Anda di halaman 1dari 4

Ciri-Ciri Kajian Tindakan

Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikanpenyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada
pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan
(c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.
(a) Elemen Reflektif

Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan
guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan
terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk
menambah baik amalan oleh individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa
memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka.
Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya
tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu
perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi
pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.

(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu
guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural
setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini
bermakna,

hanya

guru

yang

terlibat

seharusnya

bertanggungjawab

ke

atas

penyelesaian kepada masalah berkenaan. Memandangkan hanya guru yang lebih


memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan
mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah yang
dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan,
pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut. Oleh
itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan
wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu
tindakan yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.

(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian


ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian
tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan.
Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek - tidak akan berhenti,
sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan
jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi.
Pada peringkat pemerhatian dan refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah
yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru
akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan sedia
ada.

Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat
dalam dua aspek iaitu:
1. Aspek pendekatan kajian

Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui


perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru


yang sistematik melalui kritikan yang membina

Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar

Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.

2. Aspek alam persekitaran kajian

Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah

Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif

Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah

Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan


jangkaan

Anda mungkin juga menyukai