikulum Baru Skolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Sekolah Rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu yang diajar di sekolah menengah
rendah mengandungi topik-topik keusahawanan. Manakala, di peringkat sekolah
menengah atas pula diwujudkan dalam mata pelajaran elektif seperti Perdagangan dan
Asas Keusahawanan. Walaubagaimanapun, penerapan nilai keusahawanan dalam
kandungan kurikulum ini lebih memfokuskan kepada ilmu pengetahuan kepada
murid-murid berkaitan tentang proses-proses untuk menguruskan perniagaan secara
langsung. Manakala, daripada aspek-aspek pembangunan murid untuk menjadi insan
yang memiliki karekter keusahawanan hanya diberikan penekanan secara tidak
langsung. Maka, daripada kaedah pembelajaran dan penerapan ilmu keusahawanan
dalam diri murid tersebut masih tidak dapat menghasilkan murid yang
membudayakan ciri-ciri keusahawanan dalam kehidupan seharian mereka. Ini
bermakna, murid hanya belajar secara fakta atau teori di dalam kelas tanpa
mengaplikasikan teori tersebut secara praktikal dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, pendidikan keusahawanan juga adalah merupakan salah satu kaedah
yang mampu melahirkan jumlah usahawan yang lebih ramai. Hal ini kerana, melalui
pendidikan keusahawanan ini, pengetahuan serta kemahiran berkaitan dengan
keusahawanan akan wujud dalam kalangan golongan muda, terutamanya dalam
kalangan murid sekolah (Mageswaran & Norasmah, 2022). Selain itu juga,
pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah dapat membantu murid memperluas
kecenderungan serta minat dalam bidang keusahawanan (Mageswaran & Norasmah,
2022). Oleh itu, pentingnya pembudayaan keusahawanan ini dalam golongan murid
adalah kerana pendidikan keusahawanan terbukti mampu membantu membangunkan
ekonomi sesebuah negara (Mageswaran & Norasmah, 2022). Justeru, antara salah
satu agenda negara adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan agar negara
mampu bersaing dengan pembangunan pesat di peringkat global (Mageswaran &
Norasmah, 2022).

Oleh itu, pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum


bermula dari Tahun Satu adalah amat penting bagi mewujudkan kurikulum yang
sesuai dengan keperluan semasa serta menghadapi cabaran masa depan. Hal ini
kerana, secara tidak langsung dapat melahirkan seorang murid yang mempunyai asas
yang kukuh dalam aspek kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreativiti,
berpengetahuan, pemikiran inovatif, bersemangat positif, dan mempunyai nilai moral
dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. Jadi, dengan wujudnya kurikulum
yang bersesuaian ini secara tidak langsung dapat melahirkan murid yang berwawasan
tinggi.

Selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Dasar


Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, menekankan bahawa galakkan tentang
pendidikan keusahawanan perlu diberikan kepada semua lapisan masyarakat di
Malaysia (Mageswaran & Norasmah, 2022). Galakkan ini adalah bertujuan untuk
menarik minat lebih ramai golongan belia untuk melibatkan diri dalam bidang
keusahawanan ini. Dengan ini, akhirnya akan membawa kepada pencapaian matlamat
DKN iaitu membentuk masyarakat berpemikiran dan berbudaya keusahawanan serta
meningkatkan bilangan keusahawanan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015:
Mageswaran & Norasmah, 2022).

Sejajar itu, KPM telah berusaha untuk menerapkan elemen keusahawanan


secara merentas kurikulum diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) bermula Tahun Satu pada tahun 2011 agar golongan muda berminat untuk
menceburi dalam bidang keusahawanan. Ia dilaksanakan untuk membawa satu
perubahan dalam sistem pendidikan negara dan mempunyai nilai tambah dalam setiap
mata pelajaran. Selain itu juga, dengan wujudnya Elemen Merentas Kurikulum
(Keusahawanan) KSSR dapat melahirkan murid sebagai modal insan yang
menjadikan perniagaan sebagai salah satu pilihan kerjaya, disamping dapat
mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Matlamat ini jelas memberi gambaran bahawa penerapan ciri
keusahawanan dalam kalangan murid berlaku melalui pendidikan formal
(Mageswaran & Norasmah, 2022).
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Keusahawan merupakan satu proses dinamik yang berupaya mencipta kekayaan dan
kekayaan dicipta oleh seseorang individu yang menanggung risiko dalam bentuk
modal, masa dan komitmen kerjaya. Selain itu, keusahawanan juga adalah
proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil kira usaha, risiko kewangan,
masa, psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari segi kepuasan peribadi,
kewangan dan kebebasan Hisrich dan Peters (2008).

Seterusnya, menurut Kuratko dan Hadgetts (2007) pula menyatakan bahawa


keusahawanan merupakan suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi
iaitu organisasi, alam sekitar, individu dan proses. Seterusnya, mereka juga
menegaskan bahawa sikap boleh melihat peluang, berani mengambil risiko dan
mempunyai kelangsungan untuk merealisasikan idea bergabung dalam satu perspektif
yang tersendiri membentuk individu yang mempunyai pemikiran keusahawanan.

Matlamat penerapan pendidikan keusahawanan dalam KSSR adalah bertujuan


untuk membudayakan lima elemen keusahawanan dalam diri murid melalui aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sehingga menjadi amalan dalam
kehidupan seharian mereka. Manakala, objektif bagi penerapan elemen keushawanan
pula ialah untuk membolehkan murid yang mengikuti aktiviti PdP yang dimasukkan
dengan elemen keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan mengamalkan
tingkah laku yang terarah ke arah keusahawanan.

Seterusnya, terdapat lima elemen keusahawanan yang diterapkan iaitu EK1-


Mengamalkan sikap keusahawanan, EK2- Mengamalkan cara berfikir ke arah
keusahawanan dalam situasi yang diperlukan, EK3- Mengamalkan cara-cara
pengurusan asas jual beli yang mudah, EK4- Menghasilkan produk berasaskan
pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional, dan akhir sekali EK5-
Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan. Kelima-
lima elemen ini berfokuskan kepada aspek kemahiran, pengetahuan dan nilai yang
akan dibekalkan dalam diri murid.
Pertama, mengamalkan sikap keusahawanan iaitu melalui aktiviti-aktiviti PdP
yang menerapkan sikap-sikap keusahawanan dapat membantu murid untuk lebih
cenderung mengamalkan sikap-sikap tersebut dalam aktiviti kehidupan seharian
mereka sehingga menjadikan ia sebagai satu budaya yang harus diamalkan. Budaya
yang terbentuk ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mempunyai sebuah
tingkah laku yang dapat menentukan corak kejayaan dalam sebarang usaha mereka ke
arah keusahawanan pada masa hadapan. Sikap tersebut ialah, bertanggungjawab
terhadap keputusan. Sikap ini haruslah diamalkan oleh seseorang murid bagi
membolehkan murid tersebut bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang di
ambil oleh murid dan murid bebas untuk menentukan sumber-sumber berkaitan
dengan pembelajaran dan menggunakannya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Sikap seterusnya ialah peka kepada peluang iaitu murid perlu peka
terhadap keupayaan sendiri dan pandai untuk merebut peluang yang terdapat
disekeliling murid. Terdapat pelbagai jenis peluang perniagaan yang wujud daripada
akibat masalah yang timbul daripada orang lain, perubahan citarasa pengguna,
perubahan sikap dan lain-lain kemungkinan yang berlaku. Seterusnya, murid berani
mengambil risiko yang dianggarkan dan memastikan bahawa risiko adalah
munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang akan diterima. Selain itu,
murid yang berdaya kreativiti dan inovasi dapat menyelesaikan masalah yang logikal
di samping boleh menjana idea yang baharu.

Seterusnya, murid yang mempunyai sikap fleksibiliti ialah seorang murid yang
mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran.
Seterusnya pula ialah murid yang mempunyai sikap keinginan kepada maklum balas
segera iaitu murid yang mempunyai keinginan yang kuat untuk menggunakan
pengetahuan mereka bagi membaiki prestasi mereka. Kemudian, murid yang bersikap
berorientasikan masa depan iaitu murid yang diberikan pendedahan kepada corak
perniagaan masa hadapan dan berkeinginan untuk melibatkan diri dalam bidang
perniagaan tersebut yang bersesuaian dengan pengetahuan murid tersebut. Seterusnya,
sikap yang harus diamalkan oleh murid ialah kesanggupan belajar daripada kesilapan.
Ini adalah amat penting bagi seorang murid untuk mempunyai sikap ini dalam diri
mereka. Hal ini berkait rapat dengan sikap tidak mudah berputus asa dalam
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kelak. Murid yang sanggup menerima
kegagalan sebagai satu cabaran untuk diri mereka mencapai kejayaan.

Seterusnya, seorang murid yang mempunyai sikap berkeupayaan memimpin


iaitu membudayakan sikap ini murid dapat menggunakan pengetahuan yang sedia ada
dan menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin. Seterusnya pula, murid yang
bersikap berorientasikan pencapaian iaitu murid yang mempunyai objektif dan
matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu bidang keusahawanan tersebut.
Seterusnya, sikap berdaya tahan iaitu murid berani untuk maju kehadapan tanpa
mengira halangan yang ada demi menjayakan sesuatu projek yang diberikan. Selain
itu, sikap yang seterusnya ialah bertoleransi terhadap ketidaktentuan yang tinggi. Ini
bermaksud murid tetap melaksanakan tugasan yang diberikan walaupun menghadapi
pelbagai halangan.
Seterusnya, sikap yang harus ada ialah daya ketabahan yang tinggi. Murid perlulah
mempunyai semangat yang tinggi untuk menyelesaikan pelbagai aktiviti yang perlu
dilaksanakan dan mengharungi cabaran tersebut dengan tabah. Akhir sekali ialah,
murid mempunyai sikap kebolehan membina jaringan sosial untuk membina
hubungan kerjasama untuk mendapatkan sumber serta maklumat.

Kedua, mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang


diperlukan. Murid yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis dapat
membantu mereka untuk mengenal pasti situasi persekitarannya dan menggunakan
peluang tersebut ke arah keusahawanan.

Ketiga, mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli yang mudah. Murid
yang didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti pengurusan asas jual beli dapat
mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kehidupan seharian secara relevan. Murid
yang dapat mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli dengan mudah hal ini
kerana dalam kehidupan seharian, akan melibatkan urusan jual beli contohnya di
kantin, di koperasi sekolah malah di luar dari sekolah seperti kedai runcit, pasaraya
dan lain-lain tempat yang melibatkan urusan jual beli. Oleh itu, ilmu dan kemahiran
keusahawanan tersebut melibatkan amalan-amalan seperti pengurusan wang harian.
Keempat, menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran
teknologi dan vokasional. Murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
teknologi dan vokasional dapat mereka cipta dan menghasilkan produk mengikut
kreativiti mereka dan boleh dipasarkan.

Kelima, mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks
keusahawanan. Murid yang mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam
konteks keusahawanan akan memiliki tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap
persekitarannya. Selain itu, amalan ini juga dapat membentuk integriti murid.
Terdapat lima prinsip amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks
keusahawanan iaitu prinsip tanggungjawab sosial, prinsip keadilan, prinsip hak
manusia, prinsip autonomi dan prinsip ketelusan. Kelima-lima prinsip ini haruslah
diterapkan dalam diri murid melalui aktiviti-aktiviti PdP di dalam bilik darjah seperti
simulasi dan main peranan.

3.0 KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

Bentuk Kurikulum yang diperkenalkan dalam KSSR merupakan satu bentuk


pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Elemen merentas kurikulum merupakan satu dokumen panduan pengajaran
keusahawanan yang mempunyai unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen keusahawanan ini diterapkan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa
pada masa hadapan. Ianya merangkumi pendidikan keusahawanan secara formal,
informal dan non formal.

3.1 Pendidikan Secara Formal (sekolah)

Dalam sistem pendidikan di Malaysia pendidikan formal terdiri daripada lima


peringkat iaitu pra sekolah,sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan
lanjutan. Bagi pendidikan peringkat sekolah rendah ia berteraskan KSSR. Prinsip-
prinsip utama KSSR menekankan kepada pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. Ia merupakan satu kurikulum yang wajib dilaksanakan
dengan mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,
pendidikan formal merupakan satu persedian daripada satu peringkat ke peringkat
yang seterusnya. Pendidikan formal merupakan satu sistem hieraki di mana setiap
tahap harus dilepasi dengan kriteria yang ditetapkan setiap tahap.

Guru boleh memilih untuk menggunakan pendekatan penyebatian sekiranya


aktiviti pengajaran yang dipilih secara jelas mempunyai elemen-elemen
keusahawanan. Penerapan elemen ini boleh mula diterapkan dari set induksi sehingga
ke bahagian penutup.

Rajah 3.1.1 Aplikasi Perndekatan Penyebatian


Rajah 3.1.2 Contoh RPH Pendekatan Penyebatian

Contoh Modul Bahasa Malaysia ini menerapkan elemen keusahawanan dengan


Pendekatan Penyebatian. Aktiviti P&P secara terus melibatkan main peranan murid
menjadi penjual dan pembeli makanan di kantin sekolah.

Bagi pendekatan pengintegrasian pula boleh digunakan dalam mana-mana


topik apabila aktiviti yang dirancang tidak jelas ke arah membincangkan hal berkaitan
elemen keusahawanan. Guru menerapkan elemen-elemen keusahawanan dengan cara
meminta pandangan murid-murid ketika sesi pengjaran dan pembelajaran.
Rajah 3.1.3 Aplikasi Pendekatan Pengintegrasian

Rajah 3.1.4 Contoh RPH Pendekatan Pengintegrasian


Contoh bagi Modul Matematik penerapan elemen keusahawanan diterapkan
menggunakan pendekatan pengintegrasian. Guru perlu menggalakkan murid
membiasakan untuk memerhati persekitaran mereka (EK2 - 2.1) dan sentiasa
berfikiran kreatif (EK1 - 1.4) dalam usaha untuk melaksanakan aktiviti ini. Guru
boleh membantu dengan menunjukkan objek-objek yang terdapat di persekitaran
sekolah atau tempat kediaman murid. Contohnya susunan batu bata di lokasi
pembinaan bangunan/ rumah; susunan salur paip air pelbagai saiz yang disusun di
dalam lori pengangkut; susunan buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan
sekolah dan murid juga diminta untuk membuat penilaian yang mana yang banyak,
sama ada 5 buku roti berbanding 5 biji kuih.

Bagi pendekatan pengaplikasian pula boleh digunakan dalam usaha


menerapkan elemen keusahawanan ke dalam diri murid. Proses pdpc dilakukan sperti
apa yang dirancang oleh guru. Akan tetapi apabila objektif pengajaran tercapai, guru
mengaplikasikan hasil pembelajaran tersebut dengan mana-mana elemen
keusahawanan yang berkaitan. Pendekatan ini boleh digunakan secara
menghubungkait perkara yang dipelajari dengan situasi keusahawanan yang sebenar.

Rajah 3.1.5 Aplikasi Pendekatan Pengaplikasian


Rajah 3.1.6 Contoh RPH Pendekatan Pengaplikasian

Contoh Model bagi Dunia Sains dan Teknologi, guru boleh menerapkan elemen
keusahawanan dengan menggunakan pendekatan pengaplikasian. Setelah murid
selesai melaksanakan aktiviti pembelajaran, guru boleh mengeluarkan soalan untuk
mendapatkan idea (EK2 - 2.1 Memerhati persekitaran) daripada murid tentang
tumbuh-tumbuhan berbunga; bunga segar, selain daripada boleh dijadikan hiasan, ia
juga boleh dikeringkan untuk dijadikan kelopak potpourri. Kelopak-kelopak kering ini
yang direndam dalam minyak wangi boleh dijual sama ada dalam bungkusan yang
cantik ataupun kelopak kering terlerai. Murid diberikan peluang untuk mengeluarkan
idea yang kreatif dalam mengguna semula bunga segar kerana bunga ini juga boleh
dikeringkan menggunakan teknologi yang sesuai untuk digunakan sebagai penghias
kad-kad hari lahir, hari bapa/ hari ibu murid tersebut. (EK4 - 4.1 Menghasilkan
produk berasaskan pengetahuan serta teknologi dan vokasional, 4.2
Menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan teknologi yang
berlainan)

3.2 Pendidikan Secara Tidak Formal (Informal)


Pendidikan tidak formal ialah pendidikan awal yang kanak-kanak terima melalui
institusi kekeluargaan. Ia berperanan mengajar kanak-kanak tentang nilai-nilai moral
dan untuk mengurus kehidupan harian mereka melalui penglihatan, pendengaran dan
pengamatan. Ia juga merupakan hasil daripada interaksi antara manusia dengan
persekitaran. Ia bergantung kepada tahap kematangan individu bagi mentafsir
persekitaran mereka. Interaksi yang aktif dengan persekitaran boleh meningkatkan
input kepada pemikiran dan meningkatkan pengetahuan.

Dalam konteks pembelajaran pula, pembelajaran tidak formal merupakan


pengambilan tempat di luar kurikulum. Pembeljaran tidak formal boleh berlaku di
dalam pendidikan formal dan tidak formal. Ia boleh melibatkan pembangunan atau
pengukuhan kemahiran, pengetahuan, pemhaman, kesedaran, nilai, idea dan perasaan
atau peningkatan kapasiti untuk berfikir.

3.3 Pendidikan Secara Bukan Formal (Non-formal)

Pembelajaran bukan formal merujuk kepada semua program-program pendidikan


yang dianjurkan di luar sistem persekolahan, dan kebiasaannya dilakukan dalam
jangka masa yang pendek dan secara sukarela. Contoh-contoh program seperti Fiesta
Keusahawanan Koperasi, Program Keusahawanan Luar Bandar dan banyak lagi
program-program lain.

4.0 ISU DAN CABARAN

Elemen keusahawanan dalam merentas kurikulum merupakan satu pendekatan


membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap
keusahawanan serta amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan
elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Terdapat beberapa isu dan
cabaran dalam melaksanakan Elemen Merentas Kurikulum.

Isu dan cabaran yang pertama ialah kurang kesediaan bagi guru-guru di
sekolah untuk mengaplikasikan elemen-elemen ini dalam pembelajaran. Kebanyakan
guru tiada kepakaran dalam bidang keusahawanan bagi membantu murid untuk lebih
memahami tentang elemen keusahawanan dalam pendidikan. Guru juga kurang
berkemahiran bagi mengaplikasikan elemen keusahawanan dalam proses pdp. Kurang
komitmen guru bagi melaksanakan dasar keusahawanan dalam pdp. Guru juga tiada
kepakaran dalam bidang keusahawanan bagi membantu murid untuk lebih memahami
tentang elemen keusahawanan seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pengetahuan pedagogi dalam isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran di dalam dilik darjah merupakan satu kemahiran yang mesti dikuasai
oleh guru kerana dengan menguasai pengetahuan ini guru berkebolehan untuk
menyesuaikan isi kandungan subjek pembelajaran dengan keperluan murid.

Isu dan cabaran yang kedua ialah kurangnya minat murid dalam bidang
keusahawanan. Minat murid merupakan alat pengukur untuk menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jika murid kurang berminat dalam
bidang keusahawanan, objektif yang cuba disampaikan tidak akan berjaya.
Kebanyakan murid yang ibu bapa mereka bukan dari pendapatan yang lumayan,
secara tidak langsung keadaan ini mempengaruhi minat murid dalam pembelajaran ,
minat murid dalam kerjaya atau kerja sampigannya. Kebanyakkan murid yang
berminat dalam bidang keusahawanan ini bergantung kepada latar belakang keluarga
mereka. Bagi murid yang tidak berkemampuan, mereka merasakan bidang
keusahawanan ini bukan untuk mereka. Keadaan keluarga semasa kanak-kanak juga
mempengaruhi pemikiran murid dalam pemilihan kerjaya pada masa dewasa.

Isu dan cabaran yang ketiga ialah kurang penerapan nilai keusahawanan.
Murid merasakan bidang keusahawanan ini hanya untuk orang-orang tertentu sahaja.
Mereka mempunyai sifat takut untuk menceburi bidang keusahawanan kerana risiko
yang terdapat dalam bidang ini. Mereka merasakan bidang keusahawanan ini terlalu
mencabar bagi mereka dan merasakan jika terjadi perkara yang tidak diingini mereka
tiada kewangan yang stabil.

5.0 CADANGAN
Terdapat tiga cadangan yang boleh dikemukan untuk mengatasi isu dan cabaran
dalam menerapkan EMK Keusahawanan dalam kalangan murid di sekolah rendah
mahupun di sekolah menengah. Usaha pihak KPM untuk menerapkan elemen
keusahawanan dalam kalangan murid sekolah agar dapat melahirkan insan yang
bersikap kreatif, kritis dan berdaya saing di sekolah mahupun di luar sekolah. Namun
begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran dalam melaksanakan elemen ini diperingkat
sekolah seperti yang telah dinyatakan. Isu dan cabaran yang dihadapi tersebut boleh
diatasi dengan beberapa cadangan berikut iaitu yang pertama guru hendaklah
mengaplikasi gaya pengajaran yang aktif. Sikap guru dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Perniagaan dan Keusahawanan sebagai contoh.
Sikap adalah sesuatu yang subjektif kerana ianya adalah sesuatu yang tidak boleh
dilihat dengan pancaindera dan tidak boleh dirasa. Sikap guru yang prihatin semasa
proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat melahirkan lebih ramai ahli
perniagaan dan usahawan. Ini kerana guru yang prihatin mampu menarik perhatian
murid serta menjadi idola kepada murid. Malah sikap sebegini mampu mempengaruhi
murid daripada aspek hasil pembelajaran. Menurut Rafidah Binti Yatim & Mohd
Safiee bin Idris (t.th.) jenaka atau kecindan ialah sesuatu yang berunsur kelakar, lucu
dan lawak. Guru yang bersikap humor akan membawa suasana riang gembira di
dalam bilik darjah kerana guru mudah didekati oleh para muridnya. Hubungan antara
guru dengan murid akan terjalin erat dalam suasana kondusif dan seterusnya
penyampaian pelajaran lebih menarik minat dan berkesan.

Kedua pula, menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti keusahawanan.


Guru memainkan peranan yang penting bagi memupuk minat murid. Guru boleh
melibatkan murid dalam aktiviti keusahawanan di sekolah. Contohnya, melibatkan
murid dalam program usahawan pada hari sukan sekolah. Acara sukan sekolah
diadakan setiap tahun. Guru boleh melibatkan murid dengan memberi mereka lot
untuk berniaga makan dan minuman pada hari sukan. Menerusi aktiviti ini murid
diberi peluang untuk merasai pengalaman berniaga dan berhadapan dengan
masyarakat umum serta tahu cara berniaga yang sebenarnya. Tempoh perniagaan
selama tiga hari ketika hari sukan sekolah mungkin dianggap singkat, tetapi murid
berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dengan penglibatan ini
guru dapat memupuk minat murid itu dalam bidang keusahawanan. Walaupun
tugasan atau peranan yang diberikan oleh guru kecil tetapi semakin lama murid itu
senderi akan berasa semakin berminat dengan bidang keusahawanan.

Ketiga, iaitu penglibatan agensi kerajaan, non-governmental organisation


(NGO) atau individu. Penglibatan agensi-agensi tertentu juga merupakan salah satu
kaedah untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah berkaitan dengan
keushawanan ini. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu memperbanyak program-
program yang melibatkan agensi-agensi luar ke sekolah bagi menjalankan aktiviti
keusahawanan seperti Program Perintis Usahawan (PPU) dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Promosi
Jualan Program, Perintis Usahawan, Fiesta Jualan, Kem Perintis Usahawan dan
aktiviti jualan di sekolah yang bertujuan untuk membentuk dan memupuk nilai-nilai
keusahawanan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

RUJUKAN

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Bahagian Pembangunan Usahawanan.

Haerullah, H., & Elihami, E. 2020. Dimensi perkembangan pendidikan formal dan
non formal. Jurnal Edukasi Nonfornal 1(1): 199-207.
https://ummaspul.e-journal.id/JENFOL/article/view/504

Kalaivany Mageswaran & Norasmah Othman. (2022). Minat guru perniagaan


dan ciri keusahawanan murid jurusan perniagaan. Malaysia Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH) 7(5): 2-17.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1606

Anda mungkin juga menyukai