Anda di halaman 1dari 6

GGGB5683: ASAS KAUNSELING DAN PENGURUSAN BAKAT

NAMA PENSYARAH

DR NASRUDIN SUBHI

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:


REFLEKSI INDIVIDU MENGIKUTI SESI KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH:

Nama Pelajar Nombor Matrik

AIN FARHANI BINTI MOHAMAD P130438


NOR

REFLEKSI INDIVIDU MENGIKUTI SESI KAUNSELING


Saya telah membuat temujanji untuk mengadakan sesi bagi merasai sendiri pengalaman
sebagai seorang klien. Prosedur pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengisi borang
temujanji yang disediakan dan perlu merujuk kepada jadual waktu yang telah disediakan oleh
kaunselor berdaftar. Maklumat yang perlu diisi adalah nama klien, no kad pengenalan, tarikh
dan masa perjumpaan dan masalah yang dihadapi samaada psikososial, disiplin, kerjaya,
akademik, dadah/rokok, hiv/aids dan keluarga. Saya memilih untuk menjalani sesi kaunseling
kerjaya pada 7 Disember 2023,12 Disember 2023 dan 13 Disember 2023. Kami
emnagadakan sesi kaunseling secara tele-kaunseling atas sebab kekangan tempat dan masa.
Pada mulanya saya berasa ragu-ragu untuk berjumpa dengan kaunselor tersebut kerana ini
adalah kali pertama saya hadiri sesi kaunseling Selain itu, saya merasa tidak selesa untuk
bercerita dengan orang yang tidak dikenali. Akantetapi disebakan tugasan yng telah diberikan
maka saya dengan sukarela untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang klien..Semasa
proses kaunseling yang pertama,saya dapat lihat bahawa kaunselor saya ini membina
hubungan yang baik dengan saya sehinggakan saya rasa kami sudah lama mengenali antara
satu sama lain.
Pada sesi pertama sesi kaunseling, kauselor bertanya serba sedikit mengenai latar belakang
saya seperti berasal dari negeri mana, berapa adik beradik, kerja sebagai apa dan status
perkahwinan saya. Memandangkan kami mengadakan sesi kaunseling secara
telekomunikasi,maka kami tidak dapat melihat wajah masing-masing. Walaubagaimanapun,
saya sudah berasa selesa dengan kaunselor tersebut kerana keramahannya. Kemudian, sesi
kaunseling ini diteruskan dengan perbincangan isu iaitu mengenai hala tuju kerjaya. Saya
bercerita kepada kaunselor mengenai kisah perjalanan kerjaya saya bermula dari awal
sehingga kini. Saya meluahkan rasa kebimbangan saya terhadap perjalanan kerjaya yang
dipilih dan adakah pilihan tersebut benar atau tidak. Saya juga menytakan kerungsingan saya
terhadap masa hadapan saya. Kemudian, kaunselor meminta saya untuk melakarkan graf
kehidupan saya bermula dari sekarang sehingga berumur 50 tahun. Setelah masalah berjaya
diteroka, kaunselor cuba memberi penerangan tentang cara-cara untuk mengatasi
permasalahan tersebut dan penerangan yang diberikan amat jelas dan mudah untuk saya ikuti.
Dalam penerangannya kaunselor dengan jelas menerangkan masalah yang saya hadapi atau
punca kepada permasalahan yang saya hadapi serta mencadangkan beberapa alternatif dalam
mengatasi permasalahan tersebut. Tetapi dengan kekangan masa yang terhad kaunselor tidak
menerangkan satu persatu tantang alternatif-alternatif tersebut
Kaunselor meminta untuk menulis setiap perkara yang ingin saya capai dari sudut
kerjaya,kewangan,Rohani,kekeluargaan dan fizikal. Setelah melakukan graf lakaran hidup
tersebut, baru lah saya Nampak apa yang ingin saya capai pada setiap peringkat umur. Setiap
peringkat umur mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza-beza. Sebagai contoh Ketika
berumur 30 tahun, saya inginkan kerjaya tetap manakala pada umur 40 tahun saya sudah
tidak ingin bekerja dan membuka bisnes. Oleh itu, melalui lakaran hidup yang telah saya
tuliskan, saya dapatkan setkan matlamat dan Menyusun strategi bagaimana untuk mecapai
angan-angan tersebut. Saya merasa lebih yakin terhadap pemilihan kerjaya saya dan lebih
bersemangat untuk teruskan kehiduapan kerana sudah Nampak matlamat hidup. Dalam sesi
ini juga kaunselor menggunakan cara menulis di kertas sebagai cara untuk membuka minda
saya. Melalui cara ini, iaitu menulis situasi dan kesan serta beberapa aspek lagi, saya dapat
melihat situasi yang saya alami pada masa itu. Ia memberi saya gembaran yang jelas dan
membuatkan saya menjadi faham akan situasi sebenar saya.
Pada pertemuan sesi yang kedua, kaunselor menceritakan mengenai konsep “selflove” atau
sayangi diri. Kaunselor membahagikan kepada beberapa bahagian sayangi diri iaitu dari
sudut sayangi diri dari sudut Kesihatan, sayangi diri dari sudut kecantikan,sayangi diri dari
sudut kewangan dan sayangi diri dari sudut kerohanian. Kauselor meminta saya untuk
menyenaraikan apa perkara yang saya telah lakukan untuk menunjukkan bahawa saya
menyayangi diri saya. Kaunselor juga meminta saya untuk menulis semua perkara sayangi
diri yang telah saya lakukan dan ingatkan saya untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang
telah diberikan. Dari sudut Kesihatan, kaunselor menerangkan mengenai perlunya kepada
menjaga Kesihatan iaitu mengambil pemakanan seimbang dan mengadakan senaman pada
setiap hujung minggu. Dari sudut kecantikan pula, kaunselor meminta unutk kita jaga
penampilan diri, bau diri dan juga berpakaian kemas,selesa dan menutup aurat. Tambahan
pula, dari sudut kewangan pula, kita perlu menjaga kewangan dan tidak membazir dan
terkahir dari sudut kerohanian, kita perlu perbanyakkan membaca Al Quran,berzikir dan
mengingati Allah. Melalui semua perkara yang kita buat, kita dapat menyanyagi diri dengan
lebih mendalam dan seterusnya membina satu kehidupan yang seimbang sebagai seorang
muslim. Di akhir sesi kedua ini, kaunselor meminta saya untuk menuliskan mengenai roda
sayangi diri dan menampalnya di tempat yang saya sentiasa lihat agar saya sentiasa bersyukur
atas setiap nikmat yang telah Allah berikan.
Pada pertemuan sesi kaunseling yang ketiga, kaunselor merumuskan mengenai masalah saya
dan meminta saya untuk membuat kesimpulan terhadap 2 sesi kaunseling yang sebelum ini.
Kaunselor menyentuh mengenai plan kerjaya saya dan meyakinkan saya bahawa apa yang
saya inginkan akan tercapai seterusnya saya hanya perlu yakin dengan kelebihan dan impian
diri sendiri. Saya tidak perlu takut untuk membuat perubahan dan tidak perlu takut kepada
cabaran. Seterunsya, di akhir sesi kaunseling, kaunselor mengucapkan tahniah kepada saya
kerana telah berjaya mengikuti ketiga-tiga sesi kaunseling dengan jayanya dan seterusnya
mendoakan saya agar terus berjaya di dalam kerjaya mahupun pelajaran.
Sesi ini adalah sangat bernilai dan saya sangat berpuas hati akan kaunselor yang telah berjaya
mengubah prinsip saya dan mengubah persepsi saya terhadap diri sendiri. Kaunselor benar-
benar membuka mata saya yang selama ini saya tutup dan selindung dari kenyataan yang
sebenar. Saya sangat berterima kasih kepada kaunselor tersebut. Kaunselor juga amat
berkeyakinan dalam memberi penerangan kepada saya tentang permasalahan yang dihadapi
cuba membantu untuk menerbitkan celik akal di dalam diri saya. Kaunselor berjaya untuk
membuatkan saya terus bercerita dan menyelami segala permasalahan yang saya hadapi
dengan tenang dan memberi dorongan positif kearah itu. Tingkah laku yang dilakukan oleh
kaunselor seperti mesra dan sentiasa memberi dorongan minima membuatkan saya amat
Secara keseluruhannya kaunselor mempunyai pengalaman dan mempunyai kemahiran
kaunseling yang tinggi dalam mewujudkan suasana yang therapeutic dengan membina
hubungan dengan klien dan persekitaran. Selain itu, kaunselor mahir dalam penerokaan
masalah dan amat membantu dalam mengenal pasti punca masalah dan memberi alternative-
alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut.
Saya amat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberikan tugasan ini kerana tanpa
tugasan ini mungkin sampai sekarang saya masih belum merasai pengalaman bagaimana
perasaan menjadi klien dalam sesi kaunseling yang sebenar dan berasa ragu-ragu untuk
berjumpa dengan kaunselor bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.Selepas
sesi berlangsung saya rasakan lebih tenang kerana selama ini saya hanya menyimpan segala
permasalahan dan malu untuk berkongsi dengan orang lain tetapi melalui pengalaman ini
sebahagian daripada masalah saya berjaya diluahkan dan saya menjadi lebih selesa dan
berfikiran lebih waras.
Tugasan ini juga memberikan pendedahan kepada saya bagaimana untuk mengendalikan sesi
kaunseling dengan baik dimana kaunselor memberikan contoh dan panduan dalam
kemahiran-kemahiran kaunseling yang perlu ada kepada seseorang kaunselor dalam sesuatu
sesi. Kaunseling tidak semata-mata bergantung kepada teori tetapi kemahiran seseorang
kaunselor itu untuk mengaplikasikan teori-teori adalah penting dalam menjayakan sesuatu
sesi dan membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi.

LAMPIRAN

BUTIRAN KAUNSELOR

Anda mungkin juga menyukai